22 February 2015

Bab 10

                                                            
NURIN AIRA melangkah masuk ke dalam pejabat dalam keadaan tergesa-gesa.Hari ini dia lambat lagi.Sudah dua hari dia lambat semenjak ketiadaan Suraya di rumah.Dia terlupa untuk mengunci jam loceng miliknya.Di telefon, ada beberapa panggilan daripada Suraya yang tidak di jawab olehnya.Orang tidur,manalah nak sedar bunyi telefon!
            Nasib baik,Suraya cerdik. Dia pergi menelefon telefon rumah berkali-kali.Alia yang terjaga dahulu daripadanya yang mengangkat dan Alia juga yang mengejutkannya daripada tidur.Fuhh…mujur ada Alia! Ketika itu jam sudah, menunjukkan angka 7.10 pagi.Kelam-kabut dia di buatnya.Dia hanya sempat menyediakan roti bakar sahaja untuk Alia.Mujur,Alia tidak cerewet.Apa sahaja yang dia masak pasti akan di makan.Tidak pernah merungut!
           Nurin Aira menarik nafas lega sebaik sahaja sampai ke biliknya.Tak sia-sia dia memecut Myvi ungunya.Apa yang di harapkan,sepanjang perjalanan ke biliknya dia tidak akan terserempak dengan Syed Ilham,kalau tidak memang teruk dia kena leter. Alhamdulilah, selamat aku! Tak payah dengar mamat tu berletar pagi-pagi buta macam ni.Mamat tu, kalau berleter memang mengalahkan nenek tua.Benda yang tak ada kena mengena pun boleh masuk dalam ceramahnya.Pot pet pot pet mulut dia.Tak penat ke asyik cakap.Nurin Aira menundukkan kepalanya untuk mengurut kakinya yang terasa sedikit sengal akibat berjalan tadi.Mulutnya masih setia mengutuk majikannya.
             Nurin Aira tersengih.Alamak,kantoi! Bila masa pulak dia masuk? Aku tak perasan pun.Nurin Aira terkejut apabila melihat kelibat majikannya Syed Ilham sudah pun berada di hadapannya. Segak lelaki itu mengenakan kemaja ungu yang di lipat paras siku.Ungu??? Nurin Aira melirik ke tubuhnya.Haah,samalah warna baju kita.  
         “Dah habis?” Syed Ilham merenung wajah wanita di hadapannya lalu menarik kerusi dan terus duduk.
           Dah habis apa? Memang dia selalu bagi ceramah kat aku,kalau aku datang lambat, yang hairannya staf lain datang lambat okey je.Tak ada pulak nak bebel.Tak adil betul! Dah lah main duduk je.Siapa bagi kebenaran entah? Tahulah ini syarikat bapak dia! “Dah, encik. Saya dah hantar laporan itu atas meja encik sebelum saya balik semalam.Takkan, encik tak jumpa?”
           Syed Ilham merenung tajam ke arah wanita itu.Dia ni, tak faham ke saja buat tak faham? Boleh pagi-pagi hari,dia duk mengata aku.Depan aku pulak! Ni mesti,kes tak puas hati lagi ni.Semalam datang lambat,hari ini lagilah dia datang lambat.Balas dendam ke apa?
          “Encik” Nurin Aira mendengus geram.Boleh dia berangan depan aku. Janganlah dia suruh aku balik lambat hari ini.Kesian Alia duk rumah jiran sorang-sorang.
          “Oh,sorry.Saya tanya benda lain,benda lain yang awak jawab ya,”
          “Haah,” Nurin Aira menjawab tanpa mengetahui maksud pertanyaan Syed Ilham.
           Terjengil biji mata Syed Ilham.
          “Awalkan awak mari hari ini.Dahlah awak mari awal,sempat lagi awak mengata saya.” Syed Ilham menyindir Nurin Aira.Nak  main-main sangatkan!
           ‘Oh,memang pun saya mari awal encik,saya kan pekerja cemerlang, dan saya tak mengata encik,itu memang kenyataan’ Tetapi kata-kata itu hanya terluah dalam hatinya sahaja.
           “Saya minta maaf encik”
           “Selain perkataan ini,apalagi yang boleh awak cakapkan.Saya dah muak dengar. Datang lambat asyik tu je awak tahu cakap!”
          “Sorry encik…eh tak…tak” Nurin Aira pantas menekup mulutnya.Tersasul pulak! Gerun dia melihat renungan tajam mata Syed Ilham.Pantas dia menundukkan wajahnya.
            Syed Ilham mengelengkan kepalanya.Selagi boleh menjawab, dia jawab.Tanpa di sedari, bibirnya mengukir senyuman kecil.Kelakar dengan tingkah Nurin Aira.Tiba-tiba, hatinya bergetar hebat apabila matanya jatuh ke muka bersih Nurin Aira yang masih menunduk. Cantik! Tak senang duduk dia dengan keadaan seperti itu.Apa kena dengan aku,ni?
              Pantas Syed Ilham bangun.
             “Lain kali jangan datang lambat lagi.Ini syarikat bapak saya, bukan bapak awak! Kali ini saya,maafkan.” Syed Ilham mengucapkan hanya dalam satu nafas.Dia sendiri tidak sedar apa yang baru di ungkapkan oleh mulutnya.
            “Terima kasih,encik.” Nurin Aira cuba memberi senyuman kepada Syed Ilham.Ewah-ewah,sedapnya kutuk bapak aku.Tahulah,syarikat ini bapak kau punya.Tak kisah pun!
             Pantas, Syed Ilham melangkah keluar.Hatinya terpegun melihat lesung pipit di pipi Nurin Aira.Sangat cantik! Hatinya semakin berdebar-debar jadi tidak keruan dengan keadaan itu.
              
NURIN AIRA merenung tajam ke arah rakan sekerjanya,Amalina.Dia ingat aku main-main ke,hah?
           “Dia tak cakap lagi bila nak jumpa kau.Aku telefon dia asyik cakap sibuk je.Dia tak    ada masa lagi nak jumpa kau.” Ujar  Amalina selamba.Tangannya bermain-main dengan cawan berisi air itu.
            “Dia nak ke, tak nak kereta aku tu,” tanya Nurin Aira.

          “Dia cakap nak,tapi macam tulah.Time aku call dia,selalu dia cakap sibuk,”
           “His, aku nak pakai duit secepat mungkin ni.Boleh pulak dia main-main.Karang aku cari orang lain kan,marah pula.” Nurin Aira mengetap bibir geram.Sekarang ini dia seolah-olah bermain dengan masa.Pembeli sudah dapat hasil bantuan Amalina, tapi yang menyakitkan hatinya apabila sampai sekarang mereka tidak berjumpa.Dia perlu berjumpa bakal pembeli kereta itu secepat mungkin.Masa semakin berjalan.
              Nurin Aira juga harus mencari duit lagi untuk menampung RM50000.Jual kereta terpakai,manalah sampai RM50000.Dia sendiri tidak tahu, pembeli keretanya mahu membelinya dengan harga berapa? Di fikirannya, dia sudah merancang mahu membuat pinjaman bank.Dapat tak dapat,yang pasti dia akan mencuba.Biarlah dia gagal selepas mencuba, daripada dia gagal tidak mencuba.Mana tahu ada rezeki dia!
             “Kau serius ke nak jual kereta kau,” takut-takut Amalina bertanya.Bukan dia tak perasaan, angin Nurin Aira sejak kebelakangan ini, ada hari baik, okeylah dia,dibuat datang moodnya tak okey habis lingkup satu pejabat.
                “Taklah aku gurau je.Aku main-main nak jual kereta aku.Saja nak isi masa lapang.” Nurin Aira buat-buat ketawa.Ambik kau!
                 Aku dah agak ini jawapan dia.Amalina tersenyum sinis.
               “Hiss,kau ni.Aku serius kau main-main pulak,ya” rungut Amalina
              “Tahu pun.Eh! malaslah aku layan kau.Apa-apa kau call aku.Kau cakap kat dia yang aku bagi tempoh seminggu lagi,kalau tak aku nak cari orang lain.Aku serius ini!” Serius Nurin Aira bercakap.Tiada secalit senyuman pun di bibirnya.Nyawa emaknya bukan mainan!
             “Okeylah”
              “Jomlah masuk,nanti tak pasal-pasal orang cakap kita ponteng kerja.Dahlah en…” pantas Nurin Aira menutup mulutnya.Nasib baik tak sempat mengata apa-apa lagi.Wajah Syed Ilham sudah muncul di luar pantry.
                 Amalina yang faham dengan jelingan mata Syed Ilham terus mengangkat punggung untuk beredar dari situ.Selamat aku!
                Melihat Amalina yang mula beredar,Nurin Aira mula melangkah ingin meninggalkan Syed Ilham sendirian.Tapi langkahnya terhenti, apabila mendengar namanya di panggil.Lantas, dia berpusing.
              “Ada apa,encik,”
              “Jom teman saya makan.Ini sebagai denda kepada awak,sebab datang lambat.Saya tunggu kat kereta saya.” Arah Syed Ilham lalu meninggalkan Nurin Aira yang terpinga-pinga.
               Tidak berkelip mata Nurin Aira memandang kelibat Syed Ilham.Aku datang lambat macam-macam kena buat.Kena bebellah,kena itulah,kena inilah.Staf  lain datang lambat,okey pulak dia.Ni nak pergi teman dia makan pulak.Tak boleh ke makan sorang-sorang?
             Hah,anak aku! Sorry sayang,mama kena datang ambil lambat pula hari ini.Kalau ada mama Su,boleh jugaklah dia ambil.Tunggu mama ye,sayang.Aduh! mesti kena dengar Kak Midah bebel lagi.Apalah nasib aku!
                 
TENGKU SHAMIL ZAQUAN berjalan sambil berpegangan tangan dengan Nur Aisyah. Mereka berjalan sambil bergelak tawa dan bergurau senda.Dunia ini ibarat mereka yang punya.Mereka langsung tidak menghiraukan pandangan orang di sekeliling.Bukannya buat dosa pun!
           Keadaan Pantai Batu Buruk yang berangin dan tenang itu membuatkan hati mereka sejuk.Keadaan laut yang membiru, sangat menyenangkan jiwa.Hilang segala masalah yang menghantui diri masing-masing.Hari itu merupakan hari Jumaat yang merupakan  hari cuti buat rakyat Terengganu.Pelbagai ragam manusia dapat di lihat,ada yang bermain kuda, bermain wau dan ada yang sedang bersenam.Tengku Shamil Zaquan tidak mempedulikan semua itu.Dia hanya ingin bergembira di samping Nur Aisyah.
             Setelah penat berjalan-jalan,Nur Aisyah menarik tangan Tengku Shamil Zaquan untuk duduk atas pasir.Berpeluh dahinya walaupun cuaca ketika itu redup.Tengku Shamil Zaquan hanya menurut langkah Nur Aisyah.Mereka duduk betul-betul dihadapan McDonald dan menghadap lautan yang terbentang luas.Pantas,tangan Tengku Shamil Zaquan mengesat peluh yang mengalir di dahi isterinya.Nur Aisyah hanya membiarkan!
               “Sayang penat ke?” Tengku Shamil Zaquan bertanya lembut.Tangannya mengenggam erat tangan wanita kesayangannya.
                “Penatlah juga.Ramai betul orang kat sini,abang,” Nur Aisyah menjawab sambil matanya meliar melihat orang di sekeliling.
                 “Memanglah sayang.Hari inikan,hari Jumaat.Jumaat hari cuti kat sini! Memang ramai orang,” ujar Tengku Shamil Zaquan sambil tersenyum kecil.Seronok hatinya dapat berjalan-jalan bersama Nur Aisyah.Dapat juga dia curi sedikit masa untuk bersama isterinya. Esok mereka akan berangkat ke Pulau Redang bersama tiga orang lagi pekerja.
                  Seketika suasana senyap.Mereka masing-masing, hanyut dengan keindahan laut yang terbentang luas di mata mereka.Suasana hingar-bingar di sekeliling mereka langsung tidak menjejaskan tumpuan mereka.Indah sungguh ciptaan Allah!
            
               Perlahan-lahan,Nur Aisyah memandang wajah suaminya.Hatinya tiba-tiba menjadi sayu.Dia takut untuk berpisah dengan lelaki yang di cintainya itu.Dia sendiri tidak tahu kenapa? Yang dia tahu,dia ingin mrenung wajah itu, sepuas hatinya.Hatinya sebak! Dia mengenggam erat tangan kasar suaminya.
               Tengku Shamil Zaquan yang perasan akan perubahan Nur Aisyah terus berpaling menghadap isterinya.
               “Kenapa ni sayang?” lembut Tengku Shamil Zaquan bertanya.
               Nur Aisyah cuba untuk tersenyum.Senyumannya nampak hambar.Dia hanya diam. Matanya masih lagi merenunug wajah kacak suaminya yang hanya memakai t-shirt Polo putih dan berseluar track warna koko paras lutut.Pada leher bajunya,di sepitkan cermin mata hitam.Sangat kacak suaminya!
             “Abang,Sya nak cakap sesuatu kat abang ”
             “Apa dia,sayang?”
             “Sya, sayang sangat kat abang,” ujar Nur Aisyah sambil melentokkan kepalanya ke bahu suaminya.
             Tengku Shamil Zaquan tergelak kecil.Kelakar mendengar kata-kata Nur Aisyah.Itu pun dia tahu!
            “Abang tahulah,sayang.Kalau,Sya sayangkan abang.Abang lagilah sayang kat Sya, tau” Tengku Shamil Zaquan mencuit hidung isterinya.
            “Abang,kalau suatu hari nanti Sya dah tak ada.Abang nak cari tak penganti Sya?” Perlahan-lahan, Nur Aishah mengangkat mukanya.Dia ingin merenung wajah itu.Dia ingin melihat reaksi lelaki itu.
            Ternyata persoalan itu berjaya merubah riak wajah Tengku Syamil Zaquan. Dia sebenarnya pelik dengan perangai Nur Aisyah sejak kebelakangan ini.Nur Aisyah kerap kali duduk termenung.Bila di tanya dia cakap tak ada apa-apa.Selepas subuh tadi, matanya sempat menangkap kelibat Nur Aisyah yang sedang menangis.Bila dia menghampiri,pantas Nur Aisyah menyapu air matanya.
           “Kenapa Sya tanya abang soalan macam ini? Kan,Sya dah janji dengan abang tak mahu ungkit lagi pasal ni.Sya lupa ke? Tengku Shamil Zaquan bertanya sambil anak matanya merenung tajam ke dalam anak mata isterinya.Biar isterinya tahu betapa dalamnya cinta dia.
              “Abang.Boleh tak,abang janji dengan  Sya?” pinta Nur Aisyah.Dia ingin menahan air matanya daripada mengalir keluar.   
            “Apa dia,sayang? Demi sayang abang sanggup lakukan apa sahaja” Bersungguh-sungguh Tengku Shamil Zaquan berkata-kata.
            “Abang,Pantai Batu Buruk ini saksi Sya untuk melafazkan yang Sya sangat-sangat mencintai abang dan Sya…”
              “Dan Pantai Batu Buruk ini juga saksi abang, betapa dalamnya cinta abang buat Nur Aisyah binti Ishak” Tengku Shamil Zaquan mencelah percakapan Nur Aisyah.“Cinta abang pada Sya seluas laut yang berada di hadapan kita.Laut yang sentiasa bersambung-sambung dengan laut lain.Tidak putus, kerana ada sungai yang akan membantu mengalirkan air laut. Cinta abang pada Sya tidak akan putus kerana Sya merupakan menyambut cinta yang abang berikan,” Sungguh mendalam ucapan Tengku Shamil Zaquan.
             Nur Aisyah sudah menangis.Pantas Tengku Shamil Zaquan menarik Nur Aisyah ke dalam pelukannya.Dia tidak tahu bagaiman ingin menyatakan apa yang terpendam dalam hatinya.Kata-kata, Tengku Syamil Zaquan begitu menusuk ke dalam sanubarinya.
            Lama mereka berkeadaan begitu.Tengku Shamil Zaquan hanya membiarkan sahaja Nur Aisyah dalam dakapannya.Biarlah Nur Aisyah menangis.Biar dia lega. Menangis juga merupakan terapi diri.Dia ingin Nur Aisyah bahagia di sampingnya.
            “Abang,” Nur Aisyah memanggil lembut setelah keadaannya kembali stabil.Dia perlu menyatakan sesuatu kepada Tengku Shamil Zaquan.Dia perlu kuat!
            “ Ya,sayang.”
            “Abang tolong berjanji dengan Sya.Apa-apa yang akan berlaku pada Sya nanti abang akan terima dengan redha,Syy….Abang janji ya dengan Sya,” Nur Aisyah menghalang Tengku Shamil Zaquan yang ingin memotong percakapanya itu.
            Tengku Shamil Zaquan diam.
          “Abang,tolonglah,janji dengan Sya.”   
         “Kenapa Sya cakap macam ni? Sya nak tinggalkan abang ke? Dah tak sayang abang lagi ke? Bertalu-talu soalan Tengku Shamil Zaquan.
          Nur Aisyah hanya tersenyum.Dia perlu pandai mengawal perasaannya ketika ini. Tengku Shamil Zaquan dalam keadaan emosi.
          “Abang…tolong ya, Demi Sya.Abang kena terima dengan redha apa pun yang akan berlaku.” Air mata Nur Aisyah mula bertakung.
         Tengku Shamil Zaquan mula tidak sedap hati.Mata Nur Aisyah mula di penuhi oleh air mata.
         “Okey abang janji.” Tengku Shamil Zaquan melafazkan dalam keadaan terpaksa.Terasa berat hatinya untuk melafazkan ucapan itu.Tapi,demi Nur Aisyah dia sanggup.
         Nur Aisyah mengukirkan senyuman di bibirnya.Lega hatinya mendengar kata-kata suami tersayang.
         “Abang,ada lagi satu Sya nak abang berjanji dengan Sya.Ini yang paling penting,dan Sya harap sangat abang mampu tunaikan.”
         Tengku Shamil Zaquan mula tidak senang duduk.Dia dapat rasakan yang permintaan Nur Aisyah kali ini agak keterlaluan dan berat.
          “Abang,kalau Sya dah tiada nanti.Abang…dengar dulu apa yang Sya nak cakap,” Nur Aisyah menegur suaminya yang ingin memintas percakapnya“ Abang akan cari penganti Sya, ya.Wanita yang boleh menjaga abang.Wanita yang akan abang cintai sepenuh hati abang. Seperti abang cintakan Sya,”
          Tengku Shamil Zaquan sangat terkejut dengan kata-kata Nur Aisyah.Dia tidak menyangka yang Nur Aisyah sanggup berkata sebegitu.Tengku Shamil Zaquan terus bangun. Dia malas mahu melayan percakapan Nur Aisyah.Semakin mengarut!
            Nur Aisyah bingkas bangun.Dia berlari mengejar langkah suaminya.
           “Abang…abang.” Nur Aisyah memanggil kuat suaminya.Tangannya sempat memaut tangan lelaki itu.Tetapi di tepis oleh Tengku Shamil Zaquan.
           Nur Aisyah menghentikan langkahnya.Tiba-tiba,dia kecil hati dengan tindakan suaminya.Sungguh,dia ingin mendengar daripada mulut suaminya sendiri yang akan mencari mengganti buat dirinya.
          Tengku Shamil Zaquan memperlahankan langkahnya.Dia mumusingkan badan untuk melihat Nur Aisyah.Dia pelik kenapa Nur Aisyah tidak mengejar dirinya? Tidak inginkah wanita itu memujuk dirinya?
           Alangkah terkejutnya dia melihat Nur Aisyah duduk  atas pasir putih sambil menangis teresak-esak.Pantas dia berlari menuju ke arah Nur Aisyah tanpa mempedulikan mata-mata yang sedang memerhatikan mereka.
          Nur Aisyah terus mencapai tangan kasar suaminya.Di cium tangan itu berkali-kali sambil menangis teresak-esak.
          “Abang tolong janji dengan Sya.Sya nak Pantai Batu Buruk ini sebagai saksi, Sya. Abang akan terima dengan redha kalau apa-apa yang akan berlaku pada Sya.Abang akan mencari pengganti Sya,abang akan mencintai wanita itu sepenuh hati abang,seperti abang cintakan Sya.Abang…tolong bang.Janji dengar Sya.” Lirih suara itu memohon.Air mata Nur Aisyah sudah lebat membasahi pipinya.
          Lidah  Tengku Shamil Zaquan kelu.Permintaan itu sangat berat untuk dirinya penuhi!

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti



No comments:

Post a Comment

http://www.amazingcounters.com/sign-up3.php