NURIN
AIRA memandang laut yang terbentang di hadapannya dengan bermacam-macam perasaan.Hatinya
sangat tenang kini.Emaknya sudah menjalani pembedahan dan pembedahan itu
berjaya.Ketika itu,hanya air mata yang mampu keluar sebagai tanda
kegembiraannya.
Hatinya lega seolah apa yang
dilakukan olehnya berbaloi.Emaknya ada bertanya kenapa dia dan Alia pulang
menaiki bas? Tapi Nurin Aira hanya senyap.Belum sampai masanya lagi untuk bercerita
tentang perkara sebenar.
Petang ini,dia dan adik-adiknya ke
pantai di Lagun Kuala Ibai.Alia yang
beria-ria ingin ke pantai.Emaknya dijaga oleh adik lelakinya Nazim Azwan di
Hospital Sultanah Nur Zahirah.Hanya menunggu masa sahaja untuk dibawa pulang.
“Kakak” panggil Nurin Aima pantas melabuhkan punggungnya di
sebelah kakaknya.Dia meninggalkan Nurin Aiza yang sedang bermain dengan Alia.
“Ada apa?” Nurin Aira tersenyum
manis melihat adik ketiganya sambil mengesat peluh di dahi gadis itu.
Nurin Aima diam.Matanya masih leka
melihat gelagat Alia yang masih bermain kejar-kejaran dengan Nurin Aiza.Dia ingin
bertanyakan sesuatu tetapi takut kakak sulungnya marah.Semenjak kakaknya pulang
beberapa hari lepas,Mak Cik Hasnah tidak habis-habis mahu mengfitnah kakaknya
lagi.Kakaknya dikatakan mengandung anak luar nikah iaitu Alia. Emaknya sudah
menceritakan perkara sebenar tetapi cerita itu di katakan rekaan semata-mata.
“Aima nak tanya pasal Alia ke?”
Nurin Aira meneka.
Lambat-lambat Nurin Aima mengangguk.
“Huh...akak kalau boleh tak nak
dengar dah citer pasal Alia ni.Akak
tak kisah orang nak cakap apa? Janji akak tahu siapa Alia.” Nurin Aira
meluahkan perasaanya.Dia sangat sayang Alia.Sampai ingin meninggalkan Alia
kepada Suraya pun tidak tak sanggup!
“Kak Nora mana kak?”
Tersentap seketika dia mendengar nama
itu.Terus terang, jika Kak Nora ingin mengambil Alia daripadanya, dia tidak
akan benarkan.Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan Alia.
Nurin Aira tersenyum sinis.
“Entah,akak pun tak tahu.Masalah dia
tak selesai lagi kut.Lepas dia serah Alia kat akak,akak dah tak dengar berita
pasal dia.Entah-entah dia dah tak ingat kat anak dia.”
“Akak tak tahu dia pergi mana?”
“Tak”
“Akak,apa kata kita pergi rumah
keluarga Kak Nora.Akak mesti kenalkan. Alah, bukannya jauh sangat.Kat Bukit Payung
je.Mesti keluarga dia tahu kat mana dia sekarang,”
Nurin Aira tersenyum.Betul juga idea
Aima tu.Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Wajahnya kembali muram.
“Kenapa kak,”
“Akak tak boleh pergi.Akak dah janji
dengan Kak Nora” lirik Nurin Aira bersuara.
“Janji apa?”
Nurin Aira memandang wajah Nurin Aima.Dia lebih rapat dengan Nurin Aima
berbanding Aiza.
“Akak tak boleh pergi rumah keluarga
dia.Keluarga Kak Nora jugak tak boleh
tahu tentang kewujudan Alia.Lagipun,keluarga dia kan dah berhijarah ke
Melaka.Mak Kak Nora kena tukar kat sana.Mak dia kan cikgu.”
“Apa” hampir terjengil biji matanya.Jadi
selama ini keluarga Kak Nora tak tahu tentang Alia?
“Jadilah,Aima.Tak payahlah cakap
benda ini.Kak Nora kalau sayang kat anak dia, pandai-pandailah dia cari akak
balik.Pergi panggil Aiza dan Alia.Kita balik.Nanti nak pergi tengok mak lagi,”
suruh Nurin Aira lalu dia bangun.Dia menyapu-yapu pasir pantai yang melekat di
skirt labuh berwarna coklat yang dipakainya.
“KAU
kenapa,Hannah?” Nurin Aira menegur Hannah yang menghalang laluannya.Tayar
motosikal Hannah hampir terkena kakinya.
Hannah terus turun dari motornya.Dia
berdiri betul-betul di hadapan gadis yang memakai skrit labuh berwarna coklat,t-shirt
lengan panjang yang sedondon dengan skritnya dan bertudung.
“Dah pandai kau bergaya sekarang
inikan?” sindir Hannah.Meluat dia melihat perempuan di depannya ini.Pakai
apapun mesti cantik! Huh…
Nurin Aira hanya diam, dia malas
nak menjawab sindiran Hannah.Hannah memang sentiasa tidak puas hati dengan
dirinya.Nurin Aiza yang mendengar sindiran itu terus menjawab.Dia pantang orang
mengata kakaknya.
“Haah,memang kakak pandai bergaya
pun.Nama pun Akauntan kerja kat KL.Ada orang tu setakat nak bergaya pun,bergaya
kat kampung jelah.Bagi kambing tengok.Tak boleh nak pergi mana-mana.SPM pun tak
lepas.” Sindir Aiza.Gadis itu kuat menjawab orangnya terutama sekali dengan
Hannah.
“Kau diam Aiza,” jari telunjuknya dihalakan ke
arah Aiza.
“Hannah,kau nak apa? Aku nak balik ni,”
“Kau nikan Aira,memang muka tak malu ya.Dah
kau buat malu kat kampung ni,berani pulak
kau balik sini.Siap bawak budak ini lagi.” Hannah menunjal kepala
Alia.Terjengil biji mata Nurin Aira.Aku sendiri tak pernah tunjal kepala anak
aku!
“Macam inilah,Hannah.Kau nak cakap
apa.Kau cakap je.Aku tak kisah.Aku kenal perangai kau! Jadi aku anggap je yang
kau ni, cemburu melihat aku,” sinis Nurin Aira membalas kata-kata Hannah.
Hannah mengetap bibirnya.Geram. Sudah berani
menjawab!
“Haah akak.Dia ini memang jealous je dengan akak.Dulu akak beli
kereta pun,dia pergi cakap kat orang kampung akak sewa kereta.Padahal dia
dengki dengan akak.Akak dah pakai kereta,dia masih dengan motor cabut dia ni.Hahaha…” Aiza ketawa kuat.Nurin Aira dan
Nurin Aima hanya tersengih.
“Jom akak kita balik.Layan dia
memang dah sudah.” Ajak Nurin Aima yang
sedari tadi hanya berdiam diri.Hannah dan Nurin Aiza kalau berperang
mulut,mesti Nurin Aiza akan menang.
“Aku balik dulu.Kau jaga diri
baik-baik.Assalamualaikum.” Pinta Nurin Aira.Sejahat mana pun Hannah, mereka
tetap sepupu.Itu fakta yang tak dapat diubah lagi.
“AKU
baru je balik kerja,” ucap Suraya lalu merebahkan dirinya atas katil bersaiz
king dalam biliknya.Sejak Nurin Aira dan Alia pulang ke kampung dia tinggal di
rumah keluarganya di Bukit Kiara.
“Awalnya kau balik,” Nurin Aira
melirik jam di tangannya.Baru pukul 4.10 petang.
Suraya bangun lalu menuju ke
balkoni biliknya yang terletak di tingkat tiga.“Hah.tak ada kerja nak buat.Boss
pun tak masuk.Aku pun balik jelah.”
“Kau buat macam syarikat walid
kau,nak balik pukul berapa pun,ikut suka hati.” Sindir Nurin Aira.
“Kalau syarikat walid aku,memang
hari-hari aku balik awal.Tu sebab aku tak nak kerja kat syarikat walid aku atau
kat hotel ummi aku.Nanti tak pasal-pasal mereka jatuh bankrap... Hehehe.” Tapi
sebenarnya Suraya hanya mahu berdikari,itu hanya alasan rekaannya untuk tidak
bekerja di syarikat atau hotel uminya.“Mak kau macam mana? Dah okey belum?”
“Dah.Mak aku nak balik tapi doktor tak
benarkan.Doktor cakap tunggu dua tiga hari lagi.Tengok pada keadaan.Mak aku
makin pulih.”
“Alhamdulilah.Yang penting mak kau
selamat.Alia macam mana.?” Rindu hatinya tidak berjumpa Alia beberapa hari
“Alia okey.Dia ada kat rumah,adik
aku jaga.Su,macam mana keadaan Puan Aisyah?” Tiba-tiba dia ingin mengetahui
tentang keadaan isteri majikan rakannya itu.Dia pun pelik! Mereka bukannya ada
apa-apa hubungan pun.Ah! janji mereka pernah kenal.
Suraya mengeluh.
“Semalam aku pergi tengok dia.Tiada
apa-apa perubahan.Tetap macam tu.Makin teruk adalah.Dah macam mayat hidup.”
Sebak Suraya melihat keadaan Puan Aisyah yang kurus kelmarin.Rasa tidak percaya,itu
Puan Aisyah.
Nurin Aira mengucap panjang.Tak
sangka nasib Nur Aisyah seperti itu.Entah kenapa dia teringin untuk melawat
wanita itu sebaik sahaja pulang ke Kuala Lumpur nanti.Nama wanita itu juga
sering bermain-main dalam fikirannya.Pelik dia dibuatnya.
Apabila melihat wajah ayu itu suatu
ketika dulu, dia dapat melihat wajah
seseorang dalam diri wanita bernama Nur Aisyah.Tapi, mungkin itu
perasaannya sahaja. Sebagai insan yang mempunyai hati dan perasaan, dia turut
bersimpati dengan isteri majikan Suraya. Harapannya semoga wanita itu cepat
sembuh.
No comments:
Post a Comment