26 February 2015

Bab 11

                                                                  
TENGKU SHAMIL ZAQUAN mundar-mandir disekitar luar bilik pembedahan.Hatinya gundah-gulana.Dia tak sangka perkara buruk akan berlaku kepada Nur Aisyah.Patutlah perangai Nur Aisyah pelik sejak kebelakangan ini, rupa-rupanya ini adalah petanda buruk akan menimpa Nur Aisyah.
            Tengku Shamil Zaquan terkilan kerana tidak dapat menolong menyelamatkan isterinya.Dia hanya mampu melihat kejadian tragis itu.Kakinya ketika itu seperti dikunci. Matanya hanya mampu melihat Nur Aisyah bergelut dengan peragut.
            Ketika itu dia,Nur Aisyah dan tiga lagi pekerjanya sedang menunggu teksi di hadapan hotel yang mereka menginap untuk ke Marang.Mereka bersiap-siap ingin ke Pulau Redang. Nur Aisyah meminta izin darinya untuk ke tandas.Secara tiba-tiba,sebuah motosikal datang menghampiri Nur Aisyah lalu pembonceng motosikal itu meragut beg tangan Nur Aisyah dengan kasar.Nur Aisyah melawan peragut itu dan mengakibatkan dia terjatuh dan dilanggar oleh sebuah kereta proton Exora.
              Tengku Shamil Zaquan hanya mampu melihat tanpa berbuat apa-apa.Kejadian itu berlaku begitu pantas.Hanya air matanya yang mengalir ketika  melihat keadaan Nur Aisyah yang sudah nyawa-nyawa ikan.
             Tengku Shamil Zaquan pantas meraup wajahnya.Kejadian ragut tadi,benar-benar merupakan mimpi ngeri buatnya.Segalanya berlaku di hadapan mata dengan pantas.Dia tidak mahu mengingati kejadian itu.Apa yang diharapkan hanya,Nur Aisyah selamat kembali walaupun dia tahu harapan itu sangat tipis.
            Suraya yang berada di kerusi berhampiran dengan Tengku Shamil Zaquan hanya mampu memandang sayu ke arah majikannya.Dia juga terkejut dengan kejadian ragut tadi. Dia ingatkan percutian mereka ke Pulau Redang akan selamat tanpa masalah, rupa-rupanya ini yang berlaku.Kesian,Puan!
            “Encik,saya nak pergi solat sekejap,” Suraya meminta izin sambil diangguk oleh Hamidatul dan Anira iaitu rakan sekerja Suraya yang turut mengikuti seminar di Terengganu.
             Tengku Shamil Zaquan hanya mengangguk sahaja.Dia tiada mood untuk melayan pekerjanya.
           “Lepas solat nanti,awak semua baliklah semula hotel.Saya dah chek-in balik hotel tu.Awak semua mesti dah penat kan? Nanti akan ada orang ambil awak.Awak tunggu je.” Tengku Shamil Zaquan tahu pekerjanya penat menunggu dari pagi sampai petang di hospital itu.Dia sendiri juga penat,tapi dia tak mampu untuk berjauh dengan Nur Aisyah.Dia tak sanggup!
              Suraya,Hamidatul dan Anira mengangguk serentak.Mereka memang penat dan belum menjamah apa-apa makanan sejak pagi lagi.Meraka hanya akur akan arahan majikannya.

“YA ALLAH,betul ke ni,Su?” Nurin Aira menutup mulutnya.Dia betul-betul terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Suraya itu.
         “Haah,betullah.Pagi dari,dia kena ragut.Tak tahu lagi macam mana keadaan Puan Aisyah sekarang.Dia ada kat hospital.Teruklah jugak.Lepas kena ragut, kena langgar dengan kereta Exora.Kereta tu tak sempat nak brek.” Suraya menceritakan kejadian ragut itu kepada Nurin Aira.
            “Habis kau ada kat mana sekarang ini?”
             “Ada kat bilik hotel.Encik Zaquan aku cakap,apa-apa dia akan call,” ujar Suraya yang berada di tingkat enam hotel itu.Dia dan rakan-rakannya baru sahaja selesai makan di sekitar restoran di bandar Terengganu.“Kau kenapa call aku? Alia deman ke?” Tanya Suraya.Pelik Nurin Aira menghubunginya.
              “Em…” Nurin Aira berfikir-fikir.Perlu atau tidak dia meminta tolong Suraya.Hanya Suraya harapan terakhirnya.Permohonan pinjaman bank tidak diluluskan.Pembeli keretanya bersetuju untuk membeli keretanya dengan harga RM20000.Itupun,pembeli itu baru membayar secara ansur-ansur. Suraya merupakan harapan terakhirnya.
              “Kenapa Nurin? Kau ada masalah ke?”
              “Su,boleh tak aku nak pinjam duit kau? Tapi kalau kau tiada duit tak apa.” Nurin Aira sebenarnya malu untuk meminjam wang daripada Suraya.Nanti dia dikatakan mengambil kesempatan pula.Tapi dia terpaksa.
               “Lah nak pinjam duit.Tapi susah sangat kau nak cakap kenapa?”
              “Aku takut kau tak bagi,” Nurin Aira mengetap bibir.Terasa tebal 10 inci mukanya.
               Suraya tergelak kecil.
              “Kau nak pinjam berapa?”
               “RM30000”
               “Banyaknya,kau nak buat apa duit sebanyak itu?” Suraya terkejut.Nurin Aira tidak pernah meminjam wang sebanyak itu dengan dirinya.
                 “Adalah,nanti aku cerita.Boleh tak aku nak pinjam?” Nurin Aira berharap Suraya sudi meminjamkan wang buatnya.
                “Okey.Kau nak bila.?” Suraya membuat keputusan.Dia memang tiada masalah tentang kewangan.Duit simpanannya sudah mencecah puluhan ribu di bank.Sejak zaman persekolahan lagi,umminnya akan memasukkan wang ke dalam akaunnya.Sehingga kini, walaupun dia sudah bekerja tapi umminya masih lagi memasukkan wang ke dalam akaunnya.Jadi tak salah jika dia membantu orang yang dalam kesusahan.
                “Kalau boleh secepat mungkin.Kau jangan risau,Su.Aku janji dengan kau, aku akan bayar balik duit kau.Kau jangan risau.” Nurin Aira seperti ingin melompat kegembiraan. Tidak terkata gembiranya.Alhamdulilah, dia hanya perlu menuntut baki wangnya dengan pembeli kereta Myvinya.“Terima kasih ya,Su”
             “Alah kau tak payah risaulah.Kau nak bayar ke tak nak ke.Aku tak kisah.Anggap je hadiah daripada aku.Sekarang ini kau susah aku tolong,mana tahu esok lusa aku susah kau pulak tolong aku,kan?” Ikhlas Suraya berbicara.Dia tidak mengharapkan Nurin Aira membayar balik wangnya.
            “Terima kasih sangat-sangat Su.Kaulah kawan aku dunia akhirat.Aku sayang kau.” Hampir menintis air matanya.Terharu dengan kebaikan Suraya.Suraya memang kawan ketika senang dan susah.Terima kasih,kawan!

HAMPIR menjerit Nurin Aima apabila mendengar berita yang dibawakan oleh Nurin Aiza. Pantas kedua beradik itu, memeluk ibu mereka dengan erat.Akhirnya, Nurin Aira menpunyai wang yang mencukupi untuk membiayai rawatan ibu mereka.Air mata Aima menitis gembira.
              “Alhamdulilah mak.Mak akan sembuh.” Ucap Nurin Aima lalu mencium pipi kanan emaknya.
              Mak Cik Halimah hanya mampu tersenyum gembira walaupun dalam hatinya musykil, bagaimana Nurin Aira mampu mendapatkan duit sebanyak itu.
              “Apa lagi yang kakak cakap kat Aiza?” tanya Mak Cik Halimah.Mana tahu,Nurin Aira memberitahu daripada mana datangnya wang itu.
            “Kakak cakap,emak tak payah risau.Kakak pinjam dengan kawan dia duit.Kakak janji akan bayar balik duit kawan dia itu.” Aiza bercerita kembali perbualan dengan kakaknya sebentar tadi.
           Mak Cik Halimah hanya mengangguk.Pasti Suraya yang memberi pinjam wang.Nurin Aira banyak bercerita tentang Suraya.
             Di luar pintu bilik emaknya,Nazim Azwan tiba-tiba meraup wajahnya.Air matanya jatuh membasahi pipi.Dia jatuh terduduk di tepi bilik.Dia sudah melakukan kesilapan besar.Maafkan Azim,mak! Maafkan Azim!              


No comments:

Post a Comment

http://www.amazingcounters.com/sign-up3.php