5 March 2015

Bab 15

DARI  jauh lagi,Nurin Aira sudah melihat senyuman yang terukir di bibir Alia.Senang hati, melihat anaknya gembira.Nurin Aira memakir Myvi ungunya di sebelah jalan.Alia sudah melambai-lambai ke arahnya.Nurin Aira asyik memandang ke arah anaknya tanpa menghairaukan keadaan sekelilingnya.
             “Au…aduh!” Nurin Aira terjerit kecil.Dia jatuh ke tanah selepas terlanggar pintu kereta mewah seseorang.Dia tidak perasan pemandu kereta Porsche tersebut ingin keluar.
            Nurin Aira memandang tajam ke arah lelaki itu.Dia bangun lalu menyapu-yapu pasir yang melekat di baju kurung.
           “Tak nak minta maaf ke?” angkuh lelaki itu berkata.Dah tahu salah,minta maaflah!
           Ewah-ewah dia yang salah,aku pulak yang kena minta maaf.
          “Bukan encik ke yang salah? Buka pintu tak tengok orang!”
         “Bukan cik ke yang salah? Jalan tak tengok kiri kanan!” selamba lelaki itu berkata-kata.
          Bulat mata Nurin Aira melihat wajah selamba yang memakai cermin mata hitam itu. Lelaki itu masih memakai pakaian pejabat.
            “Dah tahu diri tu salah,boleh lagi salahkan orang.Harap je pakai kereta mewah,tapi perangai menyalahkan anak jin.” Terus Nurin Aira menghamburkan marahnya.Tanpa membuang masa terus dia melangkah ke Tadika Alia.
             Terjengil biji mata lelaki itu.Pantas tangannya menutup pintu kereta Porsche miliknya.Dia mengejar wanita yang memakai baju kurung moden warna putih ungu.
            “Cik,cakap apa tadi?” lelaki itu menghalang laluan Nurin Aira.
            “Saya cakap apa?” Nurin Aira bertanya balik.
             “Cik,cakap saya anak jin ya?”
            “Oh,yang itu…saya tak cakap pun encik anak jin.Saya cuma cakap, perangai cik mengalahkan anak jin. Itu je! Kenapa, encik nak ke jadi anak jin?” Nurin Aira membetulkan tanggapan lelaki itu.Dia ketawa kecil!
           Kurang asam perempuan ini!
           Nurin Aira tidak betah melayan lelaki ini.Dengan pantas tangannya membuka pintu pagar tadika Alia.
           “Kenapa encik ikut saya?” ujar Nurin Aira.Pelik, apabila lelaki itu turut masuk ke dalam tadika Alia.
            Lelaki itu menjeling ke arah Nurin Aira.
          “Tadika ni kau punya ke?” sinis nada lelaki itu.
            Nurin Aira diam.Menjawab!
            “Mama...” Alia terus menerpa ke arah Nurin Aira.Pantas Nurin Aira mendukung tubuh kecil itu,lalu diciumnya bertalu-talu.
              “Eh,Syamil dah sampai.Kejap akak pergi ambil Danish dan Dania.” Kak Midah yang baru muncul di sebalik pintu terkejut dengan kehadiran Tengku Shamil Zaquan.
               Tengku Shamil Zaquan hanya mengangguk.Matanya melirik ke arah wanita di sebelahnya.Dah ada anak rupanya! Matanya tiba-tiba tertancap pada raut wajah anak kecil berusia lima tahun itu.Petah sekali anak itu berbicara dengan ibunya!
              Tiba-tiba,hatinya berdebar-debar melihat raut wajah anak kecil itu.Mirip seseorang! Mata budak itu bulat,rambutnya keperangan dan pendek,memakai cekak berwarna pink. Sangat comel! Sejuk hatinya melihat anak kecil itu!
               “Alah,mama …nak dukung,” Alia merayu sebaik Nurin Aira meletakkan kembali Alia.
              “Alia dah besarlah.Dah berat! Penat mama asyik nak dukung Alia je” Nurin Aira mencuit hidung Alia.
              “Papa”  Danish dan Dania menjerit apabila melihat kelibat papanya.
              “Hai,sayang.” Tengku Shamil Zaquan pantas mencium pipi kedua-dua anaknya.
              “Hai,Aunty Nurin.Aunty sihat?” Danish menegur Nurin Aira sebaik sahaja melihat Nurin Aira di sebelah papanya.Pantas Danish dan Dania bersalaman dengan Nurin Aira.Nurin Aira menyambut mesra.
              “Aunty sihat.Danish dan Dania mesti sihat kan? Kalau tak, mesti tak datang dah tadika,” Nurin Aira mengosok-gosok kepala Danish dan Dania.
                Danish dan Dania tersenyum sehingga menampakkan gigi susunya.
               “Okeylah,Danish,Dania aunty balik dulu ya.Nanti ada masa kita jumpa lagi.” Mesra Nurin Aira berkata-kata.“Kak Midah,Nurin balik dulu ya,” Nurin Aira meminta diri tanpa menghairaukan lelaki di sebelahnya.
                 “Sayang,salam dengan cikgu” suruh Nurin Aira kepada Alia.
                 Selepas bersalaman dengan Cikgu Midah.Tanpa di suruh oleh Nurin Aira, Alia menyalami tangan Tengku Shamil Zaquan.Terkejut Nurin Aira!
               Tengku Shamil Zaquan hanya tersenyum manis melihat telatah anak kecil itu.Baik! Tak macam mamanya.Perangai macam malaun!
                 “Alia balik dulu ya,” Alia melambai-lambai tangannya kepada semua yang berada di situ.Nurin Aira hanya tersenyum mesra.Sebaik matanya jatuh pada wajah Tengku Shamil Zaquan,jelingan di berikan.Terkejut lelaki itu di buatnya!

“KENAL.” jawab Danish dan Dania serentak.Ketika itu mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.
          Hairan, Tengku Shamil Zaquan dibuatnya!
          “Macam mana pulak kenal dengan mak cik itu?”
          “Aunty Nurin selalu datang tadika ambil Alia” ujar Danish patah.
           Patutlah,dia memang tidak pernah berjumpa dengan Nurin Aira sebelum ini di tadika.Mungkin sebab dia selalu mengambil Danish dan Dania lambat.Sebab itu mereka tidak pernah terserempak.Wanita itu muda-muda dah ada anak!
          Tiba-tiba,fikirannya teringat akan kanak-kanak kecil yang dipanggil Alia.Alia??? Hiss,tak mungkinlah! Hatinya menyangkal tanggapan itu.Tengku Shamil Zaquan memandu keretanya dengan penuh tanda tanya.

NURIN AIRA hampir membrek keretanya apabila fikirannya teringat sesuatu! Dalam melayani Alia bercakap baru Nurin Aira perasan.
             “Kenapa mama?”
             “Tak ada apa-apa sayang,” Nurin Aira tersenyum ke arah Alia.Alia kembali leka bermain game di telefon Nurin Aira.
              Ya lelaki itu.Patutlah aku macam pernah jumpa.Memang pernah jumpa pun! Dia lelaki yang aku langgar masa nak hantar mc Suraya.Majikan Suraya.Yes, dah ingat!
            Aku tak pernah jumpa pun dia kat tadika Alia.Danish dan Dania itu,anak dia rupanya.Kesian dia dan anak-anaknya,isteri dia meninggal.Dudalah jawabnya! Alah apa susah,dia ada pangkat ada rupa, sekali petik beribu yang datang.Tapi tak termasuk akulah, sorry ! No enthusiastic.

SURAYA memakirkan Honda CRV yang di hadiahkan oleh walidnya di luar pagar.Kelihatan Myvi ungu Nurin Aira sudah tersadai di luar rumah.Pantas dia,membuka pagar dengan kunci pendua.Waktu itu,jam sudak menginjak ke angka 8 malam.Sengaja dia singgah sekejap ke syarikat walidnya.Dia rindu akan walidnya!
           Suraya membuka tudung bawal yang tersarung di kepalanya.Hidungnya sudah terhidu-hidu bau tom yam yang di masak oleh Nurin Aira.Sepatutnya, dia dinner dengan walidnya, tetapi saat-saat akhir walidnya kena berjumpa klien dari luar negara.Jadi,mereka terpaksa batalkan rancangan makan malamnya.
           “Eh! Su,kau dah balik.Pandai kau,aku baru je habis masak ni.Jomlah makan.” Tegur Nurin Aira sambil menyusun lauk pauk di atas meja.
          “Nantilah,aku nak pergi mandi jap” Suraya melangkah ke meja makan yang terletak berhampiran ruang tamu.Rambang matanya melihat lauk-pauk yang di masak oleh Nurin Aira.Ada tom yam,ayam berempah,daging masak merah,ketam masak lemak cili api pun ada.Tiba-tiba matanya tetancap kek keju atas meja.Kek kegemaran aku!
         “Aduh”
          Nurin Aira memampar lembut tangan Suraya yang ingin mencuit kek kegemarannya. Sebenarnya,saja je dia masak banyak-banyak.Hari inikan,awal bulan.Gaji masuk!
         “Kut ya pun tunggulah dulu.Kau cakap nak pergi mandi,kan? Pergilah! Aku tunggu.Tak sabar-sabar!” Nurin Aira membebel.Dia tahu Suraya sangat mengemari kek keju,jadi dia saja buatkan untuk Suraya.
          Suraya mencebik lalu melangkah menaiki tangga untuk ke biliknya.
         Sebaik selesai mandi dan solat Suraya pantas turun ke bawah.Nurin Aira dan Alia sudah menanti di meja makan.Pantas tangannya menceduk nasi.
          “Nurin,boleh tolong aku tak?”
           Nurin Aira terdiam seketika.Berfikir-fikir.Kemudian dia mengangguk.
           “Bagus,aku ingat nak ajak kau teman aku pergi majlis ulang tahun syarikat aku.” Beritahu Suraya sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
          Nurin Aira mengeleng.Tangannya ligat mengaul nasi dalam pinggan Alia.
         “Malaslah aku nak pergi,bukan tempat aku kerja pun.” Nurin Aira menolak.Segan dia ke sana,tambahan syarikat tempat Suraya berkerja itu bukan calang-calang syarikat.Pasti ramai VIP dan VVIP kat sana.
          “Alah jomlah,bawa Alia sekali.Aku takutlah pergi seorang-seorang.Lepas tunjuk muka,makan-makan kita baliklah.Nanti apa pula kata orang!” Suraya memujuk.Ikutkan hati dia juga malas nak pergi,tapi ini majlis ulang tahun syarikatnya.Nak tak nak terpaksa juga pergi. “Jomlah Nurin ya,aku janji tak lama”
           “Bila dan kat mana?”
           “Tiga bulan lagi.Tempat tak tahu lagi.Rasanya buat kat hotel.Ala,macam tahun-tahun lepas.Lagipun,ada banyak masa lagi nak buat persiapan,takut diorang cancel last minute nak buat kat tempat lain pulak.Aku saja beritahu kau awal-awal!”
           “Nantilah aku fikir dulu.Aku tak janji lagi”  kata Nurin Aira lalu mengambil gelas berisi air laici lalu di suarkan ke mulutnya.Tiba-tiba dia teringat sesuatu!
            “Su,tadi aku jumpa boss kau,kat tadika Alia.”
           “Tadika?”
           “Haah,..dia ambil anak dia.”
            “Anak?” Dahi Suraya berkerut.Setahu dia,sepanjang dia bekerja di Syarikat SK Holding beberapa tahun,dia tidak pernah tahu yang majikannya itu mempunyai anak.Dia ada mendengar yang arwah isteri majikannya itu sudah tidak boleh melahirkan anak .Arwah Nur Aisyah disahkan  mandul.Jadi, anak siapa yang bossnya ambil di tadika?
            “Kalau kau nak tahu,Danish dan Dania tu anak dia.Aku pun terkejut! Kecil betul dunia ni.Selama ini,aku tak pernah terserempak pun dengan dia kat tadika tu.” Beritahu Nurin Aira dengan yakin.
           “Lah…kau ni Nurin.Buat aku terkejut jelah! Danish,Dania tu bukan anak dia.Tapi anak saudara dia je.Anak arwah abang dia.Arwah abang dan kakak iparnya dah meninggal. Kemalangan jalan raya dua tahun lepas.Tak ada siapa-siapa jaga sebab arwah kakak ipar dia anak yatim piatu.Keluarga dialah yang jaga sekarang,” Beritahu Suraya bersungguh-sungguh. Itupun, adik Tengku Shamil Zaquan sendiri yang cerita padanya. “Si Danish dengan Dania tu, memang panggil Encik Syamil tu papa,si Zarul tu daddy.Encik Syamil tak nak anak-anak buahnya sedih,diorangkan masih kecil.”
          Terkejut Nurin Aira di buatnya.Lah…anak saudara dia rupanya.Aku ingatkan anak dia betul-betul!
            “Jap,tadi kau sebut nama Zarul? Siapa tu? Aku kenal ke?”
            “Alah mak cik ni lupa pula! Dulu kau kata pernah jumpa Zarul kat KFC.Ala,yang kau cakap dia dengan kita jarak umur tak  jauh tapi dia panggil kau kakak.Ingat tak lagi?” Suraya cuba untuk mengingatkan Nurin Aira.
            “Oh,ingat…ingat,Zarul kan? Apa kena mengena dia dengan bos kau?” Nurin Aira bertanya.
            “Dia itu,anak bongsu Datuk Tengku Shah dan Datin Nur Kaslom dan merupakan adik kepada boss aku.Faham?” Suraya memberitahu perkara sebenar.Zairul memang baik budaknya.Kali pertama dia jumpa Zarul,Zarul tidak mengaku dia anak kepada pemilik syarikat.Katanya,dia orang biasa sahaja.Terkejut beruk dia di buatnya,apabila bosnya memperkenalkan Zarul itu kepada semua staf.Adik dia rupanya!
             “Oh,adik dia rupanya.” Jauh benar beza perangai Tengku Syamil Zaquan dan Zarul. Zarul nampak lebih sederhana berbanding abangnya.Ketika jumpa di restoran KFC dulu pun,Zarul hanya berpakaian biasa.Sekali tengok,orang tak akan sangka dia anak Datuk.
             Nurin Aira mengeluh kecil.Rupa-rupanya dunia ini sangat kecil! Pergi ke mana-mana pun,pasti akan jumpa orang yang sama.Tak percaya???  Tak apa,tengok je 




2 comments:

  1. please sambung bab 21 yer..im waiting ;)
    good luck..

    ReplyDelete
  2. Salam Nur...Terima kasih sudi baca :) :) :)
    Insya-Allah bab 21 akan menyusul slpas ini

    ReplyDelete

http://www.amazingcounters.com/sign-up3.php