3 March 2016

                                                    
Assalamualaikum...
Selepas Kerana Dia Manusia Biasa, hari ini saya memperkenalkan novel ke dua saya Dia Kesayangan Aku. Kisah antara Rayqal dan Safi Qasrina. Seperti novel KDMB, DKA masih mengekalkan unsur-unsur kekeluargaan dan persahabatan selain mengetengahkan isu cinta. DKA mengisahkan pengorbanan seoarang kakak (ANIS) yang sanggup mengetepikan kebahagian sendiri demi adik (SAFI) tercinta. Apa yang dibuat oleh si kakak? Semua terjawab dalam DKA.
Novel ini masih dalam penilaian. Insya Allah ada rezeki novel ini akan diterbitkan. Doakan yang terbaik ya. Selamat membaca, mohon maaf kalau novel DKA ada kekurangan. Terima kasih semua...

                                      DIA KESAYANGAN AKU  BAB 1
GURUN,KEDAH MALAYSIA                                                              
“HOI…”
          “Astafirullahhazim…” ucapku sambil mengurut dada. Kureng asam betul punya kawan. Nasib baik tak tercabut jantung aku ni. His…kacau daun betullah. Aku baru je aku nak fikir pasal masa depan aku, dah kena kacau. “Apa?” Marahku.
        “Apa apa. Kau tak nak turun ke? Dah sampai dah ni. Ke kau nak tunggu anak raja datang sambut kau? Haha…dalam mimpi kau jelah.”
        Terus bulat mata aku sebaik mendengar kata-kata Nurul. Hah…dah sampai??? Biar betul? Cepatnya, rasanya baru je aku duduk dalam kereta ni. Takkan dah sampai kot? Kerusi pun rasanya belum panas lagi.
           “Safi Qasrina…oh…Safi Qasrina…”
            “Ya…ya…” sahutku cepat-cepat. Mataku jatuh pada tiga orang sahabat baikku yang sedang bercekak pinggang. “Hehehe…dah sampai rupanya. Tak perasan pula. Okey, aku turun sekarang, ya.”
            “Macam mana nak perasaan, kalau duk berangan je…” perli Maria sambil mengeluarkan beg-beg dari dalam bonet kereta.
            Aku hanya mencebik bibir. Macam tau-tau je. Dah aku tak ada kerja. Aku berangan jelah. Lagipun, nak juga aku tahu pasal masa depan aku nanti macam mana. Malas cakap banyak, aku terus turun dari kereta.
           “Wow…” Tak berkelip langsung mata aku sebaik melihat suasana di hadapan aku ni. Ya Allah, cantiknya. Aku baru perasaanlah. Tenang dan sejuk je hati aku.
           “Cantikkan…”
           “Memang cantik.Tadi aku langsung tak perasan.” Aku mengiakan kata Julia ,sahabatku. Mata aku masih jatuh pada sawah padi yang terbentang luas di hadapan mata.Sangat cantik, sampaikan aku sendiri tak tahu nak cakap macam mana. “Tak ruginya aku datang kampung, Nurul.”
           Julia dan Maria hanya mengangguk mendengar kata-kataku.Mungkin mereka setuju dengan kata-kata aku.Cuti semester kali ini, sengaja aku, Maria dan Julia pulang ke kampung Nurul yang terletak di Kedah.Nak juga kenal-kenal negeri orang.

          “Dah…dah…korang nikan macam kali pertama pulak tengok sawah padi. Sampai nak terkeluar biji mata aku tengok. Safi, Maria, Nurul, jom kita naik atas. Nanti bising pulak nenek aku, tengok tetamu kat luar. Lepas ni, kau tengoklah puas-puas. Tak tidur malam pun tak apa.” Terus Nurul melangkah sambil mengheret beg rodanya. Aku dan lain-lain juga berbuat perkara yang sama. Dari bawah aku sudah nampak kelibat seorang wanita tua sedang tersenyum menyambut kedatangan kami. Mungkin itu nenek Nurul.

“HAH…Nurul ajaklah kawan-kawan kamu tu minum. Mesti diorang penat. Nenek dah tak ingat apa dah nama diorang. Cepatnya nenak lupa.” Ujar Nenek Mun sambil mengetuk dahinya beberapa kali. Aku yang melihat hanya tersengih. Rasanya dah lebih sepuluh kali aku beritahu nama aku kat dia tadi. Tapi, masih lagi lupa. Tak apa aku tak kisah. Biasalah orang tua. Hehehe…
            “Nenek ni, asyik lupa je…” Nurul sudah memuncungkan mulutnya.
            “Dah nenek ni dah tua. Manalah nenek ingat nama kawan-kawan kamu ni. Ni pun mujur nenek  masih ingat nama kamu, Nurul. Kalau tak…hah, mengamuk kamu ni.” Nenek Mun mengeleng-geleng kepalanya. Nurul hanya tersengih.
             “Tahu tak pe…hehehe.” Nurul buat-buat muka cute dia. “Nenekkk…”
            “Eh,kucing aku terbang” Nenek Mun melatah apabila Nurul menepuk pahanya. Habis terangkat kedua-dua belah tangannya. Nasib baik tak tersembur air yang aku minum apabila melihat gelagat Nenek Mun.
            “Bertuah punya cucu…”
             “Sorry…lupa pulak yang nenek melatah. Tak sengaja. Ni, Nurul ulang balik ya nama kawan-kawan Nurul. Yang pakai tudung biru ni, nama dia Maria. Dia ni orang Negeri Sembilan. Yang baju hitam tu, namanya Julia, orang Johor. Yang last sekali ni, namanya Safi, orang Terengganu.” Nurul memperkenalkan kami satu persatu.
           “Nenek kena ingat tahu nama dengan muka dia orang ni semua. Al-maklumlah,dia orang ni semua akan menyemak kat  rumah nenak selama seminggu.” Sambung Nurul sambil tersengih-sengih.
          Aku, Julia dan Maria pun tersengih-sengih jugak. Kurang asam kau Nurul.
        “Oh…nenek ingat…nenek ingat. Semua kamu ni datang dari negeri lain-lain rupanya. Nenek ingat kamu orang utara juga. Nurul, selalu cerita pasal kamu semua. Katanya, kamu semua tak sabar-sabar nak datang sini.Nenek pun tak sabar jugak nak jumpa kamu semua. Cantik-cantik, semuanya. Manis pulak tu.” Puji Nenek Mun membuatkan aku, Maria dan Julia tersipu-sipu malu.
            “Tak adalah, nek. Biasa-biasa je.” Ujar Maria merendahkan diri.
          “Aduh…nenek. Jangan puji lebih-lebih, nanti makin kembang mereka ni, hah.”
           “Kamu ni Nurul cemburulah tu, nenek tak puji dia. Eh, kamu minum air tu dulu. Nenek nak pergi dapur. Malam nanti boleh makan sama-sama.” Nenek Mun bingkas bangun lalu menuju ke dapur.
           Niat di hati ingin menolang Nenek Mun terpaksa dilupakan. Katanya, biarlah penat tu hilang dulu.
           “Cepatlah minum, nanti aku tunjuk bilik ya.” Suruh Nurul sambil mencapai cawan yang berisi air teh buatan Nenek Mun tu.
            “Bilik satu sorang ke?” Tanya Julia kepada Nurul.Aku yang mendengarnya terasa ingin sahaja mengetuk kepala Julia.Ingat hotel ke apa ni, nak bilik satu seorang.
           “Banyak cantik muka kau, Julia. Ingat rumah nenek aku ni hotel ke apa? Satu bilik, kongsi dua ya. Dah, dah…cepatlah minum, lepas ni aku bawa korang pusing satu kampung ni sampai puas, okey.”
            “Sabarlah…mulut ada satu je ni?” Bidasku sambil memuncungkan mulut. Nurul hanya tersengih. Ambik kau…

“NENEK duduk rumah ni sorang-sorang tak sunyi ke?”
        Soalan tu sebenarnya dari tengahari tadi aku nak tanya, tapi tak berkesempatan.Malam ni baru berpeluang nak tanya. Aku bukan apa, saja je aku nak berbual dengan idola si Nurul ni. Hahaha…aku tak gurau, Nenek Mun ni memang idola si Nurul sebab Nenek Mun yang jaga Nurul dari kecil sampailah dah dewasa.
         “Alah Safi, nenek dah biasa.Lagipun, anak nenek yang kedua duduk kat kampung ni jugak. Hujung kampung ni je. Hari-hari dia dan anak-anak dia datang sini.” Beritahu nenek sambil melipat baju yang berlonggok di ruang tamu.
         Aku, Julia dan Maria ingin menolong. Tetapi, dimarahi oleh nenek. Macam biasalah, katanya tetamu tak elok dilayan macam ni. Hanya Nurul sahaja yang menolong neneknya tu.
              “Ni, kamu bertiga datang sini, mak ayah kamu tahu ke tidak?  Nanti, tak pasal-pasal mak ayah kamu saman nenek pulak sebab culik kamu.”
               “Tahu…” Aku,Maria dan Julia jawab serentak. Mestilah,orang tuaku tahu kedatangan aku ke bumi jelapang padi ni. Bukan aku tak nak balik Terengganu, tapi aku saja datang sini. Nurul ni selalu dok citer pasal keindahan kampung dia ni.
          Dari tahun pertama sampailah aku tahun ketiga,  baru aku berkesempatan nak buat ‘tinjaun’ kat kampung ni. Betullah kata Nurul, kampung dia ni, memang cantik, terutamanya pemandangan di sawah padi.
              “Nurul, mak ayah kau tak balik ke kampung ni, jenguk nenek kau.” Tanya Maria sebaik Nenek  Mun  ke biliknya untuk menyimpan baju yang sudah dilipat. Nurul ni sebenarnya masih ada mak ayah, tapi nak buat macam mana kalau Nenek Mun tetap nak jaga Nurul.
            “Tiap-tiap bulan mak ayah aku balik kampung. Dulu masa aku duduk sini, tak pernah mereka tak datang melawat aku. Duit pun tiap-tiap bulan mereka hantar.” Beritahu Nurul.
             Aku, Maria, Julia dan Nurul berjalan menuju ke tangga rumah papan ni. Saja nak ambil angin malam. Sejuk je dapat hirup udara segar dari kampung ni. Nampaknya, selama seminggu aku akan menghabiskan masa di kampung ni.
            Kali ni, memang aku akan cuti sepuas-puasnya. Lepas ni, aku kena belajar pulak. Kelas sana sini dengan assignment yang tak payah cakaplah. Rasa nak tercabut kepala aku ni.
                “Ya Allah. Bertuahnya punya anak dara. Apasal pergi duduk atas tangga ni. Nanti tak ada orang masuk meminang. Kalau nak berbual, pergi berbual kat dalam.” Arah Nenek Mun. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Aku dan yang lain-lain hanya tersengih.
              “Alah nek, kalau tak duduk kat tangga ni pun tak ada jugak orang yang masuk meminang.” Lancar sahaja mulut Nurul menjawab kata-kata neneknya. Tapi, betul jugakan apa yang Nurul cakap.
              “Amboi cucu aku ni, ada je dia menjawab. Kamu ni dah gatal sangat ke Nurul nak kahwin.”
              “Kenapa, nenek dah ada calon ke untuk Nurul?” Tersenyum lebar Nurul.
              “Hiss, kamu ni belajar tak habis lagi duk gatal nak nikah. Nanti tak pasal-pasal kamu bawa belon pergi belajar.”
               Aku pantas menekup mulutku sebaik mendengar kata-kata Nenek Mun. Nanti tak pasal-pasal terhambur ketawa aku. Amboi...boleh tahan juga mulut Nenek Mun.Nurul aku lihat wajahnya sudah masam macam cuka.
               “Nek….tak sukalah macam ni. Apa cakap macam tu?” Nurul pura-pura marah.
               “Tahu pun kamu. Dah…dah, Nurul, Maria, Safi, Julia pergi masuk tidur sekarang. Kalau nak bergosip sambung je esok. Nenek pun nak juga dengar sekali.” Arah Nenek Mun.
              “Hehehe…” Aku mengarukan kepala yang tak gatal. Aduhai Nenek Mun!
             “Ye…jomlah” Ajak Nurul. Sebelum masuk sempat kami bersalaman dengan Nenek Mun.Niat di hati ingin berbual-bual lagi, tapi memandang mata juga sudah mengantuk baik aku pergi tidur dulu. Tak apa,masih ada enam hari lagi untuk berehat panjang.
















                                                 

1 comment:

  1. Salam rakan penulisku,Teruskan usaha menghasilkan karya..semoga terus maju...jangan lupa juga lawat blog sya ya kat https://ceritaberemosi.blogspot.my/

    ReplyDelete

http://www.amazingcounters.com/sign-up3.php