3 March 2016

                                                    
Assalamualaikum...
Selepas Kerana Dia Manusia Biasa, hari ini saya memperkenalkan novel ke dua saya Dia Kesayangan Aku. Kisah antara Rayqal dan Safi Qasrina. Seperti novel KDMB, DKA masih mengekalkan unsur-unsur kekeluargaan dan persahabatan selain mengetengahkan isu cinta. DKA mengisahkan pengorbanan seoarang kakak (ANIS) yang sanggup mengetepikan kebahagian sendiri demi adik (SAFI) tercinta. Apa yang dibuat oleh si kakak? Semua terjawab dalam DKA.
Novel ini masih dalam penilaian. Insya Allah ada rezeki novel ini akan diterbitkan. Doakan yang terbaik ya. Selamat membaca, mohon maaf kalau novel DKA ada kekurangan. Terima kasih semua...

                                      DIA KESAYANGAN AKU  BAB 1
GURUN,KEDAH MALAYSIA                                                              
“HOI…”
          “Astafirullahhazim…” ucapku sambil mengurut dada. Kureng asam betul punya kawan. Nasib baik tak tercabut jantung aku ni. His…kacau daun betullah. Aku baru je aku nak fikir pasal masa depan aku, dah kena kacau. “Apa?” Marahku.
        “Apa apa. Kau tak nak turun ke? Dah sampai dah ni. Ke kau nak tunggu anak raja datang sambut kau? Haha…dalam mimpi kau jelah.”
        Terus bulat mata aku sebaik mendengar kata-kata Nurul. Hah…dah sampai??? Biar betul? Cepatnya, rasanya baru je aku duduk dalam kereta ni. Takkan dah sampai kot? Kerusi pun rasanya belum panas lagi.
           “Safi Qasrina…oh…Safi Qasrina…”
            “Ya…ya…” sahutku cepat-cepat. Mataku jatuh pada tiga orang sahabat baikku yang sedang bercekak pinggang. “Hehehe…dah sampai rupanya. Tak perasan pula. Okey, aku turun sekarang, ya.”
            “Macam mana nak perasaan, kalau duk berangan je…” perli Maria sambil mengeluarkan beg-beg dari dalam bonet kereta.
            Aku hanya mencebik bibir. Macam tau-tau je. Dah aku tak ada kerja. Aku berangan jelah. Lagipun, nak juga aku tahu pasal masa depan aku nanti macam mana. Malas cakap banyak, aku terus turun dari kereta.
           “Wow…” Tak berkelip langsung mata aku sebaik melihat suasana di hadapan aku ni. Ya Allah, cantiknya. Aku baru perasaanlah. Tenang dan sejuk je hati aku.
           “Cantikkan…”
           “Memang cantik.Tadi aku langsung tak perasan.” Aku mengiakan kata Julia ,sahabatku. Mata aku masih jatuh pada sawah padi yang terbentang luas di hadapan mata.Sangat cantik, sampaikan aku sendiri tak tahu nak cakap macam mana. “Tak ruginya aku datang kampung, Nurul.”
           Julia dan Maria hanya mengangguk mendengar kata-kataku.Mungkin mereka setuju dengan kata-kata aku.Cuti semester kali ini, sengaja aku, Maria dan Julia pulang ke kampung Nurul yang terletak di Kedah.Nak juga kenal-kenal negeri orang.
http://www.amazingcounters.com/sign-up3.php