22 February 2015

Bab 7

                                                       
“APA?”
         Mak Cik Halimah,Nazim Azwan dan Nurin Aiza terkejut dengan berita yang baru di sampaikan oleh doktor itu. Berita yang benar-benar tidak di duga oleh akalnya.Serta merta, Mak Cik Halimah meraup kedua-dua belah tangannya ke muka. Dia tidak  menyangka ujian Allah ke atas dirinya. Ujian yang sangat berat!
          “Mak...” Nurin Aiza sudah menangis dalam dakapan emaknya. Kenapa emaknya yang di pilih untuk melalui ujian ini. Kenapa tidak orang lain sahaja? Hidup mereka sekeluarga sudah banyak menderita. Mereka tidak mampu untuk melalui ujian ini. Mereka tidak sanggup berpisah dengan insan yang sudah melahirkan mereka. Serasa, sekejap sahaja masa yang di pinjamkan oleh Allah untuk mereka adik beradik bersama emak mereka.
           Nazim Azwan hanya mengeluh berat. Kesian emak! Adik-adiknya masih memerlukan wanita itu sebagai pelindung mereka.
          “Saya dah menyemak laporan kesihatan mak cik beberapa kali. Saya juga ada melakukan beberapa  pemeriksaan ke atas mak cik. Jawapannya tetap sama!” Ujar doktor yang memakai tanda nama Johan itu. Kepalanya terangguk-angguk.Ingin mengiakan percakapnya.
          Mereka bertiga hanya diam membisu. Masih terkejut dengan berita yang baru di beritahu oleh doktor itu. Fikiran mereka kosong.
           “Jadi,kami perlu melakukan pembedahan dengan secepat mungkin ke atas mak cik. Saya takut ia akan merebak ke kawasan lain pula.” Ujar Doktor Johan. Ketumbuhan yang berada dalam kepala Mak Cik Halimah perlu di buang dengan segera. Takut, ia akan merebak.
             Mak cik Halimah mengangkat wajahnya.Nazim Azwan terkejut.Nurin Aiza terus menangis dalam dakapan emaknya.Dia tidak sanggup mendengar kata-kata Doktor Johan itu.
           “Penting ke doktor?” Nazim Azwan bertanya.
           “Sangat penting.Jika tidak di buang, ia boleh meragut nyawa ibu awak.”
          “Bila pembedahan akan di jalankan,doktor?” Nazim Azwan bertanya lagi.Nyawa emaknya dalam bahaya.Dia perlu menyelamatkan nyawa emaknya dengan segera.
           “Secepat mungkin dan apabila pesakit sudah bersedia.Ini untuk mengelakkan ketumbuhan itu semakin membesar.”
          “Berapa kos rawatan doktor?”
          “RM 50000”
          “Hah?”

NAZIM AZWAN mundar mandir dalam biliknya.Kehulu kehilir dia berjalan.Sekejap duduk kemudian berdiri.Semua tidak kena dengan dirinya.Fikirannya buntu! RM50000 perlu di carinya dengan secepat mungkin.Nyawa ibunya dalam bahaya.
          Mana aku nak cari duit sebanyak tu? Aku mana ada duit simpanan.Semua duit aku guna untuk persekolahan Aima dan Aiza.Geran tanah? Arghhh...Mak Cik Hasnah.Kenapa emak sanggup bagi geran tanah arwah datuk kepada Mak Cik Hasnah.Tak kan nak jual tanah ni. Nanti mana kakak dan adik-adik aku nak tinggal.Kesian mereka! Tak boleh.Aku kena dapatkan, geran tu daripada Mak Cik Hasnah.Perempuan tamak!
          Tanpa membuang masa, terus dia keluar dari biliknya.Ketika itu hanya dia dan Nurin Aima sahaja yang berada di rumah.Laju kakinya melangkah menuju ke rumah mak ciknya. Dia memang tidak mengemari sikap tamak Mak Cik Hasnah.Tak boleh tengok orang lebih daripada dia, mesti macam-macam akan di katakannya.
            “Mak cik…mak cik” panggil Nazim Azwan sebaik sahaja sampai di perkalangan rumah batu milik Mak Cik Hasnah.“Mak cik, Mak Cik Hasnah” panggil Nazim Azwan lagi apabila sahutannya tidak berbalas.Kali ini lebih kuat.
          “Oi…kau tiada adab ke,hah? Mari rumah orang jerit-jerit” marah Hannah.
          “Mak kau mana?”
          Hannah senyap.Cari mak!
          “Kenapa kau nak tahu?”
           “Hoi,Hannah aku tanya kau baik-baik ni.Aku tak nak cari gaduh dengan kau.Buang masa aku je.”
           Hannah mencebik.
           Hannah keluar dan menuju ke arah Nazim Azwan.
         “Mak tak ada”
         “Kau tipu.”
          “Betullah,mak tak ada.Mak keluar pergi kenduri.Petang nanti baliklah.” Ujar Hannah sambil menjuihkan bibir.Tak caya sudah!
            Nazin Azwan merenung tajam ke arah sepupunya.Sepupunya ini, bukan boleh percaya! Banyak bohong daripada bercakap benar.
            “Kau balik jelah.Petang nanti kau datanglah balik.” Halau Hannah.
           “Hah,kau buat apa kat sini?” Sergah Mak Cik Hasnah.Di tangannya ada, beberapa plastik berisi ikan dan sayur.
            Hannah tergaman.Pantas dia berdiri di belakang emaknya.Takut dia melihat, renungan tajam mata Nazim Azwan yang merenung ke arahnya.Mata itu kemerahan!
             “Kau nak apa?” tanya Mak Cik Hasnah dengan kasar.Dia meletakkan plastik berisi barangan dapur di anak tangga.
              “Saya nak geran tanah yang emak bagi kat mak cik.” Jawab Nazim Azwan.Dia tidak mahu berlama-lama di situ.Hatinya makin sakit!
              “Geran apa?”
             “Mak cik, jangan buat tak tahu pulak ya.Saya tahu, emak ada bagi geran tanah kat mak cik.”
              Mak cik Hasnah ketawa.
             “Kau ingat aku gila ke,hah? Nak bagi geran tu kat kau.Tu harta aku!” Mak Cik Hasnah menjawab kasar.
             “Itu harta emak,bukan mak cik! Mak cik yang paksa emak suruh bagi kat mak cik kan? Mak cik ingat saya tak tahu.”  Ujar Nazim Azwan.
            “Aku anak sulung,jadi aku berhak.Mak kau dah ada tanah.Arwah ayah kau dah bagi.Apa masalah kau lagi?”
            “Mak cik itu tanah arwah ayah bukan tanah emak.Sekarang saya nak geran tanah emak saya.Mak cik tiada hak untuk ambil tanah mak saya.”
            “Eh,Nazim kau dengar  sini baik-baik ya.Sekali aku dah dapat geran tu, jangan harap aku nak bagi balik kat kau sekeluarga.Tidak akan!” Bersungguh-sungguh Mak Cik Hasnah katakan.
             “Tapi…tanah itu milik mak.”
             “ Mak kau yang bodoh, pergi bagi kat aku siapa suruh,”
              “Mak cik! Mak cik jangan hina mak saya!” Jari telunjuknya sudah di angkat ke muka Mak Cik Hasnah.Hannah terkejut dengan tindakan sepupunya.“Selagi mak saya masih hidup, tiada sesiapa pun boleh menghina mak saya, termasuklah mak cik dan kau Hannah.” Jari telunjuknya turut di halakan ke arah Hannah.
               Mereka dua beranak terdiam.
              “Mak saya tak bodoh mak cik! Mak saya sanggup bagi geran tanah dia kat mak cik, semata-mata untuk berbaik semula dengan mak cik.Tapi mak cik tamak,ego,sombong dan bongkak.Kalau tiada mak saya, mak cik dan Hannah dah hidup merempat.Hidup bawah jambatan!” Nazim Azwan menghamburkan marahnya kepada Mak Cik Hasnah.Tanpa menbuang masa, terus dia berlalu dari situ.Sempat kakinya, menendang pasu Bunga Kaktus, sehingga pecah.Puas hatinya!
              Mak Cik Hasnah dan Hannah hanya berdiam diri.Dasar banduan!

NURIN AIRA melipat telekungnya lalu di sangkut pada tempat yang di sediakan.Matanya melirik ke arah jam loceng di kepala katil.Sudah 11.30 malam.Dia baru sahaja pulang dari tempat kerjanya.Biasalah, kalau akhir-akhir bulan pasti dia akan pulang lewat.Sebaik dia sampai, keadaan rumah sudah gelap.Ini menandakan bahawa Alia dan Suraya sudah tidur.
           Nurin Aira mengatur langkah ke meja kerjanya.Di capai bingkai gambar itu, lalu di peluknya erat.Bingkai itu di ciumnya berkali-kali.Rasa rindunya pada ahli keluarga begitu ketara.Tiba-tiba,air matanya mengalir keluar sebaik dia terpandangkan wajah wanita yang sedang tersenyum itu.Mak…
           Kenapa mesti mak yang perlu melalui semua ujian itu? Mak sudah tua.Kenapa tidak aku sahaja.Aku masih muda.Aku belum ada apa-apa tanggungjawab.Kesian adik-adik aku. Mereka masih memerlukkan mak.
          Panggilan daripada Nurin Aiza pagi tadi benar-benar menyentap perasaannya.Dia sangat terkejut dengan berita yang di beritahu oleh Aiza.Seharian kerja yang di lakukan olehnya tidak menjadi.Mujur sahaja, Syed Ilham tidak masuk pejabat hari ini.Kalau tidak mesti dia akan di tegur oleh majikan itu.
            RM50000? Ya Allah, mana aku nak cari duit sebanyak ini? Aku perlukan duit ini secepat yang mungkin.Nyawa emak perlu diselamatkan! Fikirannya ligat memikirkan cara untuk mendapatkan wang sejumlah RM50000.Simpanan aku tak ada sebanyak ini.Macam mana ni?.Jual kereta??? Yes…jual kereta.Tapi, apa aku nak jawab dengan mak nanti kalau mak  tanya mana kereta aku.Mesti mak kecewa, sebab aku jual kereta ini.Mak tahu aku sayang kereta ni! Mak tahu dah lama aku nak pakai kereta sendiri.Masa aku beli kereta ni pun, mak orang yang paling gembira mengalahkan aku.Aku biasa-biasa je!
            Suraya mesti marah kalau tahu aku jual kereta ni.Kalau aku jual kereta ni,aku nak ambil Alia dan pergi kerja dengan apa? Argh….tu semua tak penting.Yang penting nyawa mak mesti selamat.Mereka semua tak boleh tahu tentang hal ini.Pandai-pandailah aku kelentong.
          Tapi, kalau aku jual kereta mesti tak akan sampai RM50000.Kereta tu kan aku dah guna.Mana aku nak cari duit selebihnya? Ah! yang tu aku kena fikir kemudian.
          “Mak jangan risau ya.Mak pasti akan sembuh! Itu janji Aira.Aira akan cari duit untuk merawat mak.Mak tunggu ya.” Pantas dia mengucup bingkai gambar keluarganya berkali-kali.Bingkai gambar itu ketika raya tahun lepas.Mereka sekeluarga nampak sedondon.Dia yang membeli semua barangan raya untuk keluarganya.Itu antara impiannya, untuk berbakti pada keluarganya.

              

No comments:

Post a Comment

http://www.amazingcounters.com/sign-up3.php