29 April 2015

Bab 16

  “KENAPA?”
          Nurin Aira hanya tersengih.Dia sebenarnya gelabah.Tak pasal-pasal dia terpaksa menemani Dr. Haikal keluar makan.Kalaulah dia cakap dia sudah makan pasti kini dirinya sudah berada di pejabat.Mulutnya pun satu,yang pergi cakap belum makan itu kenapa? Huh, kerana mulut badan binasa.
         “Tak ada apa-apa.Saya cuma tak sangka akan jumpa Dr. Haikal lagi.Sudi pulak tu,ajak saya keluar makan.Terharu saya!” ucap Nurin Aira.Sebenarnya,dia saja je cakap macam itu. Nak ambil hati.Maaf ya Dr. Haikal! Kalau dulu,memang dia meminati pensyarah muda ini. Tapi itu dulu,sekarang tidak lagi.Perasannya kini biasa-biasa je!
          “Alang-alang jumpa awak,apa salahnya saya ajak keluar makan.Sekarang, saya mengajar di UKM ” beritahu Dr Haikal.Mereka masih lagi menanti menu yang di pesan. “Saya ada benda nak tanya awak”
          “Apa dia?” Nurin Aira bertanya kembali.Mesti pasal Alia!
         “Orang cakap awak dah ada anak.Betul ke?”
          Betul tekaan aku!
         “Haah.Dah masuk lima tahun.Kenapa?” Nurin Aira saja bertanya kembali.Memang, siapa-siapa yang tanya dia akan mengaku bahawa Alia merupakan anaknya.Jika tidak pasti bermacam-macam soalan, orang akan tanya jika mereka mengetahui identiti sebenar Alia. Kesian Alia! Anak itu masih kecil.
        Dr. Haikal mendiamkan diri.Dia tidak terkejut.Sebenarnya,semasa Nurin Aira belajar di UUM  lagi dia mendengar berita itu.Tapi ketika itu,dia tidak mahu mencampuri urusan Nurin Aira,lagipun Nurin Aira bukan siapa-siapa baginya.
        “Oh,awak kahwin masa belajarlah ni? Dr. Haikal meneka.
         Nurin Aira hanya tersenyum.Dia tidak mengeleng atau mengangguk! Dia tak kisah persepsi Dr. Haikal terhadap dirinya.Yang pasti dia,tahu cerita sebenar.
         “Wah,dating…tak ajak pun!”
           Dr. Haikal dan Nurin Aira di sapa seseorang.Syed Ilham?
          “Can I join?” Tangan Syed Ilham sudah mula menarik kerusi di sebelah Nurin Aira.
           Terjengil biji mata Dr. Haikal.
         “Kita tak bagi kebenaran lagi,kau dah duduk.” Ujar Dr Haikal.Geram hatinya melihat Syed Haikal selamba duduk di sebelah Nurin Aira.
           Syed Ilham hanya buat tak tahu sahaja.Dia tersenyum manis ke arah Nurin Aira yang hanya berdiam diri.Semasa melalui depan restoran ini tadi,tiba-tiba matanya tertancap ke arah pasangan ini.Cemburu dia melihat mereka berbual mesra.
           Nurin Aira berasa tidak selesa.Dia berada di antara dua lelaki.Mood makannya tiba-tiba hilang.Eh,macam mana Dr. Haikal dengan Syed Ilham boleh kenal?
           “Pandai ya awak Nurin,dating dengan kawan saya tak beritahu pun kat saya,” ujar Syed Ilham dalam nada sedih.
             Oh,kawan dia rupanya!
           “Kawan?” Nurin Aira pura-pura terkejut.Sebenarnya,dia ingin tahu lagi macam mana mereka boleh berkawan.Patutlah,dia sering terserempak Dr. Haikal di syarikat Syed Ilham!
          “Haah.Kami  dah lama kenal! Dari sekolah rendah sampailah ke universiti.Kami memang kawan baik sejak dulu lagi.Haikal pun selalu ke datang pejabat saya.Takkan awak tak perasan” Syed Ilham cepat-cepat memberitahu sebaik dia melihat Dr. Haikal ingin membuka mulut.Dia menahan ketawa melihat wajah bengang Dr Haikal, sempat dia mengenyit mata kirinya pada pemuda itu.
           “Oh.Perasan jugalah Dr. Haikal kat pejabat.Tapi tak taulah pulak,Dr Haikal kawan baik Encik Ilham.” Jujur Nurin Aira beritahu.Hiss,Dr. Haikal pun satu, dia tak pernah cakap pun dia kenal dengan majikan aku.
            “Sekarang baguslah awak dah tahu.Lepas ni awak jangan keluar dengan dia lagi.Haikal ni… aduhh”
             Dr. Haikal menendang kaki Syed Ilham di bawah meja.Padam muka! Nak burukkan akulah tu!
            “Kenapa encik?”
            “Bos,awak sakit perut agaknya.” Selamba Dr Haikal memberitahu Nurin Aira sambil tersenyum manis ke arah Syed Ilham.
             Kurang asam kau Haikal!
             “Oh.” Nurin Aira sudah kepanasan.Kenapa dia dapat rasakan yang Dr. Haikal dan Syed Ilham seperti sedang berperang antara satu sama lain.
           Sepanjang mereka bertiga makan di restoran itu,Nurin Aira merasakan setiap anak mata lelaki di depan dan sebelahnya asyik merenung ke arahnya.Menyesal pulak dia menerima pelawa Dr. Haikal!
                                 
“AKU nak jumpa Tengku Shamil Zaquan!” Ujar gadis itu dengan sombong.
             “Hah?” Penyambut tetamu iaitu Nuna terpinga-pinga sebaik di tegur dengan kasar oleh gadis itu.Pantas dia mengangkat wajah.Mak oiii,seksinya! Pakai baju macam tak cukup kain.
            Gadis itu mendengus kasar.
           “Kau pekak ke? Aku nak jumpa Tengku Shamil Zaquan.”
           “Oh,sekejap ya.Cik tunggu sebentar.” Sopan Nuna menjawab sambil tangannya di halakan ke arah tempat menunggu.
              Terjengil biji mata gadis itu.
             “Hei,kau jangan main tunjuk-tunjuk depan aku,kau keluar dari tempat kau dan hantar aku ke ruang tamu.Macam ini ke kau layan tetamu,aku report kat majikan kau baru tahu” gadis itu menengking kuat.Nuna terkejut! Semua mata staf yang berada di situ di halakan ke arah gadis seksi itu.
              “Mari, cik” Ajak Nuna sopan.Dia terus keluar dari kuanternya.Dia harus bijak untuk menangani situasi supaya keadaan tidak kacau.
              Gadis itu terus mengekori langkah penyambut tetamu sambil tangannya membetulkan cermin mata hitam di matanya.Setelah itu,Nuna kembali lagi ke tempatnya.
              Mata gadis itu meliar ke kawasan sekeliling ruang menunggu.Cantik dan mewah! Ini bukannya syarikat sebarangan.SK Holding antara syarikat termaju di Malaysia.Selepas beberapa minit, Nuna kembali lagi.
             “Maaf cik,Encik Syamil Shamil ada meeting.Dalam masa setengah jam lagi habis. Cik nak tunggu ke?”
             Gadis itu mengangguk.
             “Baiklah.Sila ikut saya cik!” Nuna mendahului gadis itu menuju ke bilik Tengku Shamil Zaquan.Sebaik sampai di bilik Tengku Shamil Zaquan,gadis itu diperkenalkan dengan setiausaha bosnya iaitu Anira.Gadis itu langsung tidak menyambut huluran tangan setiusaha Tengku Shamil Zaquan.
            “Aku datang bukan nak berkenalan” Sinis gadis itu berbicara.Cermin mata hitamnya di angkat dan di letakkan atas kepala.Pantas kakinya melangkah masuk ke bilik yang tertulis nama Tengku Syamil Zaquan,tanpa menghiraukan Nuna dan Anira.
            Nuna dan Anira melemparkan pandangan ke arah gadis yang memakai mini skrit berwarna putih dan baju tanpa lengan berwarna merah.Mereka mengeleng kepala melihat tingkah gadis itu.
           “Siapa itu?” tanya Anira.Harap-haraplah bukan teman wanita bossnya.Al maklumlah bossnya sekarang memegang gelaran duda.Duda yang bukan sebarang dudu! Duda yang ada nama,pangkat, harta,rupa dan macam-macam.Saham bosnya tengah naik sekarang ini!
            “Entah tak tahu.Dia tak perkenalkan diri dia.Tapi aku harap bukan girlfriend boslah. Tak mungkin Encik Shamil itu minat perempuan macam tu! Kat mana-mana boleh dapat.” Nuna mencebikkan bibir,meluat dengan sikap sombong gadis itu. “Huh,boleh pula dia datang sini pakai macam itu,ingat sini disko ke? Tak tahu malu betul.Harap-haraplah Encik Syamil tu tak tergoda dengan penampilan minah ni”
           Anira hanya mengangguk.Dia setuju dengan Nuna.
          Gadis itu melangkah masuk dengan penuh bergaya ke dalam bilik Tengku Syamil Zaquan.Dia menuju ke kerusi Tengku Syamil Zaquan lalu duduk,di silangkan kakinya sehingga menampakkan pahanya yang gebu tanpa sebarang cacat cela,rambut perangnya yang  ke depan di tolak belakang sehingga mendedahkan dadanya yang terbuka luas. Handbegnya di letakkan atas meje kerja Tengku Shamil Zaquan.Tiba-tiba matanya tertancap bingkai gambar yang sangat cantik.Gambar Tengku Shamil Zaquan dan Nur Aisyah berlatar belakangkan Eiffel Tower.Cemburu dia melihat kemesraan itu!
           “Aku ingatkan  jodoh kau dengan Zaquan.Rupa-rupanya,bukan! Jodoh kau dengan dia sekejap sahaja.Kesian kau Aisyah.Sebelum kahwin macam-macam dugaan kau hadapi, macam dialah jodoh kau sampai mati.Tak apalah,dia bukan jodoh kau.Nak buat macam mana! Tapi aku akan pasti yang dia merupakan jodoh aku!” Gadis itu berkata-kata sendirian sambil memusing-memusingkan kerusi yang di dudukinya.Matanya tajam melihat wanita dalam gambar itu.
            “Kau jangan risau Aisyah.Aku akan jaga suami kau,macam kau jaga dia.” Tiba-tiba dia terdengar suara lelaki sedang bercakap.Dia kenal suara itu! Pantas dia bangun dan mencapai handbeg Bonia miliknya lalu berjalan pantas menuju ke sofa.
              Tengku Shamil Zaquan terkejut dengan kehadiran gadis itu di biliknya.Dia langsung tidak menyangka gadis itu akan datang berjumpanya.Bibirnya mula mengukir senyuman.
              “Syakira? How are you? Dah lama tak datang jumpa abang!” Tengku Syamil Zaquan melangkah ke arah adik sepupunya itu.
              “I’am here.Fine.How about you?” Ujar Syakira selepas bersalaman dengan Tengku Shamil Zaquan.Pantas dia melabuhkan punggungnya  atas sofa hitam itu.
               Tiba-tiba, Tengku Shamil Zaquan berasa tidak selesa sebaik matanya terpandangkan paha gebu adik sepupunya.Skirt yang di pakai oleh Syakira terlalu pendek dan berbelah di kiri! Baju merah yang di pakai Syakira juga lebar di dadanya sehingga menampakkan bahagian lurahnya.Tengku Shamil Zaquan terus bangun dan menuju ke mejanya.
               Syakira yang perasan akan ketidakselesaan Tengku Shamil Zaquan hanya bertindak selamba.Ah! setakat pakai macam ni pun  dah tergoda.
             “Anira, masuk bilik saya sekejap” Tengku Shamil Zaquan memanggil setiausanya melalui intercom.Setelah itu,pantas dia melabuhkan punggungnya ke kerusi miliknya.Tak sanggup dia,duduk di sofa dengan keadaan Syakira seperti itu.Tipulah kalau dia tak tergoda dengan penampilan Syakira seperti itu,hanya lelaki yang tiada nafsu sahaja sanggup berkata sebegitu.Ah! Mana-mana lelaki yang normal pun, yang ada nafsu pasti akan tergoda dengan cara Syakira berpakaian.
            Syakira tersenyum melerek apabila melihat Tengku Shamil Zaquan sedikit gelabah. Pantas kakinya menuju ke tempat Tengku Shamil Zaquan.Dia menarik kerusi,lalu melabuhkan punggungnya.
            Anira masuk selepas mendapat arahan daripada Tengku Shamil Zaquan.
          “Anira, kenalkan ini adik sepupu saya,Tengku Syakira.Syakira ini setiausaha abang, Anira.” Tengku Syamil Zaquan memperkenalkan kedua-duanya.Dia tahu yang Anira belum mengetahui siapa gerangan gadis ini,kerana sebentar tadi apabila dia bertanyakan siapa tetamunya,Anira hanya menjawab tidak tahu.
          “Tengku Syakira.Nice to meet you!” Syakira menghadiahkan senyuman mesra.
           “Me too” Anira menjawab mesra.Huh,sepupu rupanya,boleh pulak nak senyum.Tadi bukan main sombong.Berlagak!
           “Anira,awak tolong buat air,ya.”
            “Ni,mimpi apa datang jumpa abang?” Tengku Shamil Zaquan bertanya sebaik sahaja kelibat Anira hilang dari pandangan. “Balik Malaysia pun abang tak tahu.Ni balik nak bercuti ke nak stay terus kat sini.”
            “Saja je datang melawat abang.Dah lama tak jumpa kan? Daddy suruh stay kat sini. Tolong dia kat pejabat.Sorry abang,masa arwah Kak Aisyah meninggal,Kira tak sempat nak tengok .Kira…”
             “Tak apa, Kira.Benda dah lepas.Arwah pun dah selamat.Biar roh dia tenang.” Tengku Shamil Zaquan memintas percakapan Syakira.
             “So,Kira macam mana sekarang ini? Lima tahun tak jumpa dah lain.Nasib baik abang dapat cam lagi. Dah ada boyfriend atau masih tunggu abang lagi.Abang single dah sekarang ini.Hahaha…” Tengku Shamil Zaquan membuat lawak.Dia bukan serius pun dengan kata-katanya.Sekadar main-main.Dia percaya yang Syakira sudah mempunyai teman istimewa dan melupakan kisah silam.Tidak sempat Syakira ingin menjawab,Anira masuk sambil menatang dulang.
               “Terima kasih”Ucap Tengku Shamil Zaquan kepada setiusahanya yang meletakkan cawan berisi air sambil melemparkan senyuman.
          Syakira mengambil serius kata-kata abang sepupunya tadi.Tiada istilah main-main dalam kamus hidupnya.Tujuan dia balik Malaysia,hanya untuk mendapatkan Tengku Shamil Zaquan.
               “Apa salahnya? Kira pun single lagi.” Syakira memandang tepat ke dalam anak mata Tengku Syamil Zaquan.
             Tengku Shamil Zaquan mematikan senyumannya.Adakan Syakira masih menyimpan perasaan terhadap dirinya?
           “Syakira,abang main-mainlah.Janganlah ambil serius.Dah lima tahun tak jumpa, sesekali bergurau apa salahnya,kan? Dahlah,kita lupakan!” Tengku Shamil Zaquan masak dengan perangai Syakira.Dia takut Syakira akan menyimpan lagi perasaan padanya.Dia tak nak lukakan hati adik sepupunya.Dia sayang akan adik sepupunya!
           “Kira tak bergurau pun abang.Kira serius! Abang je yang bergurau.” Tegas Syakira berkata-kata.Sungguh,dia tidak mahu berputih mata.Dia mencintai Tengku Shamil Zaquan sejak kecil lagi dan sehingga sekarang.Dia keluar negara pun,semata-mata untuk melarikan diri daripada Tengku Shamil Zaquan.Dia tak sanggup melihat orang yang dicintainya sepenuh hati bahagia di sisi wanita lain.Perkara itu amat menyakitkan.Sangat menyakitkan!
          Tengku Shamil Zaquan diam seketika.
         “Kira,takkan sepanjang lima tahun Kira kat Itali,satu lelaki yang sesuai dengan Kira pun, Kira tak jumpa.Takkanlah,Kira masih harapkan abang.”
         “Tak ada satu pun yang macam abang.Kalau Kira cakap ya,yang Kira masih menunggu abang.Apa abang nak cakap?” Syakira berterus terang.Dia sudah cakap yang dia tidak mahu berputih mata.Tengku Syamil Zaquan mesti jatuh ke tangannya walau macammana sekalipun.Itu tekadnya!
           Pantas Tengku Shamil Zaquan merenung tajam ke arah Syakira.
          “Kira please.Jangan buat abang macam ini.Kira tahukan yang abang hanya mencintai arwah sahaja.Tak mungkin ada perempuan yang boleh ganti tempat arwah.Kira kena faham abang.”
           “Habis siapa yang nak faham dengan Kira? Abang,sedar tak yang Kak Aisyah dah meninggal.Orang dah meninggal tak akan kembali lagi.” Keras nada suara Syakira.Dia perlu menyakinkan Tengku Shamil Zaquan dengan cintanya.
          “Kak Aisyah memang dah meninggal.Tapi dia masih ada dalam hati abang,sampai bila-bila.” Tengku Shamil Zaquan meletakkan tangan kanannya di dada.Mana mungkin dia terima perempuan lain dalam hidupnya selain Nur Aisyah.
          “Huh,apa salahnya abang buka hati abang untuk perempuan lain.Come on lah abang, abangkan masih muda.Umur abang baru 28 tahun.Hidup abang masih panjang.Abang masih perlukan wanita dalam hidup abang.Abang tak nak ada zuriat sendiri ke? Abang nak hidup sampai tua ke dengan bayang-bayang arwah? Abang terlalu taksud dengan cinta abang!” Lantang Syakira berkata-kata.Dia sudah tidak mempedulikan perasaan Tengku Shamil Zaquan.
           “Syakira.” Jerkah Tengku Shamil Zaquan.Serta merta dia bangun!
           Syakira tersenyum sinis.
          “Kira betul-betul cintakan abang.Abang tahukan macam mana cinta Kira pada abang? Sejak kecil perasan itu dah ada.Kira dah cuba buang perasaan cinta ini terhadap abang masa abang beritahu Kira yang abang dah jatuh hati kat Kak Aisyah.Tapi Kira tak boleh,abang. Banyak kali Kira cuba,abang.Hati kira sakit sangat tengok abang dan Kak Aisyah bahagia. Kira cuba terima,tapi tak mudah abang.Sebab hati Kira dah jatuh cinta kat abang.” Syakira mengesat air mata yang mengalir dipipinya.
          “…Kira cuba terima cinta lelaki lain,tapi tak boleh sebab dalam hati Kira hanya ada abang seorang sahaja.Kira tak nak lukakan hati lelaki lain,sebab Kira dah rasa bagaimana sakitnya rasa di kecewakan.Demi nak hilangkan perasaan cinta Kira pada abang Kira sanggup ke luar negara abang,sebab Kira fikir bila Kira jauh dari abang Kira dapat lupakan abang.Tapi Kira silap abang.Kira lebih menderita kat sana,setiap masa,setiap saat Kira hanya ingatkan abang.Abang tahu tak? Betapa peritnya Kira selama ini.Hanya Kira yang tahu perasaan Kira.Kira tak pernah minta pun nak jatuh cinta kat abang,perasaan itu hadir dengan sendirinya tanpa dapat Kira tahan.Sangat terseksa abang,merindu orang yang di sayang menjadi milik wanita lain!” Usai berkata-kata,pantas tangannya mencapai beg Bonia  atas meja lalu berlari melangkah keluar.Biar Tengku Shamil Zaquan faham akan perasannya.Lega hatinya dapat meluahkan rasa hati.
           Tengku Shamil Zaquan meraup wajahnya.

“SERIUS,abang?”
           Tengku Shamil Zaquan mengangguk.Bibirnya melemparkan senyuman yang manis.
           “Haah,Kira jangan beritahu siapa-siapa lagi ya.Papa,mama, Zarul diorang semua tak tahu lagi,” Ucap Tengku Shamil Zaquan.Dia telah terkantoi dengan Syakira! Syakira menjumpai sebentuk cincin emas atas meja belajarnya.Syakira mengugut ingin memberitahu pak long dan mak long jika dia tidak memberitahu perkara sebenar.Nak tak nak dia terpaksa cerita.
            “Abang dah lamar Kak Aisyah?” Syakira bertanya.Dia menahan sebak dalam hatinya. Sedih tak terkata.Lelaki idamannya mencintai perempuan lain.Siapa yang salah? Akukah? Aku terlambat memberitahu isi hatiku pada dia.Sekarang hatinya sudah terpaut pada hati wanita lain.
           “Abang takutlah,dia tu masih belajar.Tak habis lagi.Lagipun abang takut dia tolak abang.Kira pun tahu,abang muda tiga tahu daripada dia.Nanti dia ingat,cinta abang pada dia main-main pula.” Tengku Shamil Zaquan meluahkan kebimbangan dia.Mereka ketika itu, menuntut di Universiti of Ireland.Ketika itu,Tengku Shamil Zaquan masih di tahun pertama.Syakira ketika itu pula, sedang melancong bersama keluarganya di Ireland.Alang-alang sudah kantoi,baik dia berterus terang!

“OKEYLAH,Encik Syamil saya balik dulu,” Anira meminta izin.Matanya memandang tubuh sasa lelaki yang berkemeja biru lembut itu.Penampilan majikannya tidak seperti pagi tadi. Bajunya sudah di letakkan di luar,tali lehernya kelihatan longgar,butang baju atasnya di buka sehingga menampakkan singlet putih yang di pakai dan  rambutnya nampak sedikit berserabai.
             Anira melangkah keluar sebaik melihat anggukan majikannya.Tiada ucapan salam atau ucapan hati-hati yang biasa keluar daripada mulut majikannya.Hanya anggukan di beri.
             Beberapa minit setelah Anira keluar bagi,Tengku Syamil Zaquan bangun lalu menuju ke arah tingkap.Dari bilik pejabatnya yang berada di tingkat lapan,dia dapat melihat kesibukan Kuala Lumpur pada waktu sebegini.Manusia berjalan menuju ke destinasi masing-masing,kenderaan berderet-deret menunggu masa untuk berjalan,pelbagai ragam manusia dapat di lihat.Tapi,dia hanya sekadar memandang.Memandang dengan perasaan yang kosong.
             Lamunannya terhadap peritiwa lalu sudah hilang.Salahkah dia menyeksa hati Syakira? Kesian Syakira! Sejak kecil lagi Syakira memang menyukai dia.Ketika itu,mereka masih kecil,jadi perasaan seperti itu ibarat  mainan.Zarul sendiri semasa kecil menyukai Syakira.Dia semasa kecil juga ada berminat dengan jiran sebelah rumahnya.Tapi itu semua dulu.Sekarang sudah lain,perasaannya sudah tetap iaitu hanya untuk Nur Aisyah.
              Syakira pernah meluahkan perasaannya ketika di bangku sekolah.Awal-awal lagi dia sudah menolak.Dia tak mampu untuk mencintai Syakira.Perasaan sayangnya terhadap Syakira hanya sebagai adik.Dia hanya  mampu menganggap Syakira sebagai adiknya,tidak mungkin akan lebih daripada itu.Awal-awal lagi dia sudah menasihati gadis itu.Dia tidak mahu hati gadis itu terluka.Sejak kecil sehingga dewasa dia mengenali Syakira,tidak pernah walaupun sekali hatinya bergetar cinta untuk Syakira.Dari dulu sampai sekarang perasaannya sama,tiada sebarang rasa untuk Syakira.
             Kira maafkan abang ya dik.Abang tak mampu nak mencintai Kira.Abang tak nak sakitkan hati Kira kalau abang terima Kira.Abang tak nak Kira menderita,apabila Kira hidup dengan abang.Walaupan, selepas ini akan ada lagi jodoh abang, abang akan terima tapi apa yang pasti abang yakin yang  Kira bukan jodoh abang.Maafkan abang!

SYAKIRA melangkah masuk ke dalam penthouse miliknya dalam keadaan lega.Selepas membuka kasut,terus dia melangkah masuk.Di rebahkan tubuhnya ke atas sofa.
              Tengku Shamil Zaquan.Nama itu yang sentiasa ada dalam hatinya.Dulu,kini dan selamanya.Itu sudah pasti! Kalau dulu dia sangat kecewa kerana lelaki itu sudah jatuh cinta kepada Nur Aisyah.Sekarang Aisyah sudah tiada lagi.Jadi tiada apa-apa halangan lagi untuk dia memiliki abang sepupunya.Yasmin??? Hah,entah-entah dah mampus. Dia bukan pesaing aku!
            Aku akan dapatkan Abang Zaquan.Walau apa cara sekali pun.Cara halus tak boleh,cara kasar ada.Siapa-siapa halang,dia musuh aku.Syakira tersenyum sinis.
             Dulu sebaik mengetahui abang sepupunya ingin kahwin,dia seperti ingin bunuh diri sahaja.Terjun di tempat yang tinggi,biar badannya hancur persis hatinya.Tapi tak mungkin dia akan melakukan perbuatan itu. Sepanjang tempoh percintaan,Tengku Shamil Zaquan dan Nur Aisyah sudah bermacam-macam onar yang telah dia lakukan,sehingga majlis akad nikah terpaksa ditangguh selama beberapa jam.Ketika itu,apa yang ada dalam hatinya,majlis akad nikah akan dibatalkan.Tapi dia silap,rupa-rupa mereka saling mempercayai antara satu sama lain.Cinta mereka sangat kuat sehingga majlis akad nikah dapat di teruskan seperti biasa. Pelbagai masalah yang cuba dia timbulkan untuk merenggangkan hubungan Tengku Shamil Zaquan dan Nur Aisyah semuanya tidak berjaya,malah makin menguatkan cinta antara mereka.Cinta suci konon! Pergi mampuslah dengan cinta suci kau!
            Dia sakit hati tapi dia tidak ingin menjadi lemah seperti Yasmin.Sekurangya dia berjaya menimbulkan pelbagai masalah daripada Yasmin yang hanya berdiam diri. Perempuan bodoh! Dia tidak ingin menuntut belakah atas penderitaan yang di alaminya. Hanya tahu  mengalirkan air mata sahaja.Huh…

TENGKU SHAMIL ZAQUAN singgah sebentar di kedai kek yang terletak di tepi jalan. Zarul menghantar mesej padanya menyatakan Dania ingin memakan kek Blueberry.Dia tidak ingin menghampakan perasaan anak saudaranya itu.Walau sesibuk manapun dia,Danish dan Dania mesti di utamakan.Mereka merupakan tanggungjawab Tengku Shamil Zaquan.
          “I want Blueberry cake” Ujar Tengku Shamil Zaquan sambil jarinya menunjuk sebiji kek Blueberry yang hanya tinggal satu sahaja dalam peti  itu.
           “Sorry encik,kek tu dah ada orang yang nak.” Beritahu pekerja kedai kek itu.Tengku Shamil Zaquan mengeluh kecil.Dahlah ada satu,yang orang lain pulak itu.Kesian Dania,anak itu sangat mengemari kek Blueberry.Pasti Dania akan kecewa!
            “Saya nak ambil juga kek ini.Kalau dia nak mesti dia akan ambil dah,tak akan biar kat sini.” Tengku Shamil Zaquan berkeras.Apa nak jadi,jadilah!
            “Tapi…”
            “Cepatlah…” Gesa Tengku Shamil Zaquan.Pekerja kedai itu teragak-agak untuk membuka pintu peti.
             “Adik, buat keluarlah kek itu akak nak!” Ujar seorang wanita yang tiba-tiba datang. Di tangannya ada telefon bimbit.
              Tengku Shamil Zaquan merenung wanita ini.Macam kenal!
              “Akak, kek akak ini abang ini nak.” Adu pekerja itu sambil menunjukkan ke arah Tengku Shamil Zaquan. “Saya dah cakap dah kek ini ada orang nak,tapi encik ini nak juga,”
             Dia ni lagi,rungut hati Nurin Aira
                “Adik,pergi bungkus je kek ini.Kek ini akak yang nak dulu.” Nurin Aira tidak menghairaukan renungan lelaki itu.Pat pat siku lipat,siapa cepat dia dapat.Nasiblah ya!
               “Adik,saya nak kek ini.” Tengku Shamil Zaquan merenung tajam ke arah Nurin Aira.
              Eleh,ingat aku takut ke kau renung aku tajam-tajam.Sorry aku tak takutlah!
              “Eh…tak ada…tak ada.Saya yang datang dulu,jadi kek ini saya yang punya,”
             “Tapi kau tak ambil pun,kau biar macam tu je.Kalau kau nak mesti kau ambik dah kan?” Tengku Shamil Zaquan melawan.Kebenaran harus ditegakkan!
            “Ah! Saya tak kira.Kek ini saya nak dulu.Lagipun kat sini ada lagikan kek lain,awak just pilih.Kenapa mesti nak ambil kek yang saya dah pilih?”
           “Ah,Aku tak kira.Aku nak juga kek ini.Kau jelah yang pilih kek lain.Kenapa nak ambil kek aku?”
           Terbeliak biji mata Nurin Aira.Aku yang datang dulu wei.
          “Adik,ambil je kek ini.Akak nak!” Nurin Aira malas untuk memanjangkan cerita.
         “Adik,saya nak dulu kek ini,”
          “Eh! Ini kek sayalah.” Nurin Aira sudah mula bengang.
          “Ada nama kau ke kat kek ni?” selamba Tengku Shamil Zaquan menjawab.
           Pekerja kedai itu mula pening-pening lalat melihat telatah mereka berdua.Tak pernah jumpa pelanggan secerewat ini!
           Nurin Aira mula naik angin.Pantas di ambil kek yang berada di tangan pekerja kedai  itu.Tujuannya,dia ingin membawa sendiri ke kaunter bayaran.Malas di layan perangai manusia seperti itu.Asyik dia aje nak menang!
           Tengku Shamil Zaquan terkejut dengan kelakuan Nurin Aira.Main kasar nampak! Pantas kakinya mengejar langkah Nurin Aira.Dia perlu merampas kek itu.Kesian Dania,nanti kempunan anak itu.
            Nurin Aira berhenti melangkah.Jalan mati rupanya.Dia silap masuk jalan,kaunter belah sanalah! Semasa dia ingin berpusing…bukkk.
           “Oi,mak engkau,” Nurin Aira melatah.
           “Woiii…” Tengku Shamil Zaquan menjerit.
           Nurin Aira yang terkejut dengan kehadiran tiba-tiba Tengku Shamil Zaquan melempar kek Bluebberry di tangannya.Kek itu terkena pada dada bidang  dan sebahagian mulut dan dagu lelaki itu.Opss…sorry betul-betul tak sengaja!
           “Kau…” Jerit Tengku Shamil Zaquan dengan lantang sambil mengesat mulut dan dagunya yang dipenuhi kek Blueberry.
            “Sorry tak sengaja.Siapa suruh muncul secara tiba-tiba?” Nurin Aira berkata endah tak endah.Lagaknya seperti orang tidak bersalah.Tulah siapa suruh kejutkan aku lagi,aku ni pantang terkejut mesti cepat melatah.
             “Kau…kau.” Tengku Shamil Zaquan mengetap bibirnya sambil jarinya di tujukan ke arah Nurin Aira.Kau saje je,perempuan.Malu bukan kepalang dirinya apabila menjadi tontonan umum pekerja dan pengunjung kedai itu.Mereka semua menahan ketawa melihat dirinya yang seperti baru lepas berkubang bersama kerbau.Habis baju kemeja birunya di penuhi kek.Mulut dan  dagunya masih terlekat sisa kek.
             “Apa?” Nurin Aira berlagak selamba.Itulah padahnya mengambil hak orang lain.Dah kek itu aku punya,yang kau masih nak cari pasal kenapa? Sekarang, bila jadi macam ini kau tanggunglah sendiri.Sendiri mau ingatlah!
             Mata Tengku Shamil Zaquan merah menahan marah dan malu.Perempuan di hadapannya hanya berpeluk tubuh sahaja.Ikutkan hati, ingin sahaja dia mengambil kek yang terlekat di bajunya lalu di lesetkan pada muka perempuan itu,tapi bila melihat banyak mata yang memerhati dia membatalkan niat.Gila,nak cari nahas ke apa?
             Tanpa menunggu lama,Tengku Shamil Zaquan pantas mengatur langkah untuk keluar dari kedai kek itu.Sempat telinganya menangkap gelak tawa kanak-kanak.Sumpah,memang aku tak datang dah kedai ini.Malu!
              Sebaik kelibat lelaki itu hilang.Nurin Aira menghamburkan tawanya sepuas hati.Geli hatinya melihat keadaan lelaki itu.Nasiblah!



       

No comments:

Post a Comment

http://www.amazingcounters.com/sign-up3.php