26 February 2015

Bab 12

                                                           
DATUK TENGKU SHAH hanya mampu mengelengkan kepalanya melihat sikap anak keduanya yang berada di dalam bilik sambil memegang erat tangan Nur Aisyah.Dia, yang berada di sebalik cermin kaca hanya mampu berdiam diri.Sayu hatinya melihat keadaan badan menantunya yang dipenuhi wayar-wayar berwarna.Anaknya itu langsung tidak mahu berenggang dengan isterinya sejak tiga hari yang lalu.Selepas sahaja mendapat panggilan daripada Tengku Shamil Zaquan tiga hari lepas,dia,isteri,anak dan cucunya bergegas terbang ke Terengganu.
                Doktor yang merawat menantunya menyatakan Nur Aisyah mengalami pendarahan yang teruk di kepala akibat terhantuk benda keras.Tulang belakangnya jugak retak akibat dilanggar oleh kereta yang tidak sempat brek.Nur Aisyah tidak sedarkan diri sejak dari tiga hari yang lepas.
              “Atuk,mama kenapa?” panggil cucu sulungnya Tengku Ahmad Danish sambil menangis.
               Pantas Datuk Tengku Shah mendukung cucu sulungnya.Dia sedih,melihat keadaan cucu sulungnya yang sejak semalam asyik bertanyakan keadaan mamanya.“Mama,tak apa-apa sayang.”
              “Kenapa,papa asyik menangis atuk?”
             Datuk Tengku Shah tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan cucunya.Dia mengesat air mata yang mengalir di pipi cucunya.
            “Danish,dah makan ke belum?” Datuk Tengku Shah merubah topik .Danish tidak akan faham keadaan mamanya.Tangannya membetulkan rambut Danish yang agak panjang kehadapan.
             “Belum.Atuk jom pergi makan.Danish lapar!”
               Belum sempat Datuk Tengku Shah menjawab.Tiba-tiba dia berpusing apabila mendengar namanya di panggil.
              “Papa, macam mana keadaan Kak Aisyah? Dah ada perkembangan ke belum?” Tengku Shahir Zairul terus bertanya kepada papanya.Dia baru sahaja sampai ke hospital dengan mamanya setelah semalaman dia menjaga abang dan kakak iparnya.
              “Macam itulah,Zarul.Tiada perkembangan.Abang kau tu dari Kak Aisyah kena ragut sampai sekarang tak makan lagi.Risau papa tengok.Duk menangis je,” Mata Datuk Tengku Shah dihalakan ke arah Tengku Shamil Zaquan yang masih lagi setia di sisi Nur Aisyah.
            Zarul terus mengambil Danish yang berada dalam dukungan papanya.
            “Daddy,Danish laparlah,” adu Danish kepada Zarul yang dipanggil daddy.
            “Nanti,daddy bawa pergi makan ya” Zarul mengusap perlahan rambut panjang Danish yang hampir menutup mata itu.
            “Abang jomlah kita pergi makan dulu.Kesian Danish ni tak makan lagi.Som dengan Zarul pun tak makan lagi.Dania dengah Mah dah ada kat bawah,tengah makan.” Datin Nur Kalsom mengajak suaminya makan.Teringat akan pembantu rumah dan cucu perempuannya yang ditinggalkan di kantin hospital sebentar tadi.

SURAYA mengetap bibirnya.Geram! Patutlah Myvi ungu milik Nurin Aira tidak kelihatan di rumah sejak dia pulang beberapa hari lepas.Ada dia bertanya ke mana perginya kereta Myvi Nurin Aira.Wanita itu hanya berdiam diri.Tidak langsung menjawab pertanyaannya.Rupa-rupanya,Nurin Aira telah menjual kereta kesayangannya untuk mendapatkan wang bagi membiayai penyakit ibunya.Nurin…Nurin,kenapa kau tak cakap kat aku kau ada masalah?
           Kadang-kadang dia sakit hati dengan perangai Nurin Aira yang kuat berahsia.Apa salahnya,meluahkan kepada dia.Kalau dia boleh bantu dia akan bantu.Kalau tidak pun,dia boleh menjadi pendengar setia.Sekurang-kurangnya,beban tu hilanglah sikit walaupun tak banyak.
           Hari ini dia memaksa mahu menghantar Nurin Aira pergi bekerja.Nurin Aira menegah tapi dia tak sampai hati melihat Nurin Aira menaiki teksi ke tempat kerja.Walaupun tempat kerja mereka berjauhan,tetapi Suraya ikhlas menghantar Nurin Aira.
           Dia mengetahui kereta Nurin Aira dijual ketika ingin ke Hotel Seri Muslim milik keluarganya di Shah Alam untuk berjumpa umminya.Alangkah terkejutnya dia mendapati salah seorang kakitangan di sana menaiki kereta Nurin Aira.Pantas dia menghalang perbuatan wanita itu.Wanita itu menceritakan segala-galanya pada dia.Sah itu memang kereta Nurin Aira.
           “Su” Sergah Hamidatul sambil tersengih-sengih.Jauh berangan!
            Suraya mengurut dadanya perlahan-lahan.Terkejut aku!
           “Ada apa?” Malas Suraya bertanya.Minah ini,kalau sehari tak bertenggek kat meja aku memang tak sah.
            “Janganlah marah.Aku dengar esok boss akan bawa Puan Aisyah pulang ke sini.Naik helipkoter milik keluarga dia.Dia nak Puan Aisyah dirawat kat hospital di KL ini.Lagipun, kesian mereka tu kat Terengganu, bukannya ada siapa-siapa.” Hamidatul memberitahu kepada Suraya.Pagi tadi sempat dia berborak dengan Zarul bertanya khabar tentang kakak iparnya.
           Suraya hanya diam.Tiada menunjukkan apa-apa reaksi.Puan Aisyah masih tidak sedarkan diri lagi daripada koma sejak beberapa hari yang lepas.
          “Kenapa kau diam?”
          “Kau nak aku gelak ke?” sinis Suraya bertanya.
          “Hehehe…tak adalah,”
          “Aku cuma boleh harap Puan Aisyah akan sembuh dengan cepat.Kau sendirikan tengok macam mana kejadian itu.Kejadian itu berlaku depan kita semua.Tak kisahlah,Puan Aisyah nak dirawat kat hospital mana.Yang penting kita kena doa untuk dia.Lagipun,dia masih koma,” ujar Suraya.Fikirannya teringatkan peristiwa beberapa hari yang lepas.
           “Haahlah,aku pun harap macam tu juga.”
           “Haahlah,kau tunggu apa lagi.Baliklah tempat kau.Enjoylah kau,mentah-mentah boss tak  ada.” Suraya mengelengkan kepalanya melihat tingkah Hamidatul.Kata kat orang,kau pun samalah Su.Satu kerja pun kau tak buat!

NURIN AIRA melebarkan senyumannya.Cutinya sudah diluluskan oleh Syed Ilham.Baik juga majikannya.Dia hanya meminta cuti selama tiga hari sahaja untuk pulang ke Kampung Kuala Ibai  tetapi Syed Ilham memberinya cuti selama seminggu.Ini kalau pekerja lain dengar ini aku dapat cuti seminggu,memang cemburulah mereka.
          Dia ingin pulang ke kampung untuk bersama-sama menjaga emaknya.Beberapa hari lagi,emaknya akan menjalani pembedahan.Harap-harap emaknya akan selamat.Sebagai anak dia mahu berada disamping ibunya.
         Nurin Aira pantas menekan punat lif untuk turun ke bawah.Pasti,Suraya sudah menunggu dirinya.Walaupun mereka bersahabat baik, dia tetap berasa segan setiap kali Suraya ingin mengambil dan menghantarnya.Ketika dalam lif,beberapa kali matanya melihat jam di tangan.Sudah lambat. Pasti Suraya sudah sampai.
          “Hoi,mak engkau.” Nurin Aira melatah.Dia terlanggar bahu seseorang sebaik ingin keluar dari perut lif.Itulah kau nak cepat sangat sampai tak tengok depan.
           “Nurin?” lelaki itu memanggil Nurin Aira.
           Langkah Nurin Aira terhenti apabila namanya dipanggil.Dia mengamati wajah lelaki di hadapannya betul-betul.Lelaki itu hanya tersenyum manis.Macam pernah tengok. Dr Haikal?
            “Ingat saya lagi tak?” Tanya lelaki itu.
            Matanya merenung wanita di hadapanya.Semakin cantik! Wajahnya nampak lembut dan bersih.Sesuai sekali dengan baju kurung moden berwarna kuning yang dipakainya.
            “Ingat…ingat.Dr Haikal apa khabar?” Nurin Aira tersenyum mesra ke arah lelaki di hadapannya.Sudah beberapa tahun dia tidak menatap wajah pensyarah kegemarannya.Makin kacak.
            “Saya sihat.Nurin apa khabar? Buat apa kat sini?” Laju sahaja soalan doktor muda itu.Tak sangka dia dapat berjumpa semula dengan bekas pelajarnya.
             Nurin Aira tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.“Saya sentiasa sihat Dr Haikal,saya kerja kat sini.” Kecil betul dunia sehinggakan mereka boleh berjumpa di sini.Mereka berbual-bual mesra seketika sehingga Nurin Aira terlupa akan Suraya yang sedang menunggu dirinya.
            “Oh,cakap pasal Suraya.Tadi masa nak masuk ke sini saya ada jumpa dia,”
             Gulp…
             “Suraya? Ya Allah…Dr Haikal,saya kena balik sekarang mesti Suraya dah tunggu saya.Saya dah lambat ni.Assalamualaikum.” Ujar Nurin Aira tergesa-gesa.Dahi yang tidak bersalah ditepuk beberapa kali.Macam mana aku boleh lupa akan Suraya. Jangan Suraya naik angin kena tunggu aku lama-lama sudahlah.Kuat betul penangan Dr. Haikal sampai Nurin Aira boleh lupakan Suraya.
             Dr. Haikal menjawab salam dalam hati.Tersenyum kecil dia dengan telatah spontan Nurin Aira.Tidak berubah-ubah perangai.Hatinya berbunga-bunga.
                                          


No comments:

Post a Comment

http://www.amazingcounters.com/sign-up3.php