26 February 2015

Bab 14

                                                               
BEBERAPA BULAN KEMUDIAN…
NURIN AIRA menutup pintu kereta Myvi ungunya dengan perlahan-lahan.Pantas kakinya mengatur langkah menuju ke lif untuk naik ke pejabatnya di tingkat lapan.Dia tidak sangka yang Suraya sanggup membeli kembali kereta yang dijualnya pada pembeli lain,dan menyerahkan semula kepadanya.Awalnya dia menolak,dia tidak mahu kereta itu.Dia rela naik teksi ke tempat kerjanya.Tetapi apabila Suraya menyatakan itu sebagai hadiah untuknya sempena ulang tahun kelahirannya,dia terpaksa terima.Dia tak sanggup menghampakan Suraya.
              Terasa waktu berjalan dengan pantas. Pada hari ulang tahunnya tiga bulan lepas,dia menerima dua perkhabaran.Satu berita baik dan satu berita buruk.Berita baiknya,dia menerima semula keretanya yang dihadiahkan oleh Suraya.Pada waktu malam, dia dikejutkan dengan berita, kematian adiknya Nazim Azwan yang dalam perjalanan pulang dari surau. Adiknya dilanggar oleh cina mabuk.Berita itu sangat mengejutkannya.Malam itu juga dia bergegas pulang.Mujur Suraya sudi menemaninya.Alhamdulilah,dia selamat sampai ke kampung sebelum arwah dikebumikan. Sempat dia menatap wajah pucat bercahaya itu.
               Nurin Aira perasan akan perubahan adiknya ketika dia pulang ke kampung untuk menjaga emaknya.Adiknya itu banyak mendiamkan diri.Pernah dia perasaan,selepas solat Isyak,adiknya itu menangis teresak-esak.Adiknya itu,menyatakan dia bersalah.Tetapi dia tidak faham akan maksud itu.
             “Lif dah lama terbuka.Tak nak masuk ke? Atau tunggu saya?” Syed Ilham membisikkan ke telinga Nurin Aira.
              Nurin Aira mengucap.Mujur sahaja dia tidak melatah!
             “Err,nak masuklah ni!” pantas Nurin Aira membuka langkah ingin masuk ke dalam perut lif.Tiba-tiba dia terasa lengannya dipegang seseorang.Lantas dia berpaling.
               Syed Ilham terus melepaskan lengan Nurin Aira.Dia sendiri,tidak sangka dirinya seberani itu.
               “Awal awak sampai hari ini.” Tegur Syed Ilham.Dia ingin menutup rasa malunya atas perbuatannya itu tadi.
               Nurin Aira pantas melihat jam tangannya.Memang awal pun. Hari ini,Suraya yang ingin menghantar Alia ke tadika.Jadi dia terus ke tempat kerja.“Haah,saya tak hantar anak saya ke tadika hari ini.Tu yang cepat sampai itu,” Terus terang Nurin Aira memberitahu.Syed Ilham yang memang sudah maklum akan hal itu.
               “Oh…awal lagi ni.Jom teman saya sarapan.Saya belanja” Syed Ilham mengajak. Sebenarnya dia sudah sarapan di rumah,tapi sengaja dia mengajak Nurin Aira.Untung sabut, Nurin Aira terima,dapat jugaklah dia meluangkan masa dengan Nurin Aira.
           Nurin Aira tersenyum.Tahu-tahu je aku tengah lapar.
           “Boleh juga.Saya pun tak sarapan lagi.”
          Tersenyum lebar Syed Ilham.Yes!

TENGKU SHAMIL ZAQUAN menatap gambar yang berada dalam bingkai itu dengan perasaan sayu.Gambar dia memeluk arwah isterinya daripada belakang yang diambil ketika mereka bercuti di Paris beberapa tahun lepas.Arwah isterinya tersenyum lebar.Pantas dia mencium bingkai gambar itu.Wajah wanita kacukan Belanda dan Arab itu diperhatikan lama.Sungguh,dia sangat merindui wanita itu.
             Nur Aisyah meninggal selepas sebulan koma.Sebak hatinya mengingati peristiwa itu.Walaupun sudah dua bulan arwah Nur Aisyah meninggalkan dia,tapi dia tetap  dapat merasakan kehadiran wanita itu disampingnya.Baunya,percakapanya,senyumannya masih segar di ruang mata Tengku Shamil Zaquan.Dia tidak boleh melupakan itu semua!
             Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk daripada luar. “Masuk”
              “Encik,tetamu encik sudah sampai.” Beritahu Anira,setiusaha Tengku Syamil Zaquan.
              “Suruh dia masuk.Anira awak tolong buatkan air ya.” Tengku Shamil Zaquan pantas meletakkan kembali bingkai gambar itu atas meja kerjanya.
               Dua orang lelaki pantas masuk ke bilik Tengku Shamil Zaquan setelah diarah oleh Anira.Kedua-duanya memakai jeket hitam.Seorang berambut pendek dan seorang lagi berambut kerinting.
              “Saya Elex dan ini Rizky.” Lelaki berambut pendek memperkenalkan diri.
               Setelah memperkenalkan diri mereka dan bersalaman.Tengku Shamil Zaquan mempersilakan mereka duduk.
               “Saya rasa awak tahu apa tujuan saya suruh awak ke mari,kan?”
                Elex dan Rizky mengangguk.
                Pintu bilik diketuk sekali lagi.Anira masuk sambil menatang dulang.Setelah Anira keluar,barulah Tengku Shamil Zaquan memulakan percakapan
                “Kejadian ragut itu berlaku di hadapan Hotel Primula di Terengganu dalam tiga bulan lepas.Ada dua orang lelaki yang menaiki motor jenis EX 5.Warna motor itu merah.” Tengku Shamil Zaquan mengingati semula kejadian yang meragut nyawa isterinya.“Kejadian itu berlaku awal pagi.Kalau tak silap dalam pukul lapan lebih.”
             Elex mencatat segala maklumat penting yang keluar daripada mulut Tengku Shamil Zaquan. “Tengku ingat tak wajah lelaki itu?” Elex bertanya.
             “Saya tak nampak muka dia.Dua-dua pakai helmet cermin gelap” Tengku Shamil Zaquan mengeluh.
             “Lagi apa yang Tengku ingat?” Rizky pula bertanya.
             Tengku Shamil Zaquan cuba mengingati semua.Kemudian dia mengeleng.
            Elex dan Rizky berpandangan sesama mereka.
            “Maklumat yang Tengku bagi sedikit sangat.Kami perlukan beberapa maklumat lain.”
            “Saya hanya ingat setakat itu sahaja.”
            “Tak apa Tengku.Tindakan pertama kami,kami akan cuba dapatkan CCTV pada hari berkenaan” ujar Rizky.
             “Jap…Saya ingat nombor plat motor tu.” Tiba-tiba Tengku Shamil Zaquan mencelah. Ketika kejadian,memang dia perasan nombor plat motor itu.
              Elex dan Rizky tersenyum sinis.Ini akan memudahkan kerjanya!
             “Berapa Tengku?”
              “TAS 3321. Ya …ya betul. Saya ingat.”
              “Tengku pasti?” Elex bertanya
               “Saya sangat pasti,” Tengku Shamil Zaquan tersenyum.Dia memang yakin.
              Setelah mencatat maklumat penting dan berbincang apa yang patut.Elex dan Rizky meminta diri untuk menjalankan tugasnya.
              “Sekejap.” Panggil Tengku Syamil Zaquan
              Pantas tangannya mengeluarkan dua sampul surat dari dalam lacinya.Sampul surat berwarna koko itu dihulurkan kepada Elex.
               “Dalam sampul ini ada RM3000 dan RM5000.Yang RM5000 itu sebagai bayaran pendahuluan dan RM3000 itu sebagai belanja untuk awak berdua semasa di Terengganu nanti.”
               “Terima kasih,Tengku.Kami pergi dulu.”
                 “Ingat saya nak awak berjaya kesan dua orang pearagut tu.Saya nak ajar dia cukup-cukup.” Tegas suara Tengku Shamil Zaquan.
                “Baik,Tengku.”
                “Saya bagi awak masa tiga bulan untuk selesaikan hal ini.Selepas tiga bulan,awak datang jumpa saya lagi di sini.Ingat,saya bayar mahal kat awak,jadi saya harap awak dapat selesai tugas dengan baik.Wang belanja, kalau tak cukup awak call je saya.Saya akan masukkan dalam akaun awak."
               Setelah kelibat Elex dan Rizky hilang,Tengku Shamil Zaquan pantas mencapai semula gambar itu.Direnung penuh kasih wajah wanita itu.
             “Abang minta maaf sayang.Abang terpaksa mungkir janji dengan Sya untuk terima apa yang berlaku dengan redha.Abang minta maaf.Abang tak boleh biarkan peragut tu macam tu je.Hati abang sakit.Abang kena balas dendam atas perbuatan mereka.”
              Tengku Shamil Zaquan telah berjanji akan mencari peragut isterinya sampai dapat. Dia ingin mereka merasai apa yang dirasa.Kehilangan orang tersayang memang sakit. Dia harus membalas dendam.
“YA ALLAH.Aku mimpi apa ni?” Nurin Aira meraup mukanya.Tangannya mengesat peluh di dahi.Sudah pukul 3.15 pagi.Pantas Nurin Aira bangun dari katil menuju ke meja kerjanya. Sempat tangannya membetulkan selimut di badan Alia lalu mencium dahi anaknya itu.
            Di capai bingkai gambar keluarganya lalu dicium berlalu-lalu.
          “Apa maksud mimpi aku tadi? Kenapa arwah Nazim muncul dalam mimpi aku? Adakah kerana aku terlalu merindu dia? Tapi kenapa,wajah wanita itu turut serta dalam mimpi aku?” Nurin Aira berbicara sendiri sambil menatap wajah arwah Nazim Azwan yang berada dalam bingkai itu.
            Dia pelik. Kenapa Nur Aisyah turut serta dalam mimpinya? Apa maknanya itu? Wanita itu tersenyum manis kepadanya.Mereka tiada apa-apa hubungan tetapi bagaimana dia boleh mimpikan Nur Aisyah.
          Ah! Mimpi hanya mainan tidur.Nurin Aira tidak mahu fikir lagi.Dia juga pernah bermimpi pasal Dr. Haikal suatu ketika dahulu, tapi tak pernah terjadi apa-apa pun.
           Nazim Azwan? Ya,sejak akhir-akhir ini dia kerap bermimpi pasal adiknya.Dia amat merindui lelaki itu.Kerap kali,arwah adiknya muncul dalam mimpinya, lelaki itu seperti ingin menyatakan sesuatu.Macam ada rahsia tersendiri.Kenapa dengan arwah? Nurin Aira masih mengingati ketika dia dan Alia ingin pulang ke KL pada waktu malam dengan bas,Nazim Azwan memeluknya erat.Adiknya itu juga menangis.Apa yang pasti,adiknya tidak pernah berperangai seperti itu.
             “Kak,Azim nak minta maaf.Azim dah hancurkan perasaan akak dan emak.Azim anak tak guna.Azim dah kecewakan keluarga.” Kata-kata Nazim Azwan yang masih tergiang-giang di telinganya. Dia tidak faham akan makna kata-kata Nazim Azwan.
             Nurin Aira meletakkan kembali bingkai gambar itu.Dia tak tahu apa yang ingin diperkatakan oleh Nazin Azwan dalam mimpinya.Dia tiada apa-apa petunjuk. Apa yang di harapkan arwah adiknya dicucuri rahmat dan ditempatkan  dalam kalangan orang-orang yang soleh.Dia sudah mengampunkan segala dosa adiknya,walaupun lelaki itu pernah mengecewakan dia dan keluarga suatu ketika dahulu..Ah! Dia tak salah,dia cuma manusia biasa yang tidak sempurna.

SELESAI membasuh mukanya,Tengku Shamil Zaquan menuju ke balkoni biliknya.Niatnya untuk tidur sudah hilang serta-merta sebaik mendapat mimpi itu.
          Apa makna mimpinya tadi? Adakah kerana dia terlalu merindui Nur Aisyah.Isterinya muncul dalam tidurnya.Tapi kenapa ada dua orang wanita dalam mimpinya? Siapa wanita yang seorang lagi? Dia tidak mengenali wanita itu!
       Nur Aisyah seakan-akan marah padanya.Adakah kerana dia telah mungkir janjinya? Nur Aisyah langsung tidak tersenyum padanya.Nur Aisyah memegang tangan wanita lain,lalu terus menghilang dari mimpinya.
           “Siapa wanita itu? Kenapa dia boleh muncul dalam mimpi aku? Apa hubungan Sya dengan wanita itu? Puas dia memikirkan apa maksud mimpinya itu.
           Pening kepala Tengku Shamil Zaquan memikirkan pasal mimpinya.Kerap kali dia bermimpi benda yang sama sejak kebelakangan ini.Adakan ini suatu petanda? Tapi petanda apa?

           



No comments:

Post a Comment

http://www.amazingcounters.com/sign-up3.php