22 February 2015

Bab 8

                                                                   
“ABANG, abang sayang Sya tak?”
           Tengku Shamil Zaquan yang tengah membaca majalah perniagaan atas katil terus menutup majalah itu.Pertanyaan Nur Aisyah itu membuatkannya terpinga-pinga.Pelik apabila mendengar soalan itu.Pantas dia melangkah menuju ke arah Nur Aisyah yang sedang berdiri di balkoni bilik mereka.
           Tengku Shamil Zaquan merangkul tubuh Nur Aisyah dari belakang sambil matanya memandang suasana malam.Hidungnya terbau-bau haruman wangian yang di pakai oleh Nur Aisyah.Sungguh wangi dan menyenangkan! Dia meletakkan dagunya di atas bahu Nur Aisyah.Suasana malam itu sangat indah.Bintang  di langit berkelip-kelip tanpa henti.Sangat cantik! Melalui balkoni bilik mereka yang berada di tingkat empat,bermacam-macam pandangan yang dapat di lihatnya.Tengku Shamil Zaquan dan Nur Aisyah hanyut seketika dengan pandangan yang cantik itu.
             “Abang…” Nur Aishah memanggil lembut.
             “Emm…”
            “Abang sayang tak Sya?” Nur Aisyah mengulangi soalannya.
             Tengku Shamil Zaquan terus memusingkan badan Nur Aisyah menghadapnya.Dia mengangkat sedikit muka Nur Aisyah untuk mengadapnya.Di renung lembut wajah kesayangannya itu.Tangannya bermain-main di sekitar wajah itu.Nur Aisyah hanya membiarkan.
             “Kenapa, Sya tanya? Sya tak percayakan abang ke?” Tanya Tengku Shamil Zaquan.Tangannya masih mengusap lembut pipi Nur Aisyah.
             “Abang…tak jawab lagi soalan Sya”
             “Nur Aisyah binti Isyak…abang sangat-sangat sayang dan cintakan Sya.Sya ialah nyawa dan jantung abang tau.Abang tak boleh hidup tanpa Sya.” Jujur Tengku Shamil Zaquan memberitahu.Dia mencium lembut tangan Nur Aisyah.
               Nur Aisyah tersenyum.Lega hatinya!
              “Dah puas hati?” soal Tengku Shamil Zaquan.Di cuit hidung mancung milik isterinya.
               Nur Aisyah mengangguk.
              “Kalau Sya  mati abang nak cari penganti Sya tak?”
              Tengku Shamil Zaquan tekejut.Bulat matanya memandang ke arah Nur Aisyah.
             “Apa Sya cakap nie?” marah Tengku Shamil Zaquan.
             “Abang, ajal maut,jodoh, pertemuan itu semua rahsia Allah.Kita sebagai manusia biasa, tidak tahu apa akan terjadi pada kita di masa hadapan”. Nur Aisyah mengingati suaminya.
             “Ya abang tahu tu semua.Tapi kenapa Sya cakap macam tu, macam orang tiada akal!” Tengku Shamil Zaquan melangkah masuk ke dalam biliknya.Dia duduk atas sofa di biliknya.
               Pantas, Nur Aisyah mengekori jejak suaminya.Dia duduk di sebelah Tengku Shamil Zaquan.Di capai tangan kasar itu ke dalam gengaman tangannya.
              “Sya, minta maaf kalau pertanyaan Sya buat abang terasa.Tapi, Sya betul-betul nak tahu!”
             Tengku Shamil Zaquan mendiamkan diri.
             “Abang…”
             “Abang sayang dan cintakan Sya seorang sahaja dalam hidup abang.Hanya Sya.Faham?” Tengku Shamil Zaquan mengenggam erat tangan isterinya.
            “Abang tak jawab lagi soalan Sya,”
             “Abang,tak akan cari penganti Sya dalam hidup abang.Hanya, Sya yang pertama dan yang terakhir.Mana-mana perempuan tak akan mampu menambat hati abang kecuali Sya seorang.Faham? Sya puas hati tak lagi?” Bersungguh-sungguh Tengku Shamil Zaquan mengungkapkan ucapan itu.
             “Ab..”
            Tengku Shamil Zaquan lantas memotong percakapan Nur Aisyah.
            “Kenapa Sya tanya abang soalan itu? Sya dah tak percayakan abang lagi ke? Sya dah tak cintakan abang, ya?” Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Tengku Shamil Zaquan.
             “Bukan,”
            “Habis tu kenapa tanya?”
            “Sya tak tahu.Sya tiba-tiba rasa nak tanya.Sya pun tak faham kenapa dengan Sya sejak kebelakangan ini.”
              Tengku Shamil Zaquan memeluk bahu Nur Aisyah.Nur Aisyah pantas menyandarkan kepalanya ke bahu suaminya.
              “Abang,Sya cintakan abang.Sya minta maaf kalau soalan Sya buat abang marah.”
             “Tak apa.Lain kali jangan tanya lagi soalan macam ini.Kalau Sya tanya jugak,siaplah Sya.Tahulah apa abang nak buat” Tengku Shamil Zaquan tersenyum nakal.
              Nur Aisyah hanya tersenyum manja.
            “Sya betul ke nak ikut abang pergi seminar itu?” Tanya Tengku Shamil Zaquan.Pelik! Nur Aisyah seorang yang tidak gemar keluar berjalan-jalan.Kadang-kadang dia perlu memaksa, barulah Nur Aisyah akan mengikutnya. Ini tidak, Nur Aisyah beria-ria mahu mengikutnya ke seminar yang akan di adakan di Tereengganu.
             “Betullah Sya nak ikut.Kenapa, abang tak mahu ajak Sya ke?” Nur Aisyah mula mengangkat punggungnya.Sedikit terasa hati dengan pertanyaan suaminya.
              Tengku Shamil Zaquan pantas berdiri lalu menuju ke arah balkoni biliknya.Dipeluk erat tubuh Nur Aisyah daripada belakang.
             “Abang  just tanya je sayang.Kalau Sya ikut abang, lagi abang suka tau.Kenapa, sejak kebelakangan ini Sya mudah sangat terasa,hah?” Tengku Shamil Zaquan mencuit hidung isterinya.
             “Hah…Sya pun tak tahu?”
            “Ke jangan-jangan Sya…” Tengku Shamil Zaquan memegang perut Nur Aisyah.
            “Hiss abang ni.Mustahil! Abang dah lupa ke apa doktor cakap?” Nur Aisyah menbidas kata-kata suaminya.Dia tahu suaminya hanya main-main.Tak mungkin!
            “Sya…doktor tu hanya manusia biasa.Mana tahu Allah nak bagi rezeki kat kita lagi, kan” Ujar Tengku Shamil Zaquan.Tak salah baginya untuk bermimpi.
            Nur Aisyah dengus perlahan.Dia tidak mahu harapannya musnah.Dia tidak mahu kecewa lagi!
            Melihat keadaan Nur Aisyah yang senyap itu.Tengku Shamil Zaquan gelisah.Mesti Sya tengah fikirkan apa yang aku cakap tadi.
          “Tak apalah, sayang.Nanti ada rezeki Allah bagi jelah ya.Kita cuma perlu berdoa je” Ucap Tengku Shamil Zaquan.Dia tidak mahu Nur Aisyah sedih.
           “Tak apa abang.Sya dah tak harapkan apa –apa lagi.”
           “Jomlah Sya.Dah lewat malam nie.Jom tidur.” Mata Tengku Shamil Zaquan sempat melihat jam yang tergantung dalam biliknya.Sudah hampir pukul 12 malam.
             “Sya tak ngantuk lagi,abang pergi je tidur dulu”
             Tiba-tiba,Nur Aisyah menjerit kecil apabila terasa badannya di angkat.Tengku Shamil Zaquan terus melangkah masuk ke dalam bilik tanpa menghiraukan jeritan kecil Nur Aisyah.
             “Masa untuk tidur,sayang” Ujar Tengku Shamil Zaquan lalu meletakkan tubuh Nur Aisyah di atas katil besar milik mereka.

NURIN AIRA bingkas bangun daripada pembaringannya apabila mendengar ada ketukan di luar pintu biliknya.
          “Masuklah,Su,”
           Suraya melangkah masuk sambil tersenyum.
          “Kau dah makan belum? Kalau belum aku ada simpan sedikit lauk untuk kau.” Soal Suraya lalu duduk di birai katil Nurin Aira.
          “Haah,lepas solat nanti aku makanlah.Aku pun tak mandi lagi ni” Jawab Nurin Aira. Sebaik pulang bkerja sebentar tadi,terus dia melangkah masuk ke dalam biliknya.Niat hatinya ingin tidur tergendala apabila Suraya mengetuk pintu biliknya. “Kau dah makan belum,Alia mana?”
           “Dah,Alia pun dah makan.Alia ada kat bawah. Aku pasang video Upin Ipin kat TV. Dia tengah tengoklah tu.”
            “Oh” pendek sahaja jawapan Nurin Aira.Pantas tangannya mencabut tudung yang masih melekat di kepalanya.Rimas pulak rasanya!
            “Nurin,aku nak tanya kau sesuatu boleh tak?” Suraya meminta izin.Dia takut pertanyaannya nanti akan membuatkan Nurin Aira marah.
            Nurin Aira tergelak.
           “Tanya jelah.Sejak bila kau pandai minta izin dengan aku ni? Nak masuk bilik aku pun tadi kau ketuk.Kau ni macam tak biasa!” Nurin Aira ketawa kecil.Apa-apa jelah Su ni!
          Suraya hanya memandang kosong wajah Nurin Aira.Senyuman Nurin Aira nampak hambar.Tidak macam selalu.
            “Kau ada masalah ke?”
            “Tak ada” Nurin Aira berdalih.
            “Kau jangan tipu aku.Aku tengok kau lain macam.Tengok senyuman kau pun aku dah tahu,”
           “Su, jangan risau ya.Aku tak apa-apa.Kalau aku ada masalah pun, biar je aku selesai sendiri.”
            “Tapi,aku kawan kau.Masalah kau, masalah aku jugak!”
            “Ya,aku tahu Su.Tapi aku dah tak mahu mengusahkan kau.Aku dah banyak mengusahkan kau.”
            “Siapa cakap?”
            “Aku cakap...hehehe.Macam inilah Su.Aku tak nak mengusahkan kau lagi.Biar masalah aku kali ini biar aku je yang selesai sendiri.Nanti, kalau ada apa-apa, aku sendiri yang akan minta tolong dengan kau,ya?” ujar Nurin Aira.Memang betul,sejak mereka kenal ketika zaman belajar dahulu sampai sekarang, dia tak habis-habis menyusahkan Suraya. Biarlah kali ini, masalah keluarga dia yang selesaikan sendiri!
            Suraya mendengus kecil.
           “Apa-apa jelah,kau nie Nurin.Tapi aku nak kau ingat,kalau kau ada masalah kau cakap je kat aku.Aku sedia membantu.Kau tak payah malulah dengan aku.Aku ikhlas nak tolong kau!” Suraya memegang erat tangan Nurin Aira sambil tersenyum.Biarlah,apa pun masalah kau,aku tahu kau boleh selesaikan sendiri.Kau seorang yang kuat.“Ok lah,aku nak keluar dulu,nak tengok tuan puteri kat bawah tu.Kau pergilah mandi,dah bau kambing dah.”
              Terjengil biji mata Nurin Aira mendengar kata-kata selamba Suraya.
             “Kau tak suruh mandi pun memang aku nak pergi mandi ni.” Jerit Nurin Aira.Suraya sudah pun menapak keluar.
             “Aku bertuah ada kawan macam kau,Su.Kau baik sangat! Terima kasih sudi jadi kawan aku” Ucap Nurin Aira sendirian lalu pantas melangkah ke bilik air.
                      
PAGI, itu ketika bersiap-siap ke tempat kerja,Nurin Aira telah mendapat panggilan daripada seseorangan.Berita gembira! Kereta Myvinya sudah ada pembeli.Ada seorang pembeli dari, Subang Jaya telah berminat untuk membeli keretanya.Alhamdulilah. Ini antara pakatan dia dan rakan sekerjanya tanpa pengetahuan Suraya dan keluarganya.Biarlah ini menjadi rahsia dulu.Bila sudah stabil,barulah dia berterus terang.
            Nurin Aira melangkah menuruni anak tangga dengan senyuman lebar di bibir.Satu masalah telah selesai.Nyawa mak mesti selamat!
           “Assalamualaikum…Su.Hai…anak mama.” Nurin Aira tersenyum sambil mencium pipi montel Alia.
             Suraya menjawab salam dalam hati.Pelik! Semalam muram,hari ini ceria.Apa kena dengan Nurin ni? Perangai memang susah dijangka!
            Nurin Aira perasan akan lirikan mata Suraya yang tajam.Tetapi dia just buat selamba. Hari ini dia sangat gembira!
            “Best tak nasi lemak mama masak sayang?” Nurin Aira gembira melihat Alia yang sedang berselera menjamah masakannya.Tangannya pantas mencapai senduk untuk menceduk nasi lemak.Hari ini giliran dia yang memasak.
            “Best mama,ada kacang,ada kangkung,ada ikan.Best....” Alia menjawab sambil mengangkat ibu jarinya.Tersenyum lebar Suraya dan Nurin Aira pagi-pagi hari.
            “Happy nampak? Apa kes?” Suraya terus bertanya sambil tangannya mencapai cawan berisi kopi.Malas dia menyimpan soalan itu lama-lama.
            “Happy? Adalah.Nantilah aku cerita kat kau ya,Su”
            Suraya dah agak inilah akan di jawab oleh Nurin Aira.Biarlah!
           “ Cepat makan sayang,nanti lewat ke tadikakan!” Suruh Nurin Aira sambil mengelap bibir Alia yang comot dengan tangannya.
            “Kau balik pukul berapa hari ini? Lewat lagi ke?”
              Nurin Aira berfikir-fikir.Orang yang ingin membeli kereta dengannya masih tidak menetapkan janji untuk berjumpa.Menurut pemanggil tadi, beberapa hari kebelakangan ini dia akan sibuk.Ah! Biarlah janji dia  nak beli.
            “Aku balik awal hari ini” Ujar Nurin Aira sambil melihat jam ditangannya.
            Suraya hanya mengangguk.
                                                 







No comments:

Post a Comment

http://www.amazingcounters.com/sign-up3.php