8 July 2015

Bab 17

                                    
TENGKU SHAMIL ZAQUAN mengetap bibirnya.Geram! Baru sahaja ingin melelapkan mata tiba-tiba pintu bilik tidurnya di ketuk.Huh,ingatkan hati dia ingin menyambung kembali tidurnya selepas selesai solat subuh.
           “Siapa?” laung Tengku Shamil Zaquan.Dia masih sedap landing atas katil.
            Senyap
            Tengku Shamil Zaquan merengus.Tanya senyap pulak.Dengan malas dia bangun menuju ke pintu biliknya.
             “Good morning.How are you today? Let’s go breakfast.” Syakira tersenyum manis ke arahnya.“You look very cute,hehehe”
              Tengku Shamil Zaquan merenung dirinya.Cute? Dia hanya memakai kain pelikat dan t-shirt warna biru,di katakan cute.Apa-apa jelah!
             “Kira,please don’t distract me.!” Tengku Shamil Zaquan berkata malas.Dia memang benar-benar mengantuk.Tadi dia hanya tidur pada pukul 5.30 pagi kemudian dia bangun semula untuk solat.Huh,hari minggu pun nak datang kacau!
              “I don’t care about it.Jomlah,semua dah tunggu kat bawah.Abang je tak ada.Mama Kira cakap tak elok tidur selepas subuh.Nanti jadi bengap.” Beritahu Syakira,dia masih memaksa Tengku Shamil Zaquan untuk turun.
               Tengku Shamil Zaquan merenung tajam ke arah Syakira.Budak ini sehari tak ganggu aku tak sah.Sejak dia balik Malaysia dua minggu lepas hari-hari dia kacau aku kat pejabat,sekarang main kasar nampak dah berani datang rumah.Nasib baik kau sepupu aku.Kalau tak,siap kau!
               “Give me ten minute.” Selepas berkata-kata Tengku Syamil Zaquan pantas menutup kembali pintu biliknya.Dia malas mahu bergaduh dengan Syakira.Bukan dia tak kenal sikap Syakira yang tak akan mengaku kalah.Buktinya,boleh di katakan setiap pekerja di Syarikat SK menjadi musuh ketat Syakira.
                “Yes,” Syakira tersenyum gembira.Sebenarnya,dia saja datang kerumah abang sepupunya pagi itu.Mak longnya sendiri tidak marah dengan kehadirannya.Senang sikit kerjanya.

NURIN AIRA gelabah.Tangannya tiba-tiba terketar-ketar.Peluh mula membasahi dahinya. Bibirnya mula pucat.Pantas dia mencari kelibat Suraya di kawasan berhampiran.
             “Kau kenapa? Gelabah macam baru jumpa hantu ni! ” Marah Suraya.Tangannya masih lagi membelak-belak baju di pusat membeli belah Sogo di Kuala Lumpur.Semuanya cantik-cantik,harga pun cantik juga!
              Nurin Aira masih diam.Bibirnya seolah-olah terkunci.Dia tidak dapat bercakap.Dia masih lagi terkejut.
              Suraya yang tiba-tiba terperasankan sesuatu terus bertanya.
              “Mana Alia? Kau tinggal dia sorang-sorang ke?” Suraya menghadap Nurin Aira. Setahunya,Alia mengikuti Nurin Aira yang ke tempat menjual minyak wangi,manakala dia ke tempat menjual baju.
                Nurin Aira mengelang perlahan.“Alia hilang.Aku dah cari kat  kedai perfume tu, tapi tak jumpa.Pekerja kedai itu pun tak nampak dia.Aku ingat dia ada dengan kau” Jujur Nurin Aira memberitahu.Dia leka! Sibuk sangat ingin membeli perfume sehingga lupa akan Alia.
              “Hah???” Suraya hampir menjerit.“Ya Allah, kenapa kau cuai sangat ni Nurin?Dah jom kita pergi cari.” Suraya menarik Nurin Aira keluar dari kedai itu.Dia sudah tidak mempedulikan lagi baju yang di minatinya,yang penting Alia.
              “ Mana kita nak cari?” Tanya Nurin Aira.Matanya sudah meliar ke kiri dan ke kanan.Dia risau sesuatu yang buruk terjadi kepada anaknya.
            “Kau try cari belah sana,aku belah sini.Apa-apa kau call aku.Aku rasa Alia ada dekat-dekat sini aje.Dia tak akan pergi jauh.” Beritahu Suraya lantas bergerak untuk mencari Alia.
            Nurin Aira masuk ke dalam setiap kedai.Dia tidak pedulikan apa pandangan orang terhadapnya.Yang penting Alia.Ada kala Nurin Aira mengeluh perlahan! Hari itu adalah hari Ahad dan merupakan hari cuti.Orang ramai berpusu-pusu masuk ke Sogo dan adakalanya dia terlanggar bahu orang awam.Ini menyukarkan dia untuk mencari anak sekecil Alia.
           Nurin Aira duduk di sebuah bangku.Dia penat! Semua kedai yang dia masuk langsung tidak kelihatan kelibat Alia.Nurin Aira sudah nekad,dia mahu ke bilik kawalan di Soga untuk melaporkan kehilangan Alia.Pantas dia mengambil telefon Samsungnya untuk menghubungi Suraya.Tiba-tiba matanya,terpaku pada satu wajah.Bibirnya mengukir senyuman.Alia!
             “Alia” Nurin Aira pantas memeluk tubuh kecil Alia.Setitik air matanya jatuh. Sungguh,dia tidak akan maafkan dirinya jika apa-apa terjadi pada Alia.
            “Mama…” Alia menangis di bahu Nurin Aira.Beruang kecil di tangannya di lemparkan ke tepi.
            “Sayang okey tak? Mama risau tahu tak Alia hilang.Penat mama cari Alia.” Ujar Nurin Aira masih lagi memeluk anaknya itu.“Mama minta maaf ya sayang.Tadi mama leka sangat,sampat tak teringat langsung kat Alia.Nasib baik Alia tak hilang!”
             Matanya jatuh pada patung beruang berwarna pink di sebelah Alia.Dia pelik! Seingatnya,tadi Alia tidak membawa apa-apa barang permainannya ke sini.Macam mana patung beruang itu ada sini? Apabila di renung,itu bukan patung milik Alia.Dia dan Suraya tidak pernah belikan patung sebegitu kepada Alia.
           “Perempuan cuai” Sinis seorang lelaki berkata.
          Nurin Aira terkejut.Pantas dia melepaskan Alia dan mendongak untuk melihat wajah lelaki yang mengata kepadanya.Dia???
          “Anak kau ni bukan barang mainan.Dia manusia tahu tak? Ada nyawa.Kalau hilang macam mana.Kau leka beli barang,anak kau entah ke mana.Sedar-sedar dah hilang.Mujur aku jumpa!” Tengku Shamil Zaquan berkata geram.Macam manalah perempuan ini boleh jadi ibu.Tak sesuai langung!
            Nurin Aira hanya diam.Dia tahu dia salah.Dia tahu dia cuai!
          Tengku Shamil Zaquan merenung tajam ke arah wanita di depannya.Kenapalah malang sangat hidup aku,selalu sahaja jumpa dia? Tiba-tiba dia teringatkan peristiwa dua minggu lepas di mana kek Blueberry jatuh ke atasnya.Ah! malunya.
           “Saya minta maaf” Nurin Aira masih menunduk.
            Tengku Shamil Zaquan terpegun.Perempuan ini minta maaf.Biar betul! Perempuan sombong macam dia boleh minta maaf.Emm..
           “Kenapa kau nak minta maaf? Aku hairan macam mana kau boleh jadi ibu budak ini.Anak seorang pun kau tak boleh nak jaga.Buatnya hilang tak jumpa-jumpa baru tahu.” Sinis Tengku Syamil Zaquan berkata.Sebenarnya dia masih geram dengan Nurin Aira. Sebentar tadi dia terjumpa Alia sedang manangis teresak-esak di pintu salah sebuah kedai. Mujur sahaja Alia masih mengingati dirinya.Untuk tidak mahu Alia menangis lagi dia telah membelikan patung beruang kepada anak kecil itu.
              Nurin Aira mendongak.Kau apa hal ni? Nak mempertikaikan tangungjawab aku sebagai ibu Alia.
              “Encik,kenapa?” Nurin Aira bertanya geram. “Encik siapa? Saya tahulah nak jaga anak saya macam mana.Saya tahulah saya cuai,saya leka.Yang encik lebih-lebih pulak kenapa?”
             “Aku nak bagi nasihat kat kau je.”
             “Yang encik nak mempertikaikan saya tu kenapa? Lagipun baru ini kali pertama saya cuai.Bukan selalu.” Marah Nurin Aira.
             “Eh…eh.Kita dah jumpa anak dia,bukannya nak ucap terima kasih.Marah kat kita pulak adalah.”
              Nurin Aira mendengus kecil.Bukan dia tidak mengenang budi.Dia ingin mengucapkan terima kasih tapi kata-kata lelaki itu tadi menguris hatinya.Bercakap ikut sedap mulut je.
             “Okey,saya tak nak gaduh dengan encik.Apapun saya nak ucapkan terima kasih kat encik sebab dah selamatkan anak saya.” Selesai bercakap Nurin Aira ingin melangkah pergi. Tapi…
             “Alia” Laung Suraya.Di sebelahnya ada tiga orang pengawal keselamatan.
            “Mama Su” Alia terus menerpa ke arah Suraya.
            “Alia pergi mana ini sayang? Risau mama tahu tak?” Ujar Suraya lantas mencium pipi montel Alia.
             “Suraya?” tegur Tengku Shamil Zaquan.
              Mama Su??? Kenapa Alia memanggil Suraya mama Su.Habis perempuan depan aku ini bukan mama dia ke.Alia ada berapa orang mama?
              “Encik Syamil,buat apa kat sini?” Terkejut Suraya dengan teguran itu.
              “Saya teman adik sepupu saya shopping,Syakira.Awak kenal kan?” Beritahu Tengku Shamil Zaquan.Memang benar dia menemani Syakira membeli belah.Tapi sengaja dia lari selepas penat mengikut langkah Syakira.Agak-agaknya Syakira jugak tak perasan yang aku hilang!
               “Oh kenal.” Suraya berkata sambil mengangguk.Perempuan sombong itu.Meluatnya aku!
              “Su,jom pergi” ajak Nurin Aira.Dia takut lelaki di hadapnya akan bertanya dengan lebih lanjut.Bukan dia tak perasaan akan lelaki itu yang memandang pelik ke arahnya.
               “Anak awak ke?” Tengku Shamil Zaquan bertanya kepada Suraya.
                Suraya mula serba salah.Dia sempat melihat jelingan tajam Nurin Aira.
              “Abanggg…” jerit Syakira.Penuh beg kertas di tangannya. “Pandai abang lari dari Kira ya.Penat kira cari abang!”
               Dia dah datang dah,desis hati Suraya
              Syakira berjalan dengan penuh lenggok menuju ke arah Tengku Shamil Zaquan. Apabila sampai dekat Nurin Aira dia berhenti.Pantas dia,sengaja melanggar bahu Nurin Aira sehingga gadis itu hampir terjatuh.
              “Kira”
             “Cik Syakira”
              Serentak Suraya dan Tengku Shamil Zaquan menegur kelakuan Syakira.Syakira hanya berlagak biasa.
          “Kira…minta maaf” Suruh Tengku Shamil Zaquan.Geram dia dengan perangai Syakira.Inilah padahnya budak yang selalu di manja! Syakira perlu diajar.
           “Em…sorry okey.” Nak tak nak Syakira meminta maaf.Kalau bukan Tengku Shamil Zaquan yang menyuruh,jangan harap dia akan meminta maaf.
             Tanpa berkata apa-apa,Nurin Aira terus mendukung Alia dan melangkah pergi.Sakit hati dia melihat perempuan gedik itu.
            “Perempuan gedik.” Ejek Suraya lantas dia berlari mengejar langkah Nurin Aira.
            “Abanggg…berani dia ejek Kira.Melampau betul perempuan itu. Abang,Kira nak abang berhentikan perempuan itu.Biar padan muka dia!”
             Tengku Shamil Zaquan terus melangkah pergi.Malu mukanya apabila orang ramai mula memandang ke arah mereka.Syakira itu memang muka tak tahu malu,jerit-jerit depan orang ramai.
           Nak berhentikan Suraya? Tengku Shamil Zaquan ketawa kecil.Dia tahu siapa sebenarnya Suraya.Anak salah seorang jutawan Malaysia.Setakat berhentikan kerja,tiada hallah bagi Suraya.Syarikat SK Holdings ada juga bekerjasama dengan syarikat walid Suraya. Lagipun,bagus juga Suraya mengejak Syakira, biar dia rasa.


Selamat membaca..
       




            
             





6 comments:

  1. najihah..good job..teruskan usaha ni okay...awk ade bakat jadi penulis novel...hope awk keluarkan buku nanti..huhu

    ReplyDelete
  2. Salam husna...terima kasih atas komen....sy sngt hrgai...Insya-Allah tak lama lagi citer ni akan keluar dlam versi cetak.. :)

    selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  3. Wow, best lah story ni. nak kena baca dari mula ni..

    ReplyDelete
  4. Hahah. padan muka syakira tu. :P

    ReplyDelete
  5. best juga story ini. jarang baca tapi macam best plak bila baca.

    jemput ke blog saya : http://www.nasznadzeri.com

    ReplyDelete
  6. blogwalking sambil follow sini
    muslimahsejati96.blogspot.com

    ReplyDelete

http://www.amazingcounters.com/sign-up3.php