22 February 2015

Bab 6

                                                          
NURIN AIRA meletakkan fail kewangan atas mejanya,lalu melabuhkan punggungnya atas kerusi berwarna hijau tua itu.Kerusi itu di pusing-pusing olehnya sambil tangannya mengocang-gocongkan pen Faber Castell yang berada di tangannya.
           Nurin Aira baru sahaja keluar dari bilik majikannya.Nasib baik dia tidak di marahi dengan teruk.Cuma dia di leter oleh majikannya atas kesalahan yang di buat.Memang patut pun.Dia yang cuai!
           Fikirannya masih ligat memikirkan keadaan emaknya.Semalam sempat dia menelefon Nurin Aiza bertanya keadaan ibunya.Terkejut dia apabila, Aiza memberitahu ibunya batuk berdarah.Ibunya telah mengambil upah menjahit pakaian untuk menampung perbelanjaan keluarganya.Sudah di tegah banyak kali, tapi ibunya tetap degil.Katanya,tidak mahu menyusahkan anak-anak.Apa yang ada dalam fikiran Nurin Aira,dia perlu mendapatkan duit bagi membiayai penyakit ibunya dan menampung kehidupan keluarga mereka.
           “Uhuk..uhuk”
            Nurin Aira masih tidak menyedari kehadiran majikannya!
           Syed Ilham terpinga-pinga.Jauh berangan!!!
           “Uhuk…Uhuk” Kali ini Syed Ilham berdeham dengan lebih kuat.
           Nurin Aira terus bangun.Terkejut! Kantoi sudah!!!
           “Emm…erk...sa...saya…” Nurin Aira tergagap-gapap.
            “Saya apa?”
            Nurin Aira menunduk.
            “Kerja yang saya bagi kat awak dah siap belum? Dahlah banyak kesalahan nombor dalam akaun awak.Awak kena hati-hati! Salah nombor lain jadinya” Tegur Syed Ilham. Hampir mengamuk dia melihat akaun yang di sediakan oleh Nurin Aira.Banyak kesalahan nombor. Kalau ejaan boleh tahan lagi. Ini nombor!
          Nurin Aira mengeleng.Tahu kesalahan dirinya.
          “Awak ada masalah ke? Sebelum ini awak antara pekarja cemerlang.Dah tiga tahun awak kerja kat sini,sebelum ini ok je” Tanya Syed Ilham.Dia perlu prihatin dengan pekerjanya.
          ‘Masalah keluarga,encik’ jawab Nurin Aira tapi hanya dalam hati.
          Melihat reaksi Nurin Aira yang membisu, Syed Ilham  mengelengkan kepala.Orang tanya tak nak cakap. Mana tahu, boleh tolong.
         “Dah nak masuk waktu lunch,jom pergi makan, saya belanja!” Ajak Syed Ilham.Sudah beberapa kali dia mengajak Nurin Aira keluar makan, tetapi di tolak dengan baik oleh Nurin Aira.Dia sendiri tidak tahu apa kena dengan dirinya, dengan Nurin Aira okey,dengan staf perempuan lain dia sedikit sombong.
          Nurin Aira mengangkat muka.Lunch???
         “Er…saya...”
         “Awak dah kenyang?” Jawab Syed Ilham lalu ketawa kecil.Itu antara alasan yang sering di berikan oleh Nurin Aira.“Saya tak nak dengar apa-apa alasan.Awak kena ikut saya keluar makan.Saya nak pergi ambil kunci kereta sekejap” ujar Syed Ilham terus meninggalkan Nurin Aira yang terpinga-pinga.
          Aduh! Aku nak pergi ambik anak akulah. Bukan dah kenyang.Mesti aku kena marah nanti dengan cikgu tadika sebab ambil Alia lambat.Kesian Alia mesti tertunggu-tunggu!

“KAU kenapa? Sejak akhir akhir ni aku tengok kau macam ada masalah je” Suraya bertanya.Pelik melihat sikap Nurin Aira yang gemar termenung sejak kebelakangan ini.
          Nurin Aira berpaling menghadap Suraya.
         “Tak ada apa-apalah.” Nurin Aira berdalih.
         Petang itu dia dan Suraya membawa Alia keluar berjalan-jalan di taman permainan.Ikut hatinya,mahu sahaja dia memerap di dalam bilik tapi setelah di paksa oleh Alia, terpaksalah dia akur.Kesian Alia!
          Matanya masih lagi galak memerhati kerenah Alia yang sedang bermain gelongsor. Gembira dan ceria sahaja anak itu bermain di samping rakan-rakan sebayanya.Dunia ini ibarat mereka yang punya.Mereka berlari ke sana sini tanpa memikirkan masalah.Ah! Budak kecil mana ada masalah!
           “Eh,Su…bila kau nak pergi Terengganu?” Tanya Nurin Aira apabila teringat tentang seminar yang perlu di hadiri oleh Suraya.Sudah seminggu berlalu tapi masih tetap tidak  pergi.
            “Next week.Boss dengan isteri aku pun pergi tau.” Jawab Suraya.
            “Oh…Isteri bos kau pakai tudung tak?” Teringat peristiwa dia melanggar seorang lelaki sehingga telefonnya pecah.
             “Pakai.Eh,kau tahu kat mana?” Tanya Suraya pelik.Masakan Nurin Aira kenal dengan isteri majikannya.
             “ Masa aku pergi hantar mc kau hari tu,aku terserempak dengan dia,Alah…yang aku citer aku langgar seorang lelaki tu.” Nurin Aira cuba untuk mengingati semula.
           “Oh…ingat…ingat.Memang isteri bos aku pakai tudung pun! Kesian dia kau tahu tak!”
           “Kenapa?”
            “Dia sakit .”
          “Sakit? Aku tengok okey je.Siap dia boleh gurau dengan husband dia lagi.” Teringat di fikirannya bagaimana wanita itu mencubit pinggang suaminya yang lebih-lebih.
           “Sekarang ni okeylah tapi dulu dia sakit.Perempuan tu sebenarnya doktor”
           “Doktor? Dia sakit apa?”
            “Mama…mama Su…” Tidak sempat Suraya ingin menjawab Alia sudah menerpa ke arah mereka.
              Terkejut Suraya dan Nurin Aira.
             “Nak apa sayang?” Tanya Nurin Aira sambil mengusap peluh di dahi Alia.
              “Nak aiskrim” ujar Alia dengan termegah-megah.
              Suraya dan Nurin Aira ketawa.Ingatkan apa!
           “Hiss,budak ni.Ingatkan nak apa.Mama Su pergi beli jap ya.Alia duduk dengan mama.” Arah Suraya.Dia sudah mula berdiri.
                “Nak ikut!” Ujar Alia menyebabkan Suraya pantas berpaling.
                “Jom” Ajak Suraya sambil memimpin tangan halus Alia.
              Nurin Aira hanya ketawa kecil melihat telatah mereka berdua.Sedang matanya meliar-liar ke kawasan sekeliling tiba-tiba anak matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang seperti pernah di lihatnya.Perempuan tu!
              Apa yang di buatnya di sini? Kenapa dia sendirian? Mana suaminya? Matanya masih lagi setia pada wanita yang duduk di bangku berhampiran buaian.Bibirnya tersenyum-senyum melihat telatah kanak-kanak yang berlari-lari.Ah! Bukan masalah aku pun.

“HAI”
          “Hai…aunty.” Sahut Alia sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan wanita itu.“Nama saya Alia.Tapi mama panggil Lia je.” Petah Alia berbicara.
         “Oh, Alia namanya ya.Nama aunty, Aisyah.” Ujar Nur Aisyah sambil mengusap kepala Alia.Dari tadi dia memerhatikan tingkah anak kecil itu.Tingkah Alia yang manja dan sopan itu berjaga menarik perhatiannya.Tanpa di sedari,perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah anak kecil itu yang sedang bermain buaian seorang diri.Dia tidak dapat menahan diri untuk menegur kanak-kanak itu.Bagai ada sesuatu yang menariknya untuk berbual-bual dengan Alia.
         “Oh…Aunty Aisyah” ujar Alia sambil mengangukkan kepalanya.
         Nur Aisyah hanya tersenyum.
          “Aunty buat apa kat sini?” Tanya Alia.Alia masih lagi berada atas buaian.
         “Oh…aunty saja je duduk kat sini.Ambil angin.” Jawab Nur Aisyah sambil tersenyum. Senang hatinya dapat berbual dengan Alia.
          “Anak aunty mana?”
           Senyuman di bibir Nur Aisyah terus mati.Lidahnya kelu.Hatinya berdebar-debar.
          Tiba-tiba, Nur Aisyah menarik Alia daripada buaian lalu memeluknya dengan erat.Serta merta air mata wanita itu tumpah.Alia terkejut!
           “Puan Aisyah?” Panggil Suraya.Pelukan terlerai.Alia terus berlari ke arah Nurin Aira
            Nurin Aira terus mendukung Alia yang menangis.Mungkin Alia terkejut dengan tindakan reflex Nur Aisyah yang mendukung dirinya secara tiba-tiba.
            Nurin Aira dan Suraya datang untuk mengajak Alia pulang.Hari sudah hampir gelap. Tetapi alangkah terkejut diri mereka apabila melihat Alia di peluk oleh orang yang tidak di kenali.
             “Suraya?” Nur Aisyah terus mengesat air matanya.Dia sendiri tidak faham kenapa dirinya begitu lembut dengan Alia.
          “Haah…puan buat apa kat sini?” tanya Suraya.Pelik melihat isteri majikannya berada di taman permainan.
          “Tak…tak buat apa-apa.Saja je saya datang sini.” Jawab Nur Aisyah sambil matanya memerhati wanita sebelah Suraya yang sedang memujuk Alia.Siapa wanita ini? Kenapa macam pernah jumpa sahaja? Tapi kat mana? Argh…
           “Siapa ni?” Tanpa dapat ditahan,Nur Aisyah terus bertanya akan wanita yang sedang mendukung Alia itu.
           Suraya mengerling ke arah Nurin Aira di sebelahnya.
        “Saya Nurin Aira.Mama Alia.” Beritahu Nurin Aira.Suraya hanya mengangguk.
         Nur Aisyah terkejut.Mama?
        “Kenapa,puan? Alia ada buat apa-apa ke dengan puan?” Nurin Aira pelik dengan tingkah wanita di depannya.
        “Em…tak…tak.Alia budak baik.”
        “Kenapa puan peluk Alia?” Nurin Aira bertanya.Wanita itu bukan ada hubungan dengan mereka,tetapi kenapa berani benar wanita ini memeluk Alia.
          Pertanyaan Nurin Aira benar-benar menyentap naluri Nur Aisyah.Dia tiada jawapan untuk persoalan itu.Sungguh! Dia tidak tahu kenapa tiba-tiba sahaja dia memeluk Alia.Dia terasa bahagia dan tenang apabila memeluk Alia tadi.
         “Saya…saya…”
         “Em,Nurin jomlah kita balik.Dah nak dekat magrib dah ni.Dahlah kita jalan kaki.  Lagilah lambat nak sampai  rumah” ajak Suraya.Dia sengaja mengajak Nurin Aira untuk pulang.
           ‘Hiss,dia ni kalau ya pun bagilah perempuan ni habis cakap dulu.Tak sabar-sabar!’ marah Nurin Aira dalam hati.
          “Jomlah…saya hantarkan.” Pelawa Nur Aisyah.Sebenarnya,dia ingin berlama-lama dengan Alia.
           “Eh,tak pelah,kita orang jalan kaki je.Dah biasa!” Jawab Nurin Aira.Dia tidak berapa menyenangi kehadiran wanita itu.Macam ada agenda tersendiri!
            Suraya pantas menyiku tangan Nurin Aira.Dah orang ajak, terima jelah.Bukan dia nak culik pun.Nak hantar balik je!
            “Boleh juga,puan.Dah nak gelap dah ni.Tak elok anak da…eh,wanita macam kita orang jalan kaki.” Suraya hampir tersasul.
            Bulat biji mata Nurin Aira.
            “Jomlah” Nur Aisyah membuka langkah menuju ke kereta Honda Accord miliknya. Hadiah daripada suaminya sempena ulang tahun kelahirannya yang lepas.
            Nak tak nak,Nurin Aira terpaksa juga melangkah ke arah kerata itu.Nanti jika dia menolak, di katakan sombong pulak.


“HAH…pergi mana ni? Baru sekarang balik.” Tengku Shamil Zaquan terus menerpa ke arah isterinya yang baru sahaja keluar daripada kereta Honda Accord.
          Terkejut Nur Aisyah di buatnya.Dia mengukirkan senyuman buat suaminya yang tersayang.Tanpa menjawab soalan suaminya, terus kakinya melangkah masuk ke dalam banglo mewah empat tingkat itu.
          “Sya...” panggil Tengku Shamil Zaquan.Dia begitu risau akan keadaan isterinya.Dia takut Nur Aisyah masih belum pulih sepenuhnya walaupun isterinya nampak normal.Balik sahaja dari kerja,alangkah terkejutnya apabila pembantu rumah menyatakan Nur Aisyah masih belum pulang,padahal Nur Aisyah pulang lebih awal daripadanya.
         “Sya.Sya pergi mana? Risau abang tau!” Tengku Shamil Zaquan memegang tangan isterinya, menyebabkan langkah isterinya terhenti.
           Nur Aisyah memandang suaminya sambil tersenyum.Dia tidak mahu mengusahkan  suaminya lagi.Lelaki itu sudah banyak berkorban masa dan tenaga untuk dirinya.
          “Abang tak payahlah risau…kan Sya dah balik ni” Nur Aisyah membalas genggaman tangan suaminya.
           Tengku Shamil Zaquan membawa Nur Aisyah ke taman yang berdekatan.Mereka duduk di tepi kolam ikan buatan.Taman ikan itu sangat cantik dan bersih.Mamanya sangat menjaga kebersihan kolam ikan itu.
        “Mana budak-budak,bang? Senyap je rumah.” Tanya Nur Aisyah sebaik duduk di atas batu di tepi kolam ikan itu.
         “Adik bawa mereka keluar.Abang call dah tadi,dia dah on the way nak balik dah.” Beritahu Tengku Shamil Zaquan.Tangannya masih lagi melekap dengan tangan Nur Aisyah.
         “Oh…”
         “Sya…ok ke?”
         Nur Aisyah ketawa.
        “Kenapa abang tanya soalan macam ni? Sya nampak tak ok ke? Sya rasa Sya sihat je. Tak ada apa-apa masalah” Jawab Nur Aisyah.
         “Taklah, Sya nampak lain hari ini.Tadi, Sya pergi mana? Tak baik tau tipu abang” Tengku Shamil Zaquan dapat melihat perubahan raut wajah isterinya.
         “Tak pergi mana-mana.” Nur Aisyah berdalih.
         “Bukan…Sya pergi taman permainan ke?” Tengku Shamil Zaquan meneka.
          Nur Aisyah terkejut.
         “Kali ini,Sya pergi taman permainan yang mana pulak?” soal Tengku Shamil Zaquan.Dia dah agak! Pasti Nur Aisyah akan merayap ke taman permainan.
           Air mata Nur Aisyah mula bertakung.Dia sedih!
           Tengku Shamil Zaquan yang perasan akan keadaan Nur Aisyah mula gelabah.Dia tidak sepatutnya bertanyakan hal itu.
          “Hiss,Sya jangan menangis.Abang tak marah kat Sya.Abang cuma risau akan keadaan Sya je.Lain kali kalau Sya nak pergi mana-mana even pun taman permainan, Sya beritahu abang dulu.Abang boleh temankan.Abang risau,kalau apa-apa jadi pada Sya.” Tengku Shamil Zaquan memujuk isterinya.Dia mengosok perlahan bahu isterinya.Ingin memujuk!
           Nur Aisyah mengesat air matanya yang jatuh.Dia sudah bertekad,tidak mahu lagi mengusahkan suaminya.Dia harus kuat! Dia sudah berjanji dengan dirinya,yang air matanya tidak akan tumpah lagi.Tidak akan sama sekali!
            “Abang,jomlah kita masuk.Dah nak magrib dah ni.” Ajak Nur Aisyah sambil tersenyum.
              Lega hati Tengku Shamil Zaquan melihat isterinya tersenyum.Walaupun, senyuman itu nampak hambar, tapi dia tetap berpuas hati.Dia tidak sanggup lagi, melihat Nur Aisyah menderita.Cukuplah setakat itu.Jangan ada lagi derita untuk isterinya.
           “Jom.” Tengku Shamil Zaquan mencuit hidung mancung Nur Aisyah lalu berlari meninggalkan wanita itu.Terjerit kecil,Nur Aisyah di buatnya.Tanpa menbuang masa, terus dia mengejar suaminya.Ingin membalas perbuatan lelaki itu!


      

No comments:

Post a Comment

http://www.amazingcounters.com/sign-up3.php