9 August 2015

 

AKHIRNYA....

 


                                                    
                                  TAJUK             : KERANA DIA MANUSIA BIASA
                                  PENULIS          : WAN NUR NAJIHAH
                                  PENERBIT       : PENULISAN2U
                                  HARGA            : RM 29
                                  TEBAL             : 761
                                   KELUARAN   : BULAN OGOS 2015

Bismilahirrahmanirrahim….

Alhamdulilah...rezeki bulan Syawal.Akhirnya novel pertama saya berjaya diterbitkan di bawah Penulisan2u.Tak tahu nak cakap macam mana suka,sedih,terharu macam-macamlah perasaan.Dulu saya suka baca novel siapa sangka akhirnya kini saya berjaya menjadi penulis novel.Ini merupakan novel pertama saya.
                    Sekarang saya dalam proses menyiapkan manuskrip yang ke empat (jangan terkejut).Alhamdulilah,kalau kita menulis dengan minat cepat je boleh siapkan.Yang ke dua masih dalam penilaian.Bila dah lulus penilaian baru saya akan letakkan di blog.
                  Sesiapa yang ingin beli dengan saya,boleh PM saya di facebook atau email saya di wannurnajihah.gmail.com. Harga terbaik saya berikan kerana anda sudi beli dengan saya.Terharu sangat.Mohon maaf kalau novel ini banyak kekurangan.Sesungguhnya tiada yang sempurna di muka bumi ini melainkan Dia.Terima kasih.


 SINOPSIS ASAL...
Disebabkan kesilapan orang lain,Nurin Aira terpaksa menanggung derita.Berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali bukan mudah untuk dia lalui.Apatah lagi, lelaki itu sering kali melukakan hatinya.Tapi bila teringatkan Alia iaitu anaknya dia harus cekal.. Status Alia sering kali menjadi punca pergaduhan mereka.

"Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi,paling kesian akulah.Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni.Kau anak kau sama je.” -Tengku Shamil

“Walau apa pun yang awak cakap pasal Alia,Alia itu anak halal.Saya tak pernah buat kerja terkutuk tu.”  - Nurin Aira

Sakit,perit itulah yang dirasakan.Tapi itulah pengorbanannya untuk menyelamat seorang insan daripada bergelar anak derhaka.Nurin Aira pasrah. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka.
Tengku Shamil tidak akan menerima wanita yang sudah menyebabkan dia kehilangan orang tersayang.Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya. Dendamnya makin membara,apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita.Itu tekadnya.

“Kau jangan risaulah,aku tak akan sentuh kau sebab nak pegang kau pun aku dah geli tau.Aku benci dengan keturunan pembunuh macam kau.”-Tengku Shamil
“Kenapa awak panggil saya perempuan kotor?”-Nurin Aira

Sehebat mana dendam yang ada,Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta.Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya.
“Apa yang aku luahkan pada kau petang tadi itu memang lahir daripada hati aku sendiri.Aku ikhlas.” Tengku Shamil

Ikhlaskah Nurin Aira menerima lelaki yang banyak melukakan hatinya? Saat hati mula bahagia dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang.Rumah tangganya bergoncang.

“Penipu.Kau tahu tak kau penipu.Aku dah jadi bodoh sebab percayakan kau.Ini yang kau balas kat aku.Aku punyalah sayang kau,tapi kau senang-senang curang depan aku. Kau ni perempuan jenis apa?”-Tengku Shamil
“Habis abang nak Aira buat apa? Sujud kat kaki abang,macam tu?” –Nurin Aira

Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Adakah dendam dihati Tengku Shamil akan hadir semula? Mampukah,Nurin Aira meleburkan dendam yang membara dalam diri leleki itu?

 Saat mereka sudah menerima kehidupan yang sebenar terbongkar satu rahsia besar antara dia dan Tengku Shamil.Siapa sebenarnya Alia dalam kehidupan Tengku Shamil?
 
                                                       KARYA SENI & PENULISAN2U
                  

Kalau nak beli secara combo boleh pergi kat sini http://www.karyaseni.my/



Terima kasih semua..
 

8 comments:

  1. wahhh.. tahniah . moga karya novelnya laris nanti...

    psssttt thanks join segmen nak url blog #17. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2015/08/senarai-url-blog-17.html

    ReplyDelete
  2. Tahniah. Akhirnya dapat baca sampai 'end'.

    ReplyDelete
  3. mm.. mcm dh miss byk bab ni..

    GiveAway Sketch Picture By Eintan Nurfuzie
    Nak Sketch Pic free?
    Jom test luck korang kot kot terpilih
    dan berita baiknya, terbuka untuk blogger, faceboker dan instager..
    http://www.nurfuzie.com/2015/08/giveaway-sketch-picture-by-eintan.html

    ReplyDelete
  4. Bru dpt singgah sini.. Alhamdulillah rezeki dan tahniah!! Bestnye... Make ur passion ur pay cheque.. :) :) bestnyeee......

    ReplyDelete
  5. wah, tahniah ! nak kena cari la novel ni ^^

    ubai singgah sini jugak ^^

    http://kataubaid.blogspot.com/2015/08/segmen-12-jam-bloglist-16-mialianacom.html

    ReplyDelete
  6. Wah! Penulis novel rupanya.. Tahniah di atas terbitan novel pertama! Semoga terus maju & sukses dalam penulisan novel.. Tq sudi singgah ke blog MD! Done folllow here.. ^^,
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
  7. tahniah ya kak , semoga sukses selalu ceritanua best sangat sangat ,ada sedih senang semua jadi satu.:)

    ReplyDelete
  8. Tahniah!! Mrs. A ucapkan.

    ReplyDelete

http://www.amazingcounters.com/sign-up3.php