9 August 2015

BAB 18


TENGKU SHAMIL ZAQUAN terkejut dengan kehadiran dua orang pemuda di depannya. Kerja yang sedang di lakukannya di biarkan begitu sahaja.Cepatnya Elex dan Rizky menyiapkan kerja.Dia memberi masa kepada mereka selama tiga bulan tapi tak sampai dua bulan mereka sudah kembali.Bagus,tak rugi dia bayar mahal!
Elex dan Rizky melabuhkan punggungnya di hadapan meja Tengku Syamil Zaquan. Mereka tersenyum lebar.Pasti, Tengku Shamil Zaquan tidak menyangka mereka mampu menyiapkan kerja yang di berikan dengan cepat.
“Air?” tanya Tengku Shamil Zaquan.Tangannya ingin menekan butang interkom untuk memanggil setiausahanya,Anira.Sebenarnya,dia sudah tidak sabar-sabar untuk mengetahui tentang identiti peragut yang menyebabkan kematian isterinya.Matanya tiba-tiba berapi.Dendam harus dibalas!
“Tak payah Tengku.Kami tak nak nak minum.” Tolak Elex.Dia baru lepas sarapan bersama Rizky.
“Anira,saya tak nak terima sebarang tetamu atau panggilan buat sementara waktu. Kalau ada yang cari saya cakap saya tak ada.And then,jangan benarkan Syakira ganggu saya hari ini.Faham?” Pesan Tengku Shamil Zaquan berkata.
Setelah selesai memberi pesanan kepada Anira.Tengku Shamil Zaquan pantas memberikan tumpuan kepada Elex dan Rizky.Dadanya mula berombak kencang.Abang akan akan pastikan peragut Sya terima balasan!
“Okey Tengku, boleh kami mulakan?” Tanya Elex.
“Okey”

“Kami dah jumpa beberapa bahan bukti semasa kejadian ragut di hotel tempoh hari.Ini adalah rakaman CCTV yang kami ambil di hotel tersebut.” Elex mengeluarkan sekeping CD dari dalam beg sandangnya.“Tapi malangnya Tengku, kejadian ragut itu berlaku sangat pantas dan cepat.Tambahan,kedua-duanya memakai helmet cermin gelap.Kami tak dapat nak lihat wajah peragut tersebut.”
“Habis itu,apa yang awak jumpa?” Tengku Shamil Zaquan bertanya geram.Takkan hanya itu yang mampu Elex dan Rizky menyiasat.Itu aku pun tahu! Tak padan dengan bayar mahal!
“Sabar dulu,Tengku.” Ricky menenangkan Tengku Shamil Zaquan.
“Saya ada dapatkan bantuan kawan saya untuk menyiasat nombor pendaftaran motor yang Tengku bagi pada kami.Betul telahan kami,motor itu memang motor curi,Tengku” Ujar Rizky menyambung kata-kata Elex. “Dan untuk pengetahuan Tengku,salah seorang peragut isteri Tengku sudah berjaya di tahan oleh pihak polis.Dia di tahan atas kesalahan melakukan jenayah ragut,mengedar dadah dan sendiket mencuri motosikal.Dan lelaki itu sendiri mengaku ada melakukan ragut di hotel Primula pada tarikh yang sama isteri Tengku di ragut. Dia yang membawa motor ketika itu.
Ricky menghulurkan sekeping gambar wajah salah seorang peragut itu.
Tengku Shamil Zaquan mencapai gambar itu lalu mengukir senyuman kecil.Peragut itu sudah di tahan polis? Bagus.Biar dia rasa deritanya duduk di penjara.Puas hatinya! Tapi, secara tiba-tiba.Tengku Shamil Zaquan teringatkan sesuatu.Yang menolak dan meragut beg tangan Nur Aisyah adalah pembonceng motosikal itu bukan pemandunya.


“Pembonceng motor itu?” tanya Tengku Shamil Zaquan.Ya,lelaki itu akan terima balasan daripada aku.Aku tak akan lepaskan dia macam itu je.Seorang dah meringkuk dalam penjara,seorang lagi tak akan terlepas.Itu janji aku!
Elex dan Rizky berpandangan sesama sendiri.Elex mengeluh perlahan.
“Kenapa? Kau jangan cakap yang kau tak berjaya jejaki dia.” Tengku Shamil Zaquan mula membuat andaian sendiri.Pembonceng matosikal itu yang paling patut terima balasan daripada aku.Lelaki itu langsung tiada belas kasihan terhadap isterinya ketika itu.Menolak tubuh Nur Aisyah seperti binatang sehingga isterinya kemalangan.
“Sebenarnya,Tengku.Untuk pengetahuan Tengku,kami ada menyelidik tentang pembonceng motorsikal itu.Kami dapat maklumat daripada rakannya yang di tahan oleh polis.Pembonceng motosikal ketika itu masih bebas.Dan dia merupakan bekas banduan yang pernah mempunyai rekod jenayah ragut dan pecah rumah.Lelaki itu sebenarnya sudah insaf daripada perbuatannya.Dan untuk pengetahuan Tengku,kes ragut arwah isteri Tengku merupakan jenayah pertama dan terakhir yang di lakukan oleh lelaki itu.
“Pertama dan terakhir?” Tengku Shamil Zaquan mengerutkan dahinya.
“Ya,Tengku.Selepas sahaja dia di bebaskan dari penjara beberapa tahun lalu,lelaki itu tidak pernah lagi melakukan mana-mana jenayah.Dia hanya melakukan kerja kampung sahaja untuk menyara kehidupannya dan keluarga.Sehinggalah,satu waktu dia sangat memerlukan wang bagi membiayai pembedahan emaknya.Dan,isteri Tengku yang menjadi mangsa pertamanya.”
Tengku Shamil Zaquan menggenggam tangannya.
“Mana lelaki itu?” kasar Tengku Shamil Zaquan bertanya.Dia tak peduli tentang cerita pasal lelaki itu.Yang pasti,salah tetap salah!
Rizky mengerling ke arah Elex.Elex mengangguk.
“Dah meninggal,Tengku.”
“Apa?” Tengku Shamil Zaquan pantas berdiri.Matanya merah menahan marah.Lelaki itu pergi sebelum sempat dia membalas dendam.
“Aku tak rela,aku tak rela…“ Tengku Shamil Zaquan menepuk meja berkali-kali. Habis barang atas meja di buangnya.Lap topnya terpelanting jatuh ke lantai.Telefonnya di baling ke dinding sehingga pecah berderai.Kertas yang berada atas meja di koyaknya dengan kasar.Aku mesti balas dendam pada keluarga itu.Ya…keluarga dia patut rasa apa yang aku rasa.Aku tak akan biarkan.
Elex dan Rizky terkejut melihat tingkah Tengku Shamil Zaquan.Mereka takut untuk memujuk.Keadaan Tengku Shamil Zaquan masih tidak stabil.Habis bilik itu seperti tokang pecah.
Setelah 15 minit,Tengku Shamil Zaquan kembali reda.Dia melangkah menuju ke sofa yang berhampiran sambil di ikuti oleh Elex dab Rizky.Meja kerjanya sudah kotor kerana tumpahan air kopi akibat amukannya sebentar tadi.
“Siapa nama lelaki itu?” tegas Tengku Shamil Zaquan berkata.
“Nazim Azwan” ujar Elex yang duduk di kerusi bersebelahan Tengku Shamil Zaquan. Tangannya menghulurkan gambar lelaki itu.
Tengku Shamil Zaquan merenung tajam wajah lelaki yang menyebabkan kematian Nur Aisyah.Dia menggenggam tangan sehingga nampak urat tangannya.Aku akan balas dendam pada keluarga kau!
“Tolong cerita pasal latar belakang keluarga ini” Pinta Tengku Shamil Zaquan sambil merenung tajam ke arah Elex.
“Nazim anak kedua daripada empat beradik.Hanya dia sahaja lelaki.Arwah ayahnya sudah meninggal.Dia ada seorang kakak yang bekerja sebagai Akauntan.Adik ketiganya berusia 19 tahun manakala adik bongsunya berusia 16 tahun.Maknya mengambil upah menjahit baju.”
Pantas Elex mengeluarkan dua keping gambar lalu di serahkan kepada Tengku Shamil Zaquan.Sekeping gambar keluarga peragut yang sudah di tangkap polis manakala satu lagi gambar keluarga Nazim Azwan.
Tengku Shamil Zaquan tidak menghiraukan gambar keluarga peragut yang di tahan polis itu.Tapi yang menjadi pilihan matanya ialah gambar keluarga Nazim.Perempuan ini! Matanya terpaku pada satu wajah yang sedang memangku kanak-kanak kecil sambil tersenyum manis.Di belakangnya berdiri seorang lelaki yang lengkap berbaju melayu.Apa hubungan perempuan ini dengan Nazim?
“Siapa perempuan ini?” Tanya Tengku Shamil Zaquan sambil jari telunjukkannya di halakan ke arah Nurin Aira.
“Perempuan ini namanya Nurin Aira.Dia kakak kepada Nazim.Itu anaknya,Alia.” Beritahu Elex.
Tengku Shamil Zaquan tersenyum sinis.Kecilnya dunia!
“Berdasarkan maklumat yang saya dapat,kakaknya itu pernah mengandung anak luar nikah semasa belajar.Kanak-kanak kecil itu adalah anaknya.Sudah berusia lima tahun.” Beritahu Elex kepada Tengku Shamil Zaquan.Terbayang wajah perempuan kampung yang bernama Hannah.Hannahlah yang menceritakan tentang kisah itu. “Sampai sekarang perempuan itu belum berkahwin.Dia tinggal di Bukit Jalil bersama kawannya dan bekerja di Kuala Lumpur.”
Tengku Shamil Zaquan terkejut dengan berita itu.Sungguh,dia tidak sangka perempuan yang bertudung itu pernah mengandungkan anak luar nikah.Ini bermakna,Alia adalah anak luar nikah.Masya-Allah.Wanita itu nampak lembut,tapi rupa-rupanya dalam diam berisi.
“Awak pasti?”
“Perempuan yang bernama Hannah yang ceritakan pada kami.Mereka berdua sepupu.” Elex memberitahu.“Betul atau tak hanya perempuan dalam gambar itu sahaja tahu kebenaran ceritanya.Kami ada juga bertanyakan orang kampung,rata-rata mereka memberitahu cerita yang sama sahaja.Hanya beberapa orang sahaja yang menyangkal.”
Tengku Shamil Zaquan merenung tajam wajah dalam gambar itu.Bukan gambar Nazim tetapi gambar perempuan yang sedang mendukung anak kecil itu.Dia merasa meluat bila melihat gambar Nurin Aira dan anaknya.Perempuan kotor! Aku akan pastikan kau terima balasan atas perbuatan adik kau.


TENGKU SHAMIL ZAQUAN duduk di salah satu bangku di Putrajaya.Dia saja datang ke sini hanya untuk menenangkan fikirannya.Tengku Shamil Zaquan hanya memandang tasik yang berada di depannya dengan pandangan yang kosong.Sakit hatinya masih terasa bahkan kesakitannya semakin bertambah setelah mengetahui perkara yang sebenar.Luka di hatinya bagai di toreh kembali.
Dia tak sangka perempuan yang beberapa kali terserampak dengan dirinya itu rupa-rupanya adik pembunuh kepada isterinya.Walaupun,lelaki yang bernama Nazim itu sudah meninggal tetapi itu tidak bermakna dendamnya akan terhapus begitu sahaja.Dendamnya harus di teruskan.
Tengku Shamil Zaquan menggenggam tangannya.Dia teringat kembali bagaimana Nur Aisyah di ragut dan di tolak oleh Nazim Azwan sehingga jatuh dan di langgar oleh kereta. Selagi hidup,dia tidak akan melupakan kenangan pahit yang meragut nyawa isterinya.Tidak akan sesekali!
Huh,perempuan bertudung itu nampak baik,tetapi perangai…Patutlah,masa jumpa dia di Sogo dengan Suraya,perempuan itu macam marah bila Suraya ingin memberitahu tentang Alia.Rupanya,perempuan itu pernah melakukan zina.Takut,rahsia perbuatan terkutuknya terbongkarlah itu.
Nurin Aira…aku akan balas dendam atas kematian Aisyah.Aku nak kau rasa betapa sakitnya kehilangan orang yang di cintai dan tersayang atas perbuatan adik kau tu.

NURIN AIRA menutup kembali fail laporan kewangan.Sudah beberapa kali fail itu di buka dan di tutup,tapi satu benda pun dia tidak semak.Hatinya tiba-tiba berasa tidak sedap. Di fikirannya, asyik tergambar wajah arwah adiknya,Nazim Azwan.Sejak akhir-akhir ini,mimpi tentang arwah adiknya kembali lagi.Dia sendiri tidak tahu apa makna mimpi itu.
Nurin Aira melirik jam di tangannya,sudah pukul 8 malam.Satu kerja pun belum selesai, tambahan pula sekarang dah akhir bulan,banyak akaun yang akan di tutup dan di buka.Nurin Aira mengambil keputusan untuk pulang sahaja.Jika dia berada di pejabat,satu kerja pun tak jalan. Pantas tangannya menutup suiz komputer.Di capai beg tangannya,lalu di sangkut ke bahu.
“Dah nak balik?” Tegur Syed Ilham yang baru keluar dari biliknya.Dia terserempak dengan Nurin Aira yang baru melangkah keluar dari biliknya.
Nurin Aira menutup pintu biliknya,lalu di pusingkan badannya menghadap Syed Ilham. “Haah.” Ujar Nurin Aira lantas tersenyum manis.Harap-harap,Encik Ilham tak tanya pasal laporan kewangan itu.Aku tak siap lagi!
“Laporan kewangan dah siap?”
Ambik kau Nurin Aira! Benda yang kau tak suka itulah yang dia tanya.Tak ada benda lain ke dia ni nak tanya! Rungut hati Nurin Aira.
“Tak siap lagi.” Jujur Nurin Aira memberitahu.Dia tak suka menipu terutamanya Syed Ilham adalah majikannya.Tak berkat duit gajinya nanti.
Syed Ilham hanya tersenyum sambil memandang Nurin Aira yang berbaju kurung moden warna pink lembut dan tudung warna yang sedondon.Itu yang dia suka tentang Nurin Aira,gadis ini gemar berterus-terang.Jujur!
“It’s okey.”
Nurin Aira terkejut.Aikkk…tak marah ke?
“Jom saya belanja awak makan.Baru pukul lapan lebih.Kita makan dekat-dekat sini aje” ajak Syed Ilham.
Nurin Aira tidak tahu mahu ikut .Memang dia lapar,tapi dia takut Suraya akan menunggu kepulangannya untuk makan bersama.Kesian Suraya dan Alia tunggu,lepas tu dia pulak dah makan.
“Em…tak apalah.Saya nak balik makan kat rumah je.Dah janji dengan anak saya. Kesian dia tunggu”
“ Oh,okey.Saya tak tahu.Tak apalah macam itu.Jomlah kita turun bawah.”
Mereka berdua beriringan melangkah keluar.Sebaik keluar,Nurin Aira menuju ke tempat letak kereta yang agak jauh.Syed Ilham mahu menghantarnya ke tempat letak kereta,tetapi dia menghalang.Dia tak nak menyusahkan lelaki itu.
Nurin Aira berasa tidak sedap hati.Dia terasa ada orang yang cuba mengikuti langkahnya. Tak pernah sebelum ini,dia merasakan perasaan seperti itu.Timbul perasaan rugi dalam hatinya kerana menolak pelawaan Syed Ilham untuk menemaninya. Dia melajukan langkahnya,dia dapat rasakan orang yang mengikutnya juga turut berbuat sedemikian. Nurin Aira pantas berpaling ke belakang.Kosong.Tiada sesiapa pun.Hanya terdapat beberapa buah kereta dan pokok.Nurin Aira menarik nafas.Bukan nafas lega,tapi hanya untuk menenangkan hatinya.
Dia teringkat kata-kata emaknya.Kadang-kadang bila kita terlalu takut,fikiran kita jadi tidak stabil.Kita akan mudah terfikir benda yang bukan-bukan,nampak benda yang bukan-bukan padahal itu semua tak wujudpun tapi cuma khayalan perasaan sahaja akibat terlalu takut.
Mungkin betul kata-kata emaknya.Dia terlalu takut.Kawasan itu agak gelap dan hanya di terangi oleh lampu jalan sahaja.Nurin Aira melangkah menuju ke keretanya.Perasaan takut itu masih ada.Dia dapat merasakan lagi kehadiran seseorang di belakangnya.Perasaan takutnya kembali menjadi-jadi.Nurin Aira sudah tidak mampu berfikir lagi.Dia mengambil keputusan untuk lari sahaja.Dia sudah nampak kereta Myvinya.Pantas tangannya mengambil kunci kereta dalam beg tangannya sambil berlari anak.Tangannya meraba-raba isi dalam handbeg miliknya.Tiada! Kunci kereta tiada.Nurin Aira kalut.Dahinya mula berpeluh.Macam mana boleh tiada.Nurin Aira pantas berlari dan tiba-tiba kakinya terlanggar botol air 100 plus yang kosong.Dia jatuh tersungkur.Sungguh,Nurin Aira dapat rasakan yang seseorang sedang menghampirinya.Dia sudah tidak kisah akan tapak tangannya yang sudah berdarah,mungkin lututnya turut berdarah sebab dia dapat merasakan pedih di kawasan itu.
Ya Allah,tolong selamatkan aku dari segala mara bahaya ya Allah aku mohon ya Allah.Nurin Aira berdoa dalam hati.
Tiba-tiba,Nurin Aira terdengar ada sebuah kereta di belakangnya hon kepada dirinya. Akibat terkejut dengan tindakan itu,Nurin Aira menangis.Sungguh,dia benar-benar takut dengan kejadian yang di alami sebentar tadi.
Seorang lelaki keluar dari perut kereta Camry.
“Nurin…Kenapa ni?” tanya Syed Ilham sambil menuju ke arah Nurin Aira yang masih terduduk atas jalan tar.
Nurin Aira hanya diam seribu bahasa.Dia mengesat air matanya dari terus keluar. Sekurangnya kini dia sudah selamat.Perlahan-lahan,Nurin Aira bangun.Dia terasa sakit di lutut,siku dan tapak tangannya.Kain di bahagian lutut dan sikunya sikit terkoyak.
Syed Ilham membantu Nurin Aira bangun. “Awak kenapa,sampai boleh terduduk atas jalan ini? Jom saya bawa awak ke klinik.”
Nurin Aira hanya mengelang perlahan.Perasaan takut masih lagi menghantui dirinya walaupun dia kini sudah selamat bersama Syed Ilham.
“Saya terjatuh.Kunci kereta saya hilang.Saya dah lupa letak kat mana.” Jawab Nurin Aira sebaik berada dalam kereta Syed Ilham.Dia terpaksa mengalah apabila Syed Ilham berkeras ingin menghantar dirinya ke klinik. “Saya lari sebab saya rasa ada orang ikut saya. Lepas tu,saya terpijak botol kosong”
“Tulah,ada orang nak hantar,tak nak.Takut mengusahkanlah.Apalah.Jual mahal sangat!” Sindir Syed Ilham.Mujur hatinya tergerak untuk melalui kawasan itu.Kalau tak,dia sendiri tak tahu apa akan terjadi pada Nurin Aira.
Nurin Aira hanya diam.Ya,aku salah.

P/S : ENTRY INI SEBELUM DI EDIT..MOHON MAAF KALAU ADA KESILAPAN..

TERIMA KASIH SUDI BACA  Jangan lupa komen tau ??

No comments:

Post a Comment

http://www.amazingcounters.com/sign-up3.php