3 March 2016

                                                    
Assalamualaikum...
Selepas Kerana Dia Manusia Biasa, hari ini saya memperkenalkan novel ke dua saya Dia Kesayangan Aku. Kisah antara Rayqal dan Safi Qasrina. Seperti novel KDMB, DKA masih mengekalkan unsur-unsur kekeluargaan dan persahabatan selain mengetengahkan isu cinta. DKA mengisahkan pengorbanan seoarang kakak (ANIS) yang sanggup mengetepikan kebahagian sendiri demi adik (SAFI) tercinta. Apa yang dibuat oleh si kakak? Semua terjawab dalam DKA.
Novel ini masih dalam penilaian. Insya Allah ada rezeki novel ini akan diterbitkan. Doakan yang terbaik ya. Selamat membaca, mohon maaf kalau novel DKA ada kekurangan. Terima kasih semua...

                                      DIA KESAYANGAN AKU  BAB 1
GURUN,KEDAH MALAYSIA                                                              
“HOI…”
          “Astafirullahhazim…” ucapku sambil mengurut dada. Kureng asam betul punya kawan. Nasib baik tak tercabut jantung aku ni. His…kacau daun betullah. Aku baru je aku nak fikir pasal masa depan aku, dah kena kacau. “Apa?” Marahku.
        “Apa apa. Kau tak nak turun ke? Dah sampai dah ni. Ke kau nak tunggu anak raja datang sambut kau? Haha…dalam mimpi kau jelah.”
        Terus bulat mata aku sebaik mendengar kata-kata Nurul. Hah…dah sampai??? Biar betul? Cepatnya, rasanya baru je aku duduk dalam kereta ni. Takkan dah sampai kot? Kerusi pun rasanya belum panas lagi.
           “Safi Qasrina…oh…Safi Qasrina…”
            “Ya…ya…” sahutku cepat-cepat. Mataku jatuh pada tiga orang sahabat baikku yang sedang bercekak pinggang. “Hehehe…dah sampai rupanya. Tak perasan pula. Okey, aku turun sekarang, ya.”
            “Macam mana nak perasaan, kalau duk berangan je…” perli Maria sambil mengeluarkan beg-beg dari dalam bonet kereta.
            Aku hanya mencebik bibir. Macam tau-tau je. Dah aku tak ada kerja. Aku berangan jelah. Lagipun, nak juga aku tahu pasal masa depan aku nanti macam mana. Malas cakap banyak, aku terus turun dari kereta.
           “Wow…” Tak berkelip langsung mata aku sebaik melihat suasana di hadapan aku ni. Ya Allah, cantiknya. Aku baru perasaanlah. Tenang dan sejuk je hati aku.
           “Cantikkan…”
           “Memang cantik.Tadi aku langsung tak perasan.” Aku mengiakan kata Julia ,sahabatku. Mata aku masih jatuh pada sawah padi yang terbentang luas di hadapan mata.Sangat cantik, sampaikan aku sendiri tak tahu nak cakap macam mana. “Tak ruginya aku datang kampung, Nurul.”
           Julia dan Maria hanya mengangguk mendengar kata-kataku.Mungkin mereka setuju dengan kata-kata aku.Cuti semester kali ini, sengaja aku, Maria dan Julia pulang ke kampung Nurul yang terletak di Kedah.Nak juga kenal-kenal negeri orang.

9 August 2015

 

AKHIRNYA....

 


                                                    
                                  TAJUK             : KERANA DIA MANUSIA BIASA
                                  PENULIS          : WAN NUR NAJIHAH
                                  PENERBIT       : PENULISAN2U
                                  HARGA            : RM 29
                                  TEBAL             : 761
                                   KELUARAN   : BULAN OGOS 2015

Bismilahirrahmanirrahim….

Alhamdulilah...rezeki bulan Syawal.Akhirnya novel pertama saya berjaya diterbitkan di bawah Penulisan2u.Tak tahu nak cakap macam mana suka,sedih,terharu macam-macamlah perasaan.Dulu saya suka baca novel siapa sangka akhirnya kini saya berjaya menjadi penulis novel.Ini merupakan novel pertama saya.
                    Sekarang saya dalam proses menyiapkan manuskrip yang ke empat (jangan terkejut).Alhamdulilah,kalau kita menulis dengan minat cepat je boleh siapkan.Yang ke dua masih dalam penilaian.Bila dah lulus penilaian baru saya akan letakkan di blog.
                  Sesiapa yang ingin beli dengan saya,boleh PM saya di facebook atau email saya di wannurnajihah.gmail.com. Harga terbaik saya berikan kerana anda sudi beli dengan saya.Terharu sangat.Mohon maaf kalau novel ini banyak kekurangan.Sesungguhnya tiada yang sempurna di muka bumi ini melainkan Dia.Terima kasih.

BAB 18


TENGKU SHAMIL ZAQUAN terkejut dengan kehadiran dua orang pemuda di depannya. Kerja yang sedang di lakukannya di biarkan begitu sahaja.Cepatnya Elex dan Rizky menyiapkan kerja.Dia memberi masa kepada mereka selama tiga bulan tapi tak sampai dua bulan mereka sudah kembali.Bagus,tak rugi dia bayar mahal!
Elex dan Rizky melabuhkan punggungnya di hadapan meja Tengku Syamil Zaquan. Mereka tersenyum lebar.Pasti, Tengku Shamil Zaquan tidak menyangka mereka mampu menyiapkan kerja yang di berikan dengan cepat.
“Air?” tanya Tengku Shamil Zaquan.Tangannya ingin menekan butang interkom untuk memanggil setiausahanya,Anira.Sebenarnya,dia sudah tidak sabar-sabar untuk mengetahui tentang identiti peragut yang menyebabkan kematian isterinya.Matanya tiba-tiba berapi.Dendam harus dibalas!
“Tak payah Tengku.Kami tak nak nak minum.” Tolak Elex.Dia baru lepas sarapan bersama Rizky.
“Anira,saya tak nak terima sebarang tetamu atau panggilan buat sementara waktu. Kalau ada yang cari saya cakap saya tak ada.And then,jangan benarkan Syakira ganggu saya hari ini.Faham?” Pesan Tengku Shamil Zaquan berkata.
Setelah selesai memberi pesanan kepada Anira.Tengku Shamil Zaquan pantas memberikan tumpuan kepada Elex dan Rizky.Dadanya mula berombak kencang.Abang akan akan pastikan peragut Sya terima balasan!
“Okey Tengku, boleh kami mulakan?” Tanya Elex.
“Okey”

“Kami dah jumpa beberapa bahan bukti semasa kejadian ragut di hotel tempoh hari.Ini adalah rakaman CCTV yang kami ambil di hotel tersebut.” Elex mengeluarkan sekeping CD dari dalam beg sandangnya.“Tapi malangnya Tengku, kejadian ragut itu berlaku sangat pantas dan cepat.Tambahan,kedua-duanya memakai helmet cermin gelap.Kami tak dapat nak lihat wajah peragut tersebut.”

8 July 2015

Bab 17

                                    
TENGKU SHAMIL ZAQUAN mengetap bibirnya.Geram! Baru sahaja ingin melelapkan mata tiba-tiba pintu bilik tidurnya di ketuk.Huh,ingatkan hati dia ingin menyambung kembali tidurnya selepas selesai solat subuh.
           “Siapa?” laung Tengku Shamil Zaquan.Dia masih sedap landing atas katil.
            Senyap
            Tengku Shamil Zaquan merengus.Tanya senyap pulak.Dengan malas dia bangun menuju ke pintu biliknya.
             “Good morning.How are you today? Let’s go breakfast.” Syakira tersenyum manis ke arahnya.“You look very cute,hehehe”
              Tengku Shamil Zaquan merenung dirinya.Cute? Dia hanya memakai kain pelikat dan t-shirt warna biru,di katakan cute.Apa-apa jelah!
             “Kira,please don’t distract me.!” Tengku Shamil Zaquan berkata malas.Dia memang benar-benar mengantuk.Tadi dia hanya tidur pada pukul 5.30 pagi kemudian dia bangun semula untuk solat.Huh,hari minggu pun nak datang kacau!
              “I don’t care about it.Jomlah,semua dah tunggu kat bawah.Abang je tak ada.Mama Kira cakap tak elok tidur selepas subuh.Nanti jadi bengap.” Beritahu Syakira,dia masih memaksa Tengku Shamil Zaquan untuk turun.
               Tengku Shamil Zaquan merenung tajam ke arah Syakira.Budak ini sehari tak ganggu aku tak sah.Sejak dia balik Malaysia dua minggu lepas hari-hari dia kacau aku kat pejabat,sekarang main kasar nampak dah berani datang rumah.Nasib baik kau sepupu aku.Kalau tak,siap kau!
               “Give me ten minute.” Selepas berkata-kata Tengku Syamil Zaquan pantas menutup kembali pintu biliknya.Dia malas mahu bergaduh dengan Syakira.Bukan dia tak kenal sikap Syakira yang tak akan mengaku kalah.Buktinya,boleh di katakan setiap pekerja di Syarikat SK menjadi musuh ketat Syakira.
                “Yes,” Syakira tersenyum gembira.Sebenarnya,dia saja datang kerumah abang sepupunya pagi itu.Mak longnya sendiri tidak marah dengan kehadirannya.Senang sikit kerjanya.

29 April 2015

Bab 16

  “KENAPA?”
          Nurin Aira hanya tersengih.Dia sebenarnya gelabah.Tak pasal-pasal dia terpaksa menemani Dr. Haikal keluar makan.Kalaulah dia cakap dia sudah makan pasti kini dirinya sudah berada di pejabat.Mulutnya pun satu,yang pergi cakap belum makan itu kenapa? Huh, kerana mulut badan binasa.
         “Tak ada apa-apa.Saya cuma tak sangka akan jumpa Dr. Haikal lagi.Sudi pulak tu,ajak saya keluar makan.Terharu saya!” ucap Nurin Aira.Sebenarnya,dia saja je cakap macam itu. Nak ambil hati.Maaf ya Dr. Haikal! Kalau dulu,memang dia meminati pensyarah muda ini. Tapi itu dulu,sekarang tidak lagi.Perasannya kini biasa-biasa je!
          “Alang-alang jumpa awak,apa salahnya saya ajak keluar makan.Sekarang, saya mengajar di UKM ” beritahu Dr Haikal.Mereka masih lagi menanti menu yang di pesan. “Saya ada benda nak tanya awak”
          “Apa dia?” Nurin Aira bertanya kembali.Mesti pasal Alia!
         “Orang cakap awak dah ada anak.Betul ke?”
          Betul tekaan aku!
         “Haah.Dah masuk lima tahun.Kenapa?” Nurin Aira saja bertanya kembali.Memang, siapa-siapa yang tanya dia akan mengaku bahawa Alia merupakan anaknya.Jika tidak pasti bermacam-macam soalan, orang akan tanya jika mereka mengetahui identiti sebenar Alia. Kesian Alia! Anak itu masih kecil.
        Dr. Haikal mendiamkan diri.Dia tidak terkejut.Sebenarnya,semasa Nurin Aira belajar di UUM  lagi dia mendengar berita itu.Tapi ketika itu,dia tidak mahu mencampuri urusan Nurin Aira,lagipun Nurin Aira bukan siapa-siapa baginya.
        “Oh,awak kahwin masa belajarlah ni? Dr. Haikal meneka.
         Nurin Aira hanya tersenyum.Dia tidak mengeleng atau mengangguk! Dia tak kisah persepsi Dr. Haikal terhadap dirinya.Yang pasti dia,tahu cerita sebenar.
         “Wah,dating…tak ajak pun!”
           Dr. Haikal dan Nurin Aira di sapa seseorang.Syed Ilham?
          “Can I join?” Tangan Syed Ilham sudah mula menarik kerusi di sebelah Nurin Aira.
           Terjengil biji mata Dr. Haikal.
         “Kita tak bagi kebenaran lagi,kau dah duduk.” Ujar Dr Haikal.Geram hatinya melihat Syed Haikal selamba duduk di sebelah Nurin Aira.
           Syed Ilham hanya buat tak tahu sahaja.Dia tersenyum manis ke arah Nurin Aira yang hanya berdiam diri.Semasa melalui depan restoran ini tadi,tiba-tiba matanya tertancap ke arah pasangan ini.Cemburu dia melihat mereka berbual mesra.

5 March 2015

Bab 15

DARI  jauh lagi,Nurin Aira sudah melihat senyuman yang terukir di bibir Alia.Senang hati, melihat anaknya gembira.Nurin Aira memakir Myvi ungunya di sebelah jalan.Alia sudah melambai-lambai ke arahnya.Nurin Aira asyik memandang ke arah anaknya tanpa menghairaukan keadaan sekelilingnya.
             “Au…aduh!” Nurin Aira terjerit kecil.Dia jatuh ke tanah selepas terlanggar pintu kereta mewah seseorang.Dia tidak perasan pemandu kereta Porsche tersebut ingin keluar.
            Nurin Aira memandang tajam ke arah lelaki itu.Dia bangun lalu menyapu-yapu pasir yang melekat di baju kurung.
           “Tak nak minta maaf ke?” angkuh lelaki itu berkata.Dah tahu salah,minta maaflah!
           Ewah-ewah dia yang salah,aku pulak yang kena minta maaf.
          “Bukan encik ke yang salah? Buka pintu tak tengok orang!”
         “Bukan cik ke yang salah? Jalan tak tengok kiri kanan!” selamba lelaki itu berkata-kata.
          Bulat mata Nurin Aira melihat wajah selamba yang memakai cermin mata hitam itu. Lelaki itu masih memakai pakaian pejabat.
            “Dah tahu diri tu salah,boleh lagi salahkan orang.Harap je pakai kereta mewah,tapi perangai menyalahkan anak jin.” Terus Nurin Aira menghamburkan marahnya.Tanpa membuang masa terus dia melangkah ke Tadika Alia.
             Terjengil biji mata lelaki itu.Pantas tangannya menutup pintu kereta Porsche miliknya.Dia mengejar wanita yang memakai baju kurung moden warna putih ungu.
            “Cik,cakap apa tadi?” lelaki itu menghalang laluan Nurin Aira.
            “Saya cakap apa?” Nurin Aira bertanya balik.
             “Cik,cakap saya anak jin ya?”
            “Oh,yang itu…saya tak cakap pun encik anak jin.Saya cuma cakap, perangai cik mengalahkan anak jin. Itu je! Kenapa, encik nak ke jadi anak jin?” Nurin Aira membetulkan tanggapan lelaki itu.Dia ketawa kecil!
           Kurang asam perempuan ini!
           Nurin Aira tidak betah melayan lelaki ini.Dengan pantas tangannya membuka pintu pagar tadika Alia.

26 February 2015

Sinopsis Kerana Dia Manusia Biasa

                                                        
                                                          SINOPSIS
Dunia ini sebenarnya kecil sahaja! Disebabkan kesilapan orang lain,Nurin Aira terpaksa menanggung derita.Berkahwin dengan lelaki yang tidak di kenali bukan mudah untuk dia lalui.Apatah lagi, lelaki itu sering kali melukakan hatinya.Tapi bila teringatkan Alia iaitu anaknya dia harus cekal.Segala kata hinaan lelaki itu di terimanya dengan hati yang terbuka. Status Alia sering kali menjadi punca pergaduhan mereka.
Tengku Shamil Zaquan menyimpan dendam yang membara pada Nurin Aira.Isterinya mati angkara adik Nurin Aira.Gadis itu harus menerima balasan daripadanya.Dia mahu Nurin Aira rasa bagaimana kehilangan orang yang disayangi.Nurin Aira harus menanggung kesalahan adiknya.
Tengku Shamil Zaquan dan Nurin Aira disatukan angkara rancangan adik sepupu lelaki itu.Bagi Nurin Aira,dia ikhlas dengan perkhawinannya.Dia mahu menyelamat seorang lelaki daripada bergelar anak derhaka.Tapi tidak bagi Tengku Shamil Zaquan,dia tetap tidak dapat menerima Nurin Aira.Dendamnya makin membara,apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita.Itu tekadnya!
Sejauh manakah dendam Tengku Shamil Zaquan terhadap Nurin Aira? Mampukah,Nurin Aira meleburkan dendam yang membara dalam diri Tengku Shamil Zaquan? 
http://www.amazingcounters.com/sign-up3.php