29 April 2015

Bab 16

  “KENAPA?”
          Nurin Aira hanya tersengih.Dia sebenarnya gelabah.Tak pasal-pasal dia terpaksa menemani Dr. Haikal keluar makan.Kalaulah dia cakap dia sudah makan pasti kini dirinya sudah berada di pejabat.Mulutnya pun satu,yang pergi cakap belum makan itu kenapa? Huh, kerana mulut badan binasa.
         “Tak ada apa-apa.Saya cuma tak sangka akan jumpa Dr. Haikal lagi.Sudi pulak tu,ajak saya keluar makan.Terharu saya!” ucap Nurin Aira.Sebenarnya,dia saja je cakap macam itu. Nak ambil hati.Maaf ya Dr. Haikal! Kalau dulu,memang dia meminati pensyarah muda ini. Tapi itu dulu,sekarang tidak lagi.Perasannya kini biasa-biasa je!
          “Alang-alang jumpa awak,apa salahnya saya ajak keluar makan.Sekarang, saya mengajar di UKM ” beritahu Dr Haikal.Mereka masih lagi menanti menu yang di pesan. “Saya ada benda nak tanya awak”
          “Apa dia?” Nurin Aira bertanya kembali.Mesti pasal Alia!
         “Orang cakap awak dah ada anak.Betul ke?”
          Betul tekaan aku!
         “Haah.Dah masuk lima tahun.Kenapa?” Nurin Aira saja bertanya kembali.Memang, siapa-siapa yang tanya dia akan mengaku bahawa Alia merupakan anaknya.Jika tidak pasti bermacam-macam soalan, orang akan tanya jika mereka mengetahui identiti sebenar Alia. Kesian Alia! Anak itu masih kecil.
        Dr. Haikal mendiamkan diri.Dia tidak terkejut.Sebenarnya,semasa Nurin Aira belajar di UUM  lagi dia mendengar berita itu.Tapi ketika itu,dia tidak mahu mencampuri urusan Nurin Aira,lagipun Nurin Aira bukan siapa-siapa baginya.
        “Oh,awak kahwin masa belajarlah ni? Dr. Haikal meneka.
         Nurin Aira hanya tersenyum.Dia tidak mengeleng atau mengangguk! Dia tak kisah persepsi Dr. Haikal terhadap dirinya.Yang pasti dia,tahu cerita sebenar.
         “Wah,dating…tak ajak pun!”
           Dr. Haikal dan Nurin Aira di sapa seseorang.Syed Ilham?
          “Can I join?” Tangan Syed Ilham sudah mula menarik kerusi di sebelah Nurin Aira.
           Terjengil biji mata Dr. Haikal.
         “Kita tak bagi kebenaran lagi,kau dah duduk.” Ujar Dr Haikal.Geram hatinya melihat Syed Haikal selamba duduk di sebelah Nurin Aira.
           Syed Ilham hanya buat tak tahu sahaja.Dia tersenyum manis ke arah Nurin Aira yang hanya berdiam diri.Semasa melalui depan restoran ini tadi,tiba-tiba matanya tertancap ke arah pasangan ini.Cemburu dia melihat mereka berbual mesra.
http://www.amazingcounters.com/sign-up3.php