22 February 2015

Bab 9

                                                       
NAZIM AZWAN melangkah masuk ke dalam rumah dalam keadaan longlai.Keadaan rumah ketika itu sunyi sepi.Aima dan Aiza pula ke sekolah.Emaknya entah ke mana menghilang. Ada bilik tidurnya atau di dapur.
            Sudah lebih seminggu, selepas perkhabaran tentang penyakit emaknya, dia masih tidak mampu untuk berbuat apa-apa.Segala usaha yang di lakukan olehny sia-sia belaka. Semuanya tidak membuahkan hasil.Nurin Aira juga tidak memberi sebarang perkhabaran berita.Apa yang di cakapkan oleh Nurin Aira hanya tengah berusaha.Tengah berusaha! Sampai bila? Sampai ibunya menghembuskan nafas atau ketika ibunya dalam keadaan yang kritikal.Ya Allah sekarang ini, masa sangat berharga.Masa sangat penting! Nyawa emaknya sebagai taruhan.Dia harus cepat bertindak, demi nyawa emaknya.Tapi apa yang perlu di lakukan olehnya.Dia buntu! Segala usaha telah dilakukan.
            “Aku kena buat apa sahaja.Ya,apa sahaja untuk emak! Apapun risikonya, aku kena hadapi, janji nyawa emak selamat. Ya Allah, maafkan hambamu ini ya Allah.Aku terpaksa mengambil jalan singkat demi nyawa wanita yang melahirkan aku.Aku terpaksa Ya Allah.” Pantas Nazim Azwan meraup mukanya dengan kedua belah tangannya.Emak, Azim minta maaf kalau sekali lagi Azim kecewakan mak.Apa yang Azim buat ini hanya untuk mak.Azim minta maaf mak.Azim terpaksa mungkir janji.Air mata lelakinya mula merembes keluar.
            “Awal kau balik,Nazim?” tegur Mak Cik Halimah.Wajahnya agak pucat.Badannya sudah mula kurus.
            Pantas Nazim Azwam berpaling menghadap wajah wanita kesayangannya. Tangannya,terus mengesat air mata yang jatuh.Dia tidak mahu emaknya perasan akan kesedihan hatinya.
            “Kau dah makan belum? Mak ada simpan lauk untuk kau.Pergilah makan.Tadi kau keluar awal sangat sampai tak sempat makan.” Mak Cik Halimah mengatur langkah menuju ke arah Nazim Azwan yang sedang duduk di tepi tangga.
            “Nantilah Azim makan.Tak lapar lagi.Mak sihat tak hari ini?” terus Nazim Azwan merebahkan kepalanya di paha Mak Cik Halimah.Sudah lama dia tidak berbuat begitu.Rindu rasanya! Dicapai tangan wanita itu, lalu di ciumnya bertalu-talu.Wanita yang sanggup menerima kembali dirinya setelah hanyut seketika.Hanyut dengan kegembiraan duniawi.
             Mak Cik Halimah hanya membiarkan.Tangannya mengusap lembut rambut satu-satu anak lelakinya.Anak lelaki yang di harapkan menjadi tonggak keluarga,menjadi pelindung keluarga pada masa hadapan.Anak yang pernah hanyut suatu masa dahulu.Dia tidak sesekali menyalahkan Nazim Azwan kerana baginya setiap manusia pasti akan buat kesalahan.Semua insan yang bergelar manusia tidak sempurna.Pasti akan ada kesalahan yang di buat.
            “Azim,bila mak tiada nanti,kau janji dengan mak jaga kakak dan adik-adik kau ya”
              Nazim Azwan terus bangun daripada baringannya.Terkejut!
             “Mak…kenapa mak cakap macam ni? Mak akan sihat.Azim sayang kat mak” Nazim Azwan mengenggam erat tangan wanita itu.Hatinya sebak! Dia ingin berbakti dahulu kepada keluarganya.Dia sudah pernah menbuat wanita ini kecewa,wanita ini menangis.
             “Azim,mak pun sayangkan semua anak-anak mak.Aira,kau,Aima,Aiza semua mak sayang.Apa pun yang kau dah buat kat mak.Mak dah lama ampunkan kau.Kau manusia biasa, nak.Semua cemuhan orang kampung mak lali dah dengar.Dah tak bagi apa-apa kesan pun pada mak” Lirih Mak Cik Halimah berbicara.Memang dia kecewa dengan perbuatan anaknya,tapi naluri seorang ibu pasti lembut untuk memaafkan anaknya.Anak yang di kandung sembilan bulan sepulah hari.
             “Mak,janganlah cakap macam tu lagi.Azim tak sanggup dengar!” Pantas di peluk erat tubuh wanita itu.Dia menangis seperti anak kecil! Biarlah,janji dia tidak mahu kehilangan emaknya.Dia terlalu sayangkan emaknya.Di sanggup melakukan apa sahaja demi wanita ini.Ya, apa sahaja!
              Mak cik Halimah mengusap-usap belakang badan anak lelakinya.Dia redha,andai nyawanya akan di ambil, dia sudah memaafkan segala kesalahan anak-anaknya.Dia bahagia hidup di samping anak-anaknya.Dia bangga bertarung nyawa untuk melahirkan ke semua anak-anaknya.Anak-anak adalah nyawanya.Mak sayang anak-anak mak!

NURIN AIRA membantu Suraya memasukkan bajunya dalam beg roda.Esok, Suraya akan berangkat ke Terengganu untuk menghadiri seminar.Jadi, maknanya mulai esok dia dan Alia akan duduk berdua di rumah teres dua tingkat itu.Takut juga apabila, memikirkan tentang itu. Maklumlah sekarang jenayah boleh berlaku di mana-mana.Dalam rumah sendiri pun. Tak mustahil boleh berlaku.
          “Kau tak tahu lagi ke berapa hari nak duduk kat Terengganu?” Nurin Aira bertanya sambil melipat pakaian Suraya.Alia yang berada  atas katil Suraya hanya menumpukan perhatian kepada Ipad milik Suraya.
          “Seminar itu, cuma dua hari tiga malam je.Tapi boss, aku nak pergi bercuti kat Pulau Redang.Rasanya tak lama kut.Isterinya yang nak pergi sangat, dengan pekerja-pekerja dia herat sekali.Dia cakap, anggap je dia belanja.” Ujar Suraya.Sebenarnya, dia pun teruja untuk ke Pulau Redang.Semasa kecil dia pernah sampai ke pulau antara yang tercantik di Malaysia. Mesti,dah banyak perubahan sekarang.
            “Kau tak rasa, kau menyibuk ke? Diorang suami isteri tak apalah.Yang kau nak join sekali itu apasal.Tak ganggu diorang ke?” Nurin Aira pelik.Baiknya boss Su! Nak pergi bercuti dengan isteri tapi bawa pekerja. Tak pernah di buat orang!
          “Hehehe…mula-mula aku pun rasa macam tu.Manalah tau diorang nak berbulan madu ke? Tapi boss, aku yang beria-ria ajak.Puan Aisyah tu pun sokong.Lagipun, ada dua lagi pekerja yang ikut.Alah, apa orang tua-tua cakap.Hah, rezeki yang di tolak!” Suraya ketawa besar.Orang nak belanja,ambik jelah.Kalau tidak bila lagikan!
           Nurin Aira hanya tergelak kecil.








No comments:

Post a Comment

http://www.amazingcounters.com/sign-up3.php